Monday, December 19, 2011

CoMeL


Salam.

Comel tak air kotak kat atas?? Dalam gambar mungkin nmpak biase je. Tapi realitinya air kotak tersebut bersaiz SANGAT comel. Sampai one of my ofismate tegur i minum air kotak tu. Dia kata sooooo kecik u.

Tu je i nak cakap.

HAHA.

Have a nice day! =)

Tuesday, November 15, 2011

BeZa CabAi DenGan Ci..

Salam.

Hai gadis-gadis cute dan jejaka-jejaka tampan di luar sana. Oppss...saya bukannye biased. Yang tak berapa cun macam saya dan tak berapa tampan juga ye. Haiiiiii korang. (gila eksaited just to say hye to all of you.=p)

Anyway, takda cerita meroyan hari ni. Just aku nak cerita pasal satu insiden yang bila aku teringat je, aku rasa nak tergelak berguling-guling. Eh. Aku lah. Korang tak tahulah kan.

Nak dipendekkan cerita, aku nih kat rumah jarang masak nasik. Pasalnya kitorang adik-beradik biase makan mi, bihun,makaroni, jemput-jemput ke..senang cerita makan yang remeh-temeh jela(nak kata diet la tuh?? puiiii). AKu pernah jugak mula-mula dulu masak nasik kat rumah, siap masak lauk bagai. Dah bersusah-payah masak nih, adik aku tak nak makan nasik lak (oh, bukan sebab tak sedap ye, tapi sebab adik aku tak nak makan nasik.haha..kalau aku masak menda lain dia makan lak). Sudahnya semua nasik dan lauk-pauk masuk ke perut aku. So, bila dah tiap-tiap hari aku je yang melantak macam raksasa, mana bole jadi kan??

Nanti bimbang lama kelamaan adik aku kurus, aku lak yang bertukar jadi raksasa.

No. no. noOo..

So, this one day aku masaklah makaroni goreng (buat macam mi goreng tu) untuk buat bekal adik aku pegi sekolah. Dia mana main sarapan kat rumah nih. Stail dia sarapan secara berjemaah dekat sekolah. Ha, molek la tu. Strategi elak makan banyak.

Balik sekolah, adik aku cerita kat aku, kawan-kawan dia suka makan makaroni pagi tadi (oh, aku bukan buat cerita, adik aku yang cakap..depa sumenye sedap kot).

Then, sorang kawan adik aku tanya, 'Masak makaroni ni guna apa?'. Aku paham maksudnye apa. Dia nak tahu aku masak guna cili tumbuk ke guna cili boh segera tu.

Pastu adik aku dengan konfidennye jawab, 'Guna CIBAI'

Kahhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Patutle adik aku cakap masa dia jawab kat sekolah tu, kawan-kawan dia cam berkerut dahi. CIBAI???????

Aku punye gelak berguling tu jangan citelah. Dah macam langsuir lapar.

Aku pandang adik aku dengan perasaan separa simpati. 'Cabai lahhhhh. Pepandai je ko tukar cibai kan?? Nampak sangat tak suka masuk dapur.'.

Pastu aku sambung gelak lagi. Hahahahahaha...... Cian adik aku. Muka innocent je jawab 'cibai' depan kawan-kawannye. =.=

ps: Kot ye pun jarang masak, takkan ko tak tau bezakan Cabai dengan Cibai?? Hadeh..

Friday, November 4, 2011

Greyson Chance

Being obsessed with him lately. Love this song so much. Somehow it jolted me into thinking the positive sides of life.

Waiting Outside the Lines

You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Tuesday, November 1, 2011

SeSi MeroYan

Salam.

Selamat pagi semuaaaa!!! Hoho….gedix. Tolonglah eh asha. =.=
Dah lama tak update, rasa macam kesiannn je tengok blog aku tersadai tidak dipedulikan. Apo nak buek… den banyak kijo laie nih nak buek. Tapi hari nih tersangattttlah boringnye aku rasa pasal literally aku sorang-sorang kat opis. Bos cuti, member-member cuti, orang-orang lain sibuk gi site. So, bermaharajalelalah aku di sini. Hehehe… That’s basically boring!

