Tuesday, March 22, 2011

KaTaKAn TaK NAk PaDa..

Salam.

Nice day. Even hari ni hujan. Takpe, it is still okay with me. I loveeeeeee rain. Okay, hari ini tak tahu nak tulis apa. Maka dengan ini, marilah kita menginsafi diri yang best sentiasa melakukan perkara-perkara kurang berfaedah. Satu perkara yang aku rasa aku perlu improve adalah aku perlu lebih berani mengatakan TAK NAK!

Oh. Sori, ini bukan iklan rokok.

Percayakah anda yang perkataan TAK NAK! boleh menyelamatkan duit anda daripada terbang serta-merta.

: Weh, teringin nak makan Kepsi lah. Jom??

: Tahukah anda perbelanjaan anda yang nampak ‘sedikit’ ini boleh menyumbang kepada kekempisan poket? Hidangan Kepsi yang lazat itu mampu melenyapkan hampir 20 hinggit. Belom campur lagi bila kau tiba-tiba kena belanja member yang ajak korang tu.

Haish.

: Boring la petang-petang ni termenung je kat opis. Jom beli kropok lekor kat kedai Macik nuu??

: Ini dugaan paling hazab nak aku terima. Yes. Aku tahu petang-petang mood mentekadarah mengunyah snack naik ke paras optimum. Tapi, dengan perkataan TAK NAK!, aku sebenarnya dapat save 10 hinggit untuk satu minggu. Diulangi 10 hinggit okayyy. Kau bayangkan satu hari aku pergi beli kropok lekor plus pisang goreng (tak cukup dua hinggit beli makanan rasa tak apdal) kat Macik kueh. Tu belum lagi Macik kueh menggoda aku dengan rojak-rojaknya yang tiba-tiba kelihatan sungguh lazat. Tak pasal-pasal aku belanja 5 hinggit kat that kedai alone.

Okay. Satu hari 2 hinggit. Kalau 5 hari????? Kalau sebulan??????? Sendiri mau kira la beb.

Haish.

: Barang opis dah abes. Jom pegi Tunas Manja???

: Okay. Ini bukan Tunas Manja yang aku nak kondem. Tapi dekat-dekat Tunas Manja tu memang hari-hari tersergam indah satu ‘gerai makanan’ yang ada burger- lada- hitam kegemaranku. Paling ironi sekali, bila abang burger tu sudah tersenyum manis di sisi chicken- chop-kuah-lada-hitam-yang-lazat.

Serta-merta aku pergi beli Chicken Chop tersebut. Ni motip aku barang opis ke Chicken Chop??? Ces.

Bayangkanlah betapa berkata TAK NAK! di saat itu boleh menjadikan aku seorang yang penjimat. T-T

Haish lagi.

: Bila nak bayar PTPTN nih??

: Err…. ini aku terpaksa berkata NAK. Jangan katakan TAK NAK kepada PTPTN… Kita dah pinjam, maka pandai-pandailah kita bayar balik. Mohla kita bersama-sama melunaskan hutang-piutang yang ada. Sekian.

T-T

Iya. Aku tahu mungkin ada di antara korang berpendapat. "Apalah sangat beli makanan sikit-sikit camtu, beli pisang, alah..nampak benor menipunyaaa (dengan nada suara yusop)".

Well, dengan duet yang 'sikit-sikit' tu lah aku boleh gunakan ke jalan yang lebih baik seperti minyak keta aku???

Haishhhh dan haishhh lagi.

5 comments:

Frodo Baggins said...

jangan ler tak nak sangat ...
sian pakcik burger


>>___<<

* May * said...

ngeeee...yup mmg betol slh 1 care utk berjimat adlh dgn brkata TAK NAK...

Erk!!
paet PTPTN 2 sy sokongggg..moh la kt bayo pnjmn...
{psttt pssttt incik PTPTN..sy smbung bayo pas majlis nikah sy buley x?? ngee [tetibe teselit kat komen ni..demm]}

CoOkiE MoNSter said...

frodo~
kecian pacik burger?? silap2 haribulan saya nilah penjana ekonomi burger dia selama ni.

Balik-balik beli burger. Badan nak naik gemuk dek makan.

May~
its okay. Nak bayar PTPTN lepas nikah??

Bolehh.

Tak nak bayar PTPTN pun bolehhh.

(ps: Saya tolong jawabkan. Tapi saya bukan orang PTPTN lah. So, dun believe me. Haha!)

+akufobia+ said...

kata je?

CoOkiE MoNSter said...

fobia~
of cos sy buat sekali. kata je menda tak jadik.

kan?