Wahhh. Gigih kan aku update blog malam-malam remang ni.Mata mengantuk tapi rasa sayang nak tido awal time cuti-cuti ni. Terasa membazir pula kalau tido awal pasal aku selalu tak dapat menikmati malam dengan panjang sebab selalu tertido awal time hari kerja. Apa nak buat kerja balik dah penat. Mandi, solat sume dah mengantuk. Haihh.
Salah satu azam aku tahun baru ini adalah nak update blog seberapa kerap. Tak tahulah plan aku ni menjadi ke tak. Biasenya dua,tiga hari je bersemangat. Lepas tu cam biskuttt. Hampeh. Azam tu memanglah tinggi tapi tak ada topik yang nak diceritokan pun tak guna jugak kan...Sudahnya hujung-hujung cerita pasal makan. Cam haremm...
Owh. By the way. Hari tu aku pegi mid valley dengan cik is (of kos la...aku mana ada boyfriend? Rase macam forever alone je statement). Saja nak memenuhkan segala ruang kosong yang ada terselit-selit tu kan. Banyak jugaklah sale ataupun Year End Sale (YES) kat semua kedai. Sebenarnya, motip kitorang pergi time tu pun sebab nak beli wedding gift tuk member kitorang. Nak pergi tak mampu, maka kami hanya mampu mengepos hadiah kawen dari jauh jela. Wawawawa.... janji ingat kan?
Sampai-sampai je mid valley, haruslah kita melantak dulu pasalnye masing-masing dah macam langsuir lapar. Jalan nampak makanan je. Maka untuk mengelakkan ketidakfokusan masa memilih gift nanti, marilah kita penuhkan perut dulu. Cik Is dah siang-siang mention nak makan kat teppanyaki. Aku ikutkan aje.. tak da hal punya. Lagipun aku kan ada tempias-tempias jepun jugak gitu...(puiii..), so no big deal lah.
Macam biasa aku makan chicken teppanyaki and Cik Is makan beef teppanyaki. Aku memang makan kat mana-mana pun, chichen-based food memang jadik first priority.
gambar dari en google. tak koser aku nak snap bagai.
Lepas aktiviti melantak, baru kitorang terkedek-kedek nak carik hadiah. Target nak sambar toaster satu. Tapi oleh kerana kitorang datang pun dah lewat, kaunter-kaunter banyak yang dah close, siap kira-kira duet lak depan kitorang. Maka tak kesampaianlah nak beli toaster tu. Aku dah siap heret ke sana ke mari konon-konon nak pegi bayarlah kan. Ceh. So, lain kali jelah beli kekdahnya..
Masa kitorang jalan-jalan usha
Ada sorang uncle chinese kat tepi kedai tu siap terpause sekejap tengok gelagat budak-budak nih. Yang pelik tu, pandai pulak kau menggayakan menda alah i-pad tu kan dik? Laju je jari comel dia zas-zas gitu kat skrin. Ntah apa dia buat tak tahulah. Mungkin buat sales report bapak dia ke apa kan. Haha..
Budak-budak sekarang nih umur 2,3 tahun pun dah pandai guna i-pad. Seram aku. Aku yang dah besar-panjang nih pun terkedek-kedek lagi nak guna i-pad (tak reti guna teknologi canggih), yang budak-budak ni sajaaaa je main. Pelik betul aku. Untung kan? Kecik-kecik dah merasa dapat toy i-pad. Kau ada??
silap haribulan baby pun lagi terer guna teknologi dari orang dewasa. haih.
No comments:
Post a Comment