Aku siap berkobar-kobar nak pegi pasar lambak@lelong hari nih, dan-dan tu la tak da member lak nak ajak meronggeng. Penting nih nak pegi. Mana boleh tak pegi?? Aku nih dah la kemaruk ayam goreng berempah. Kalau tak makan takut hypertensi pula. Sapa nak jawab???? Nanti 4 hari 4 malam tak abes lagi teringat-ingat ayam goreng rempah tu. Menci!---(OMG. Gedix)


Anyway, aku saja je nak over-gedix harini pasal agak meroyan. Sakit kepala tak hilang lagi. Then sampai ofis aku sengsorang pula di pagi yang damai ini. Kerja atas meja memang jangan cakaplah banyak mana. RFI dan aku adalah satu. Kadang-kadang tu macam nak muntah menghadap menda ni aje. Sila salahkan engineer yang kumpul RFI tersebut. Hahaha. Aku memain je. Aku memang suka. Suka sangat.

Tadi blogwalking kat kak mas, alahaiiiii telur hancur dia sangatlah melazatkan dan enak di pandangan guwa. Rasa nak buat jugak lah balik keja nanti. Beliau memang suka acara masak-masak nih, kalu kome nak cari resepi untuk mengimpresskan mak mertua atau suami terchenta, silalah menggodek blog beliau. Beliau masak memang sodapplah den kabo.

Okeylah, sampai di sini dulu guwa meroyan. Nak kacau orang pulak. Da~

Thursday, October 20, 2011

ThIS SHoulDn't Be heRe

I thought I have let it go. But even now, this very moment, I am still holding back. I despise you. I'm still hating you.



Please forgive me.

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Thursday, September 29, 2011

KiTa KongSi..

Salam.

Tetiba rasa nak update. Tadi baru blogwalking kat FL punya blog. Rasa obligated nak men-share-kan ilmu ini kepada kawan-kawan semua. Keep reading okay?

Six easy ways to earn even after death

* Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
* Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
* Participate in building a masjid.
* Place watercooler in a public place.
* Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
* And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Have a nice day! ^-^

Monday, September 12, 2011

CoMinG SoOn WeDDinG

Salam.

Waaaaaaarghh.......emm....sangat mengantuk. Asal makan je mengantuk, asal mengantuk je makan. Dah abes effort dah ni....tak tau nak buat apa. Ingat nak joget lambak seround dua kat opis nih, tapi tak tergamak lak kan? Kang ada kena baling dengan kerusi, mesin fax etc. Dengar lagu, blogwalking, even makan pun sudah tak memberikan tindakbalas positif kepada kemengantukan yang melanda. *sakit ati bace ayat sendiri. tak tau kenapa*

Last-last *sigh*, buat jugak entry. Ini inisiatif yang paling last. Pasal boleh mengarut all the way dalam blog nih to my heart's content (iye, grammar ke laut. terima kasih). Anyway, anyway, anywayyyyyyy.......aku tersangatlahhhhhhh *amboi* eksaited pasal nak attend wedding seorang kawan-baik-bestest-friend-that-i-am-so-sayang-a.k.a-bestfren-forever, *inhale, exhale, inhale,exhale*. Fuhhh...k sambung, akad nikah my fren ni adalah pd 22hb September and majlis bersanding is on 23hb September. Jangan tanya kenapa bersanding adalah pada hari Jumaat. Coz sana Terengganu ye. Sekian.
gambar penyeri. saya sangat suka cincin tersebut. cantek sangat2!

OMG2......rasa macam i lak yang nak kawen kan? Eksaited youuuuuuu eksaitedddddd.... Eh. sila bertenang ye aisha. Jangan over. EK hem.

Dia nih memanglah member aku yang boleh dikatakan sehati-sejiwa, sekepala, sehobi dan se-se yang lain. Masa study kat kampus dulu banyak sangat kenangan-kenangan manis, masin, masam. Ok, saya tipu. But the truth is, kami banyak berkongsi pendapat, dari the smallest to the biggest things in our life. It's more like...mutual understanding between us. Yeah, sound rite. ^-^ Masa terasa sangat sekejap bila dia dah nak kawen. *Sob,sob,sob* Cemana we all nak bergosip lagi nih bila dia dah kawen??? AAAHhhh.....helllpppppppppp! Ok, stop it aisha. Jangan emo. *sob,sob,sob* Ok2. STOP IT.

