Friday, March 11, 2011

MoDe BeKu

Salam.

Hari dalam mode membeku. Hujan mencurah-curah lebat gear 4 dari semalam. Sejuk toksah cerita lah. Ada ofismate aku cakap kawasan aku tinggal sudah berada dalam zon jingga. O.o Mak aiiiii...

Jangan banjir rumah aku sudah. Puas pulak aku nak kayuh sampan balik rumah. Tak nakkkkk. Lepas tu siapa nak kemas rumah yang penuh dengan air??? Nanti kat mana aku nak simpan kerepek sayur, Spongebob dengan bantal-bantalku???? Hoih. Bantal penting beb. Tido takda bantal, terasa hazab yang amat pada aku. Sama penting dengan Spongebob.
Hahahaha.....

Ok. Ok. Aku tau bunyiknya sangatlah childish.

Aku teringat masa time study dulu. Nak buat assignment selalu pergi lepak kat bilik member. Buat kerja ramai-ramai. Nak jadikkan cerita, projek kitorang tu kena submit esoknya. Maka dengan itu, bertonggang-terbaliklah kami semua menyiapkan projek tersebut macam nak gila.

Tengah malam tu aku tengok dah macam-macam gaya member aku tido. Aku pun mengantuk jugak, tapi tahannnnn. Terbayang-bayang katil dan bantal di bilik aku. Nak balik, malas. Bilik aku pun boleh tahan jauh dari bilik member nih.

Last-last, aku tido je. Atas lantai, tanpa sebijik bantal dan selimut. Tapi sejuk tu, Tuhan je yang tahu. Dah sebijik macam udang geragau aku tido. Barulah aku mengerti kesusahan orang-orang yang susah dan miskin. Insaf jap. T-T Aku kalau tido, mesti bantal tu dah bersusun-susun tepi, kiri kanan aku. Kira abes selesa lah tu. Kalu pusing kiri boleh peluk bantal, pusing kanan boleh peluk bantal lagi. Kan gila heaven punya best tido pakai bantal banyak-banyak. Selesa.

Kejap je mode insaf aku eh?

Besoknya aku dapat rasa muka aku transform jadik macam hantu raya. Gila serabai pegi kuliah. Dem.

Tapi itulah pengalaman kan?


Semenjak dua menjak nih, makanan ruji aku lebih kepada roti. Nasik dah jarang-jarang makan dalam dua bulan kebelakangan nih. So, breakfast aku selalunya roti telur. Dan definisi roti telur aku adalah roti bersalut telur dan cili padi.

Takda cili padi, potong markah!

6 comments:

+akufobia+ said...

hantu rotii.

CoOkiE MoNSter said...

hahahaha ~ hantu roti eh? ngeeee..~

NUR AIMI NASIHAH said...

simpan lagi spongebob??? best kan zaman blaja dulu. sangat-sangat best. Pglmn buat assignment sampai pagi mmg hantu betul lah kita kan.

Paling aku ingat makan nasi+ ayam golek+ cili sos je kat rumah sewa ko.. Mcm biasa aku yang menumpang makan~ haha.

uih, kurus la ko makan roti telur je. Tak bleh jadi ni.. aku jeles kalo ko kurus.;p Tak pasal-pasal.

CoOkiE MoNSter said...

yup. Saya memang simpan lagi spongebob. Hari-hari tido kna peluk spongebob. Kena mandrem ke apa nih. Haish...

Aku paling rindu zaman-zaman sewaktu dengan ko. Huhu... kalaulah masa tu boleh diterbalikkan..

Emm....kurus tu belum lagila kot. On da way~~ haha...Kau memang da kurus, pe kes nak jeles ngan aku?? =)

NUR AIMI NASIHAH said...

Alhamdulillah, ko rindu aku? special ke aku nih?hahaha:p.. aku sekarang dah sedikit gemuk tapi insy akan kurus.hehe.saje je aku nak jeles dgn ko, bagi ko puji aku sbnrnya kurus..ekekeke..

tukar lah spongebob tu, beli bantal peluk je pastu print out gmbar artis letak kat situ. for sure ko tido tak bangun-bangun.haha.

CoOkiE MoNSter said...

hahahaha~ sengal eh ko nih. yelahh.. kau kan special, bikin malu aku je nak admit kat sini. =))

takpelah, aku tunggu orang hadiahkan bantal peluk baru kat aku. Sebab aku adalah sangat malas nak beli bantal sdri.

hehe~

ps: jgnlah tido tak bangun-bangun. kes lain pulak tu..