Wednesday, March 23, 2011

MerEPEk

A : Adik, akak ada gaya tudung baru.

B : Haa. Owh. (sambil 'senget-sengetkan hidung')

A : *excited amek shawl*

B : Ohhhh. Tudungggg.... ingatkan akak ada gaya hidung baru.

A : *Rasa nak lempang* Over sungguh. Ingat aku badut???

Sila abaikan dialog bisu antara A yang comel dan B yang biasa-biasa aja. Kejadian berlaku tidak disengajakan di sebuah tempat.

Anyway, tak ada yang menarik untuk aku ceritakan dalam blog hari ini (macamkan ada orang kesah je kau buat apa).

Yeaahhhh. I knowwwwww.

Plan diet intensif aku berjalan dengan tidak berapa lancar. Bulan pertama aku 'ter'makan nasik 6 kali. Bulan kedua so far, aku dah makan nasik lebih kurang 8 kali kot? Tak ingat.

Then, there goes my diet. I've ruin it! Dem.

Tapi, takpelah. Aku redha, sebab setiap kali mak aku datang rumah mesti bawak nasik. So, aku automatik rasa nak makan. Dalam hati nak makan 'sikit-sikit' je, but then I end up eating that whole bowl of rice. Eh.

Lauk-pauk tiba-tiba jadik sedap dan menyelerakan bila makan ramai-ramai dengan family. *wink* Dan-dan aku lupa segala plan-ops-nasik yang aku tengah jalani. Ke mana perginya janji-janjimu untuk tidak menjamah nasik itu. Pehh.

Aku pedulik hapa kan? Makan is makan. Jangan pikir lama-lama. Lagipun mak yang masak. So, aku wajib makan. Rugi tak makan woo..

Sepanjang dua bulan yang nasik jarang-jarang kelihatan di rumah aku, aku banyak makan sayur. Selalunya sayur kobis, sebab sayur-sayur lain tak berjaya menarik perhatian aku. Kobis tahan lama, segar dan yummy untuk dimakan.
(gambar adalah blur. Jasa baik henpon aku yang tak best.)


Kalau aku yang masak, memanglah simple lagi pantas. Paling penting kena dengan tekak aku. So, masak kobis macam biasa, campur bawang, telur, garam sikit, serbuk lada hitam and yang paling penting, kena masukkan cili padi. Aku pun tak tahulah kenapa bila masak menda-menda mestiii nak masukkan serbuk lada hitam dengan cili padi. Tak sah kalau tak ada.

Rumah aku memang dah lama tak buat air manis. Tak kiralah sunquick ke, sirap ke, teh ke. Tak elok minum air manis selalu-selalu sangat (padahal malas nak buat. Mengaku jelahhh). Haha~

Okay-okay. Serius. Aku tak beli sunquick bagai sebab bila ada menda tu dalam peti ais, mulalah hari-hari meroyan nak buat air oren. Ini boleh memberi impak besarrrr kepada plan intensif aku. So, no sweet drinks ye bebeh.

Plan diet beriya-iya. Kurus???



Tak adanya kurussssssssssss. Dem.

6 comments:

NUR AIMI NASIHAH said...

entah..takde maknanya kurus..
hahaha. Langsung mematahkan semangat kau.

CoOkiE MoNSter said...

kuang asammm...

bukan nak bagi moral and support. ini satu penghinaan nih.

Cess.

NUR AIMI NASIHAH said...

hahaha....amboi marah ke?hahaha...

CoOkiE MoNSter said...

yeeeeeaaaaaa. beta marah nihhh!

cepat belikan beta kepsi big meal satuuuu!!!

muahahaha..

+akufobia+ said...

kalau tak boleh diet dengan makan,senamm.

CoOkiE MoNSter said...

errr.......senam??

lalalalala~

eh, senam tu apa ekkk?? haha~