=.='

Haishhh...but in the same time, aku berasa sangat2 happy for her. Tengok kawan-kawan mendirikan rumah tangga adalah satu perasaan yang tidak tergambar. Truly happy. *smug*

My dear Aimie, wait for me okehh??? ^-^

ps: By the way, sekarang ayah kepada salah seorang rakan sy sedang sakit kritikal di hospital...whoever read this, please, please and pleaseee pray for him. Semoga doa kita dikabulkan dan beliau cepat pulih. Amin..

Tq. ^-^

Wednesday, August 24, 2011

NaK RaYa dAh..

Salam.

Pejam-celik-pejam-celik dah tengahari. Asik blogwalking jek. Dah2 gi buat keja masing-masing. Coding aku tak jalan-jalan lagi nih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin okeh?

=)

Monday, August 22, 2011

ThiNgS to Do WhEN YoU'Re sLeePy..

Salam.

*2nd attempt utk publish this entry. Waktu kejadian entry ini adalah 3 hari lepas.*

Dah petang. Sempat lah tido sekejap dekat rumah tadi waktu rehat. Sipi-sipi aku terlajak tido. Hahaha~ Sebab tu time rehat aku malas nak balik. Nanti hormon-hormon kemalasan aku memuncak bila nak masuk semula ofis.

Korang penah rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat macam ci time kerja? Jangan tipulah tak penah. Mesti penah kan,kan,kan??? Jangan malu-malu mengaku ye? Lain kali kalau korang rasa nyaris-nyaris nak bertukar jadi 'superman' di meja masing-masing, cuba korang buat menda-menda nih.

1. Jump!

Bila mengantuk badan kita jadi lemah. So, dengan itu kita mesti menggerakkan otot-otot badan dengan melompat-lompat keriangan. Lompat setinggi-tinggi yang kamu mampu ye. Sampai siling lagi afdal. Kalau nak lebih dramatik, bolehlah cuba melompat ke dalam kolah, sungai, tasik etc. Kalau mengantuk jugak, aku tak tahulah nak cakap.

2. Wash 'ur face

Ini common sense yang selalu kita buat. Kira level bawah sikit la daripada yang atas tadi. Tadi kita lompat terus masuk kolam kan, ni kita sopan sikit. Basuh sikit-sikit je muka tu supaya rasa segar. Barulahhh mata yang nak tertutup tadi, bole bukak balik. Tips nih hanya berkesan bagi mereka yang mengantuk aras 1 out of 10. Kalau kau dah ngantuk tahap mentadak, memang tak jalan der.

3. Talk

Talk to someone. But it depends on your situation. Kalau kau dalam kelas cikgu tengah bercakap kat depan, kau sibuk jugak nak bercakap kat belakang, kebarangkalian kau tak bercakap lagi adalah sangat tinggi. Who knows la kan? Mungkin 'mute' lepas kena tampar ke, baling ngan duster ke...well, bad things do happen sometimes?

4. See something cute

Yang ini memang aku selalu jugak buat. Agak-agak nak terkulai layu di depan pc tu, aku mulalah gugel-gugel menda yang kiut-miut. Selalunye kucing. Terima kasihlah pada orang-orang yang capture all these pictures kan. Manfaatnye sangatlah besar kepada orang-orang yang suka mengeksploitasi kecomelan kucing-kucing tersebut. Bila tengok kucing tu segarrr je mata aku. AwwwwwwwWwW!! SO kiutttttttt. SO SweeeTTTtTttt. ^-^

5. Laughing

Okay. Kalau korang dah desperate sangat tak tahu nak buat apa, kolam takdak, bekalan air tetiba putus, takda sesiapa nak dilawan bercakap and there's nothing cute to see, bolehlah try gelak sengsorang. Gelakkan diri anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gelak sungguh-sungguh, sampai tergolek-golek pun takpe. At least, badan anda akan tiba-tiba segar akibat berguling di lantai opis dan otot-otot muka juga aktif akibat ketawa sasau tersebut.

