Saturday, December 17, 2016

FirST EnTry 2017??

Assalamualaikum.

First entry 2017. Mak aihhh... menyedihkan blog aku nih. Bersawang-sawang tak update.

Agaknye tak berapa nak stress tahun ni tu pasal tak ada update.

Aku kan time merempan je bru update blog. Puhahahahaha!

Aku keje arini.

Yeay.

=.=

Ntah pape.

Banyak kali aku berhujah dengan boss supaya bagi kami ni pelepasan Sabtu. Takat keje half-day je dah kenapa nak kena datang jugak. Tak ke membazirkan electricity??(ceh. ada je alasan aku)

Tapi nan hadooo.

Macam-macam alasan Boss aku bagi. Kona baekk punya.

Taknak bagi tu cakap je. Jangan pusing-pusing cakap nanti keje orang lain pending la, production boleh stop la apa la. Time kitorang balik petang tu molek je orang buat keja. Apa kalu orang opis tak datang boleh lingkup ke company?

Huh.

Owh. AKu baru tukar nama blog aku ke 'Unicorn'(walaupun aku tau ada korang kesah??tapi im just saying je). Sebab apa nama unicorn?

Takda sebab. Tapi sebab nama Unicorn tu kan binatang magical kan. So, harap-harap aku dapat mencipta 'magic' dalam hidup aku. Strive to be better. Ececece... Lagipun pasal nama Cookie Monster tu dah lama sgt dalam blog aku ni.

So, aku nak tukar semua.

Layout template.

Name.

Everything kalu boleh.

Oklah,

Adios. Till next time.

Happy Saturday u ols! Belanja gambar sket.

Saturday, October 22, 2016

Marilah Bawak Bekal

Assalamualaikum.

Tengah2 duk tunggu waktu isyak  masuk, layan2 sikit fesbuk. Terbaca pasal  sorang blogger ni cerita pasal bawak bekal  beliau sekeluarga. Pepagi bini dah bangun utk sediakan bekal utk suami dan anak-anak. Aku tabik spring la kat brader ni pasal dia tak rasa malu langsung nak bawak bekal.

Itulah yang sebaik-baiknya. Daripada tetiap hari pergi buang duet kat kedai,kan bagus makan masakan dari air tangan isteri. Sweet gitu. Jimat pun jimat. Kebersihan pun  terjaga. Maklumlah kedai masak tak sama dengan masak sendiri. Aku cakap ni bukan nak 'condemn' kedai makan ya. Kadang2 aku  laki bini pun pergi lepak makan kedai  jugak.

Aku pun duk masak bekal hari-hari utk kitorang laki bini sebelum pergi kerja. Senang. Aku ni jenis lagi rela tidur time rehat daripada keluar cari kedai makan kat luar. Time rehat, aku makan sekejap pastu  tidur. Indah betul dapat lelap sekejap. Jimat duet dan masa kat situ. Haaa...nampak takk?

Kadang2 bila malam memang rasa letih lepas seharian menghadap macam-macam hal dekat ofis. Tapi aku gagahkan jugak 'standby' apa yang patut malam tu. Dulu aku biasa  masak  nasi malam, lepastu esok paginya masak lauk. Tapi sejak dua menjak terlewat bangun pagi ni, terus aku tukar strategi masak malam lak. Kena pastikan la yang  lauk tu dah perangatkan sebelum tidur.  Kang basi pulak. Haru...

Oleh itu wahai kaum suami, hargailah pengorbanan para isteri ini ya. Mereka sanggup berkorban berpenat-lelah sediakan segalanya walaupun dia pun rasa penat, sama-sama bekerja. Sekali sekala tu belanja la si isteri tu gelang emas seutas dua. Hahaha..ok,tak kelakar. Cukuplah dengan perkataan ' terima kasih' dari mulut kamu tu. Itu pun dah buat para isteri ni rasa gembira berbunga-bunga.

