Thursday, March 10, 2011

SePeTaNg Di NiLAi

Salam.

Cerita dah basi. Tapi aku mahu cerita jugak. Haha.

Beberapa minggu yang lepas (gila lama), aku on trip pergi Seremban. Kitorang planning nak pergi kenduri sorang member seuniversiti. Aku datang pasal aku dah kena ugut dengan pengantin tersebut. Kalau aku tak datang...........

Haha. Biarlah rasie. Anyway, kebetulan memang aku free masa weekend itu. Maka dengan itu, berbondong-bondonglah aku membeli tiket bas ke seremban.

Gila gigih.

Dipendekkan cerita, aku sampai Seremban, cik Hajar yang datang jemput aku kat bas stand. Nama aku nak mengharung bas, teksi, komuter bagai nak sampai Nilai memang kirim salam jelahhh. Energy aku low.

Cik hajar sampai kitorang terus pergi jenjalan kat JUSCO. Aku memang suka bab-bab carik hadiah walopun hadiah tu bukan untuk aku. Aktiviti mencari-hadiah-then-solat-jalan-lagi berlarutan sampai malam. On the way balik rumah cik Hajar, kami singgah kat sebuah kedai makan yang nampak agak menarik untuk makan. Siap order, kitorang bergosip. Aku rileks goyang-goyang kaki sambil mata tengok tv yang masa tu menayangkan sukan bola sepak. Tengok je tapi tak paham pun.

Aku memang tak suka bola. Futsal pun.

Dalam restoran orang memang macam semut. Gila ramai. Mungkin sebab sedap sangat gamaknya. Tapi memang kepantasan servis mereka patut dipuji. Tak smpai setengah jam seingat aku, makanan aku sampai.



Dalam masak-masak tu, sempat lagi brader tu menulis puitis cinta atas kueh teow patayaku. Bang, kalau nak nombor cakaplah betul-betul, tak payahlah conteng-conteng mi saya.

4 comments:

Unknown said...

nak nombor?(jujur.)

CoOkiE MoNSter said...

999 (sambung makan >.>)

hajar said...

i like. :)

CoOkiE MoNSter said...

hahahahaha......you likeeee??? buat gempak je time tuh.