6. Call ek hemm... 'si dia'

Yelah aku faham. Kalau time opis hour, adalah sangat tidak sesuai call dia okey? Manalah tau dia tengah in the middle of meeting ke, tengah bz wat something ke, depan bos dia ke.. semua tu mempengaruhi emosi dan intonasi suara 'si dia' nanti bila menjawab panggilan tepon kita ye. Nanti tak boleh nak sembang lame-lame. Menci! *mengada-ngada*

Itu saja yang mampu aku fikir buat masa ni. Kalau ada idea-idea lain yang bernas lagi jitu bolehlah sama-sama kongsi kat sini. Adios~

Selamat berpuasa. Raya tak lama lagi kan? Eksaited betul! hehe..

Friday, August 5, 2011

RaMaDaN DaTaNg LaGi~



Salam.

Saja buat-buat rajin update blog di pagi yang hening ini. Walaupun dah 5 Ramadan, aku nak jugak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semuaaaaaa umat Islam di seluruh dunia, yang kenal ataupun yang tak kenal aku. Kita semua bersaudara anyway... =)

Sekejap je rasa Ramadan menjelma. Terbayang-bayang lagi aku berbolok-bolok pergi bazar taun lepas, tup-tup dah puasa balik taun ni. Pantas sungguh masa berlalu... maka dengan ini kawan-kawan semua, marilah kita beramai-ramai melakukan sebanyak yang boleh ibadah di bulan puasa ini. Sebab amalan kebaikan yang kita buat akan dilipat-gandakan pahalanya. Subhanallah.... rugi rasanya kalau kita tidak berzikir, membaca Al-Quran dan bertarawih... Secara tidak langsung inilah cara kita meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

Eh. Tetiba masuk mode ceramah. Ini nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri aku sendiri...

Anyway, puasa tetap puasa. Blog tetap blog. Arini aku tetap mau tulis something dekat blog, ada orang baca ke takda orang baca ke, ada saya kesah??? hahaha...

Aku nak cerita satu menda yang buat aku rasa nak lempang-lempang muka sendiri laju-laju. Macam ci.... eh. puasa.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 7 , di kala burung-burung berterbangan, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, langit cerah memancarkan cahayanya, aku pun keluar rumah melangkah dengan penuh ayu bertujuan mahu membuang sampah di depan rumahku. Tiba-tiba aku ternampak nenek a.k.a jiran sebelah-menyebelah rumah aku. Aku senyum. Nenek tu pun senyum. Yelah...senyum tu kan sedekah? Tapi senyum je rasa tak cukup pulak hari ni, lalu aku kononnya mahu beramah-mesra dengan berkata,

aku cute : "Dah sarapan nek??" , senyum lagi.

nenek cun: "Hah??", muka nenek berkerut. Barangkali kurang jelas soalan aku tadi di pendengarannya.

aku cute : "Nenekk dahh sarapannnnn??", aku ulang semula soalan tapi dengan makhraj yang lebih jelas supaya nenek tu dengaaarrr setiap butir soalanku.

nenek cun: "Ohhh. Takkk. Harini takda orang jual sarapan la.", senyum penuh makna.

aku cute : "Oh............", (tak perasan lagi)


KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, ada SEORANG MAMAT betul-betul depan muka aku standby motor mahu menghantar adiknya ke sekolah.

KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, SEORANG MAKCIK berdiri depan pintu rumahnya sambil memandang aku dan aku tidak pasti apakah motifnya berada di posisi itu. Sedangkan dia boleh berada di dapur ataupun di bilik menyambung tidur. Tapi yang aku pasti, sudah tentulah dia dengar setiap butir bicara aku dengan nenek tersebut.

Aku senyum kepada mereka. Ya. Aku ingat lagi pesan cikgu aku senyum itu SEDEKAH


Pagi ini bermula dengan situasi yang begitu ironik. Lalu aku melangkah dengan muka tidak bersalah di depan mereka-mereka itu dan terus masuk ke dalam keretaku dengan harapan mereka semua tidak berfikiran negatif terhadapku.