So, siapa-siapa yang rasa nak bawak bekal ke tempat kerja tu, teruskanlah niat suci murni korang tu ye. Bukan untuk yang dah berumah-tangga je,yang masih bujang pun boleh praktikkan dari sekarang. At least boleh la korang menabung hasil dari penjimatan berganda ni.

Nak baca kalu entry pasal bekal ni, klik kat link ni ye
http://apemazing.com/nak-bawa-bekal-pun-malu/

Eh, sok cutila. Lunch nak masak apa ye?

Thursday, January 14, 2016

AzaM taHuN bARU

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Hajat di hati haritu nak update blog masa besday aku, 10hb. Tapi biasalah, hanya tinggal angan-angan semata.
Janji aku hapdate blog, ye tak?

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2016. Peh...jangan ingatkan aku umur berapa tahun ni. *saikokan diri masih muda remaja*
So far, aku rasa bersyukur sangat2 sebab masih dipanjangkan usia dan masih dipinjamkan nikmat di dunia ini, Alhamdulillah...

Tahun 2015 antara tahun yang paling banyak perubahan dalam hidup aku. Banyak azam (bajet) dan plan dah pun berjaya dilaksanakan walaupun tak semua (its okay bebeh,keep it up!).

Perubahan paling besar is aku berubah status, jadik bini orang. Walaupun perangai aku ni kadang2 xmatang, tp aku sentiasa berusaha menjadik isteri yang sholehahh (giteww..hahaha.sekali lagi perasan). And anugerah kedua is my cute girl. Aku pun dah jadik mak orang okehh... Kena kembali diet untuk mendapatkan badan supermodelku balik (sila muntah ijo.hahaha!)

So untuk tahun baru ni,aku berazam dan berdoa agar aku menjadi isteri dan ibu yang diredhai Allah...Aminn

Saturday, January 31, 2015

MeNcaRi

Assalamualaikum,

Tetibe je dah 31.1.2015. Rasa begitu pantas masa berlalu. Besok dah masuk bulan 2. Eh,eh.. Lg 3 minggu je lagi i'ols akan memulakan fasa baru dalam hidup. ;-)  Rase nebes angatt.*tampar diri sdri*

Anyway, awal2 tahun ni memang i'ols busy mcm mesin basuh. Berlari ke sana,berlari ke sini, lompat pagar, menyeberang sungai.. Okay,i'ols tipu. Takda la busy mcm tu skali. Cuma i have alots in my mind to settle. Lagi2 first timer mcm i'ols ni nak buat event. Kadang2 nampak mcm rilekk je tapi otak i'ols tgah plan mcm2 untuk event.

Orang kata biasa kta rasa nebes, tp i'ols still mcm takda perasaan. Mungkin belum terasa lg debarannye tu. Lagi 2,3 hari event da dkat baru ha kauu.. gelabah tetibe. Haha..

I'ols tgah sibuk nak carik inner anti -tembam ( kalu korang pernah dgar la kan). I'ols pun bru tahu masa pergi pusing-pusing kat jalan TAR aritu. Siap test2 bgai, memang ngam, cantik, memberi ilusi wajah bujur sirih bg yg muka tembam mcm aku. Tapi sayangnye, takda warna yang aku nk. Haih. Berkecai harapan.

Inner tu mcm inner neck, material cotton, tapi potongan awning die sampai bawah pipi. I'ols memang berkenan sgt jenis2 mcm ni. Senang nak ejas. So, korang yg nak cuba bg muka nampak kurus and kebujuran tu bolehla try carik inner jenis ni.

Okayla, zirafah i'ols tak mandi lagi.

Adios!

Wednesday, December 31, 2014

weLcOme 2015..

Assalamualaikum,

Harini hari terakhir dalam 2014. Wau... Cepatnya masa bergerak.. Sedar tak sedar dah nak masuk 2015. Banyak menda nak kena buat tahun baru ni. = )

Hopefully semua berjalan lancar..

Counting days now.. Nervous!


May 2015 be the next great year for us.. In Sha Allah..