Sunday, January 6, 2013

ThiNgs In LiFe..

Salam.

Selamat petang semua. Nak sambung azam baru tahun nih. Update blog. Mungkin boring, so dinasihatkan jangan baca. Tapi kalau nak baca jugak apa salahnya? Aku dah bagitau siang-siang tau? Hehe... Saiko orang je kojenye..

Kalau nak diikutkan, mesti semua orang akan keluar jalan-jalan, tengok tenuk kat zoo, pegi muzium, main paintball, jalan-tanpa-hala-tuju ke, ataupun shopping hujung-hujung minggu ni kan? Tapi kan tak semua orang macam tu. Contohnya aku. So korang boleh bayangkan yang aku adalah sangat membosankan, spesies suka duduk dalam rumah, introvert dan sebagainya. Ok wait. Tapi ramai orang tak tahu, yang my life nature adalah tidak 100% seperti di atas.

For example, aku pun suka shopping. Tapi aku shopping berasas (hambooiiii..). Kalau aku rasa ada menda yang patut aku beli dan perlu aku beli, then baru aku pergi shopping. Ok aku tipu. Kalau takda menda yang aku nak beli pun, aku still akan window shopping. Tapi itu selalunya atas reason nak hilangkan stress. Aku tak tahulah orang lain kan. Tapi aku suka tengok gelagat manusia kat shopping mall. Macam-macam kerenah, macam-macam gaya. It makes me thinking a little bit about us, human. Besides that, aku suka usha-usha beg tangan ke, kasut ke, dress ke....( memang dasarrrrrrr..). Kalau aku rasa price dia reasonable, baru aku beli. Oh yes. Aku jenis yang boleh tahan perasaan untuk tidak membeli material kegemaran. Walaupun aku suka barang tu, tapi harganya mahal nak mamps mencekik darah, memang idok ler aku beli.

shopping is truly a therapy

Jangan tak tahu, ramai perempuan tak boleh resist bila tengok their fev. things on board. Lajuuuuuu je nak borong sume. Believe me.Tak salah pun begitu. Its our nature. Hehe..

Ek hem.

Dulu-dulu masa sem break, aku pernah jadik promoter. Promoter Power Root ko jahhh. Memang ter'surprise'lah jugak kan. Apa kejadahla aku nak cakap kat customer. Haram aku tak tahu cemana nak buat. Pasal aku pun bukannye peminum tegar power root nih. Lagi satu mindset orang-orang ni suka tune ke menda lain bila sebut power root. Pelik betullah aku. Dan aku pernah tersasul cakap kat ex aku dulu yang aku jadi duta power root. Kahhhhhhhhh. Ex aku kata bukan duta lah, promoter. Okey. Fine. I'm a promoter. Baru nak bagi nampak gah bunyiknya. Tapi cam haremmm..

Dan kesannya, seperti yang kujangka terjadik, aku selalu kena usik especially dengan budak-budak lelaki yang lalu depan booth aku. Datang segerombolan pulak tuh. Pastu tanya 40 soklan berlainan yang bermotipkan nak kenakan aku.

Contoh soklan, "Power ke menda nih?",

Aku jawablah "Power Root. Ha, yelah kopi power root."

Pastu gelak berjemaah depan aku. "Yelahh....power ke tak??"

Aku terpinga-pinga bak penguin. Sampailah aku dengar,"dia tak paham arrr.."

Ada jugak aku simbah sekor-sekor nih kangggg...

Cait.

Tapi yang seronoknya jadik promoter nih, aku jumpa ramai orang. Masa tu karnival, so korang boleh bayangkanlah ramai orang yang datang dari semua pelusuk (ewahh), tak kurang jugak pelancong asing. And you know what, mula-mula memang rasa penat jadik promoter nih. Setiap hari aku kena buat 4 jag air kopi and promote the product dari pagi smpai malam. Berhenti time nak solat dengan makan je. Itu pun sekejap sangat. First few days, aku sikit lagi nak pitam sebab berdiri lama sangat. Oh, betul nih. Aku tak buat cerita. Bos aku pun cuak dah tengok aku time tu. Lembik bak tauhu. Haih.

 i wanna sleep

Tapi nasib baiklah semangat juang aku tinggi. Lepas-lepas tu aku okey je. Sebab dah boleh flexible kan diri dengan kepenatan. Bos aku address aku dengan 'Power Girl'. Mentang-mentang aku jual power root kan..
Huhu.. Tapi dia memang superb, sempoi dan tak kedekut ilmu. Susah nak jumpa bos macam ni tau..
Menjajau pulak cerita aku nih, the thing yang aku nak kata di sini adalah aku seronok meeting with various kind of people. Masa aku kerja nih, sempat aku berkenalan dengan 2,3 orang tourist nih. Sorang from Singapore, Spain and Italy. Aku bahan la cite yang molek-molek je pasal country kita kan. Aku kan rakyat berjiwa besarrrrr. Sila muntah sekarang. Haha..

Masa nilah, aku tahu banyak benda, aku belajar macam-macam, and aku dapat tengok realiti sebenar kehidupan. Okey, times up. Len kali aku update lagi.

Thank you for reading.

Daa....!

Reactions:

2 comments:

pendekar mata 2 said...

santek blog skarang..lg matang... dah mcm surat kabo metro... hehehehe... keep it up!!!!! :p

CoOkiE MoNSter said...

thank you...

well....sejak 2,3 menjak ni sudah sedarrrr umur semakin menginjak. maka haruslah menambahkan kematangan diri sendiri.

puiii. haha.