Ya, sekali lagi. Aku PUASA tapi aku TERLUPA hari ni PUASA .

Tragik.

Moral yang dapat dipelajari hari ini : Sepatutnya aku cuma SENYUM tanpa berkata apa-apa. Bak kata lagu tu, "Senyum tak perlu kata apa-apa~". =.='

ps: Kenapa sume orang tak nak hapdet blog niiieeee.....ala. boring la saya takda page nak kondem.


peace yo! =)

Monday, July 25, 2011

M.I.S.s



What can I say more??

Sunday, July 24, 2011

ModE : UnKNoWn

Salam.

Dasat la sekarang update malam-malam pula yo! Rembat lappy and broadband adik sekejap. Sapa suruh tertidur tanpa menyimpan segala perkakasan komputermu itu?? Maka dengan bangganya aku pun eksploitasi lah..Ciannn tengok lappy tersebut terdampar tanpa sebab kan?

Anyway, malam-malam ni tetiba kadar tensi agak mendadak naik. Sebab....... rasie(lempang je). Hahaha....adalah kan. Takkan nak bagitahu the whole world what's happening to me kan???? Suka hati kawe la kan.

Untuk itu, cara paling mudah menurunkan tahap ketensian dalam darah adalah dengan berblogging. Walopun entry cam harammmmmmm....tapi ada aku kesah? Wahhhh....gitu you. Cara yang kedua, psiko kan diri sendiri by telling you're doing just fine. Everything gonna be okay. Secara tak langsung cara ini boleh melevel-upkan power dalaman anda. Bunyi macam "what da...." or mudah kan???

But I tell you what. Ianya tidak semudah itu. Ramai orang bunuh diri sebab tidak berjaya 'menyerap' kata-kata semangat or motivasi dari orang sekeliling or tidak cuba mendapatkan kata-kata semangat itu dari orang sekelilingnya (dengan erti kata lain, pendam sendiri. Tau-tau dah berdiri tepi jambatan nak terjun. Nauzubillahi minzalik.. Esh2..) Pernahkah kita terpikir, kata-kata semangatlah yang 'memulihkan' jiwa kita bila kita sedih? Bila kita kesusahan, apa yang kawan-kawan kita buat?? Mereka bagi kata-kata semangat yang tak putus-putus. Tapi ia bergantung kepada diri kita sendiri, samada untuk 'menyerap' atau tidak kata-kata semangat tu. Kalau kita berjaya, perasaan sedih tu akan segera hilang. Otherwise, itu yang seseorang boleh stress berminggu-minggu bahkan bertaun-taun lamanya(ecehhh........iyo o je kan aku cakap).

But seriously.

Sebab aku pernah rasa. Tak payah la aku ulang-ulang lagi cerita tu kan. Aku dah pernah cerita pun dulu... bila fikir-fikir balik rasa macam 'bodoh' pun ada. Rasa nak mengata pada diri sendiri 'What da Fff..fisshhhhhhh!'. Tak buat apa-apa pun, cuma menangis sengsorang macam orang hilan akal like.....several months?? Sejak insiden tu, selain family kawan-kawanlah yang banyak 'merawat' luka di hatiku. Ececece.... kesilapan aku terlalu hiba dengan kehilangan hanya satu cinta manusia. Sedangkan ada lagi cinta Agung kepada-Nya yang lebih suci dan tinggi martabatnya. Aku leka seketika sebagai seorang hamba. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya dan aku redha.

Oleh itu, rakan-rakan taulan sekalian dan untuk diri saya juga..bercintalah berpada-pada. Kalau putus di tengah jalan pun, jangan terlalu bersedih or tensi, jangan andaikan kiamat bakal menjelma esok. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya di dalam pengetahuan Allah... berdoalah dan rapatkan diri kepada Allah. Insya Allah hati kita akan tenang.

Jangan ambil jalan singkat dengan terjun bangunan, terjun tasik, or terjun apa-apalah dengan harapan masalah anda akan selesai. Hiduplah dengan penuh redha dan sabarrr. Kerana dirimu begitu berharga(baca dengan nada seperti dalam iklan).

And to tell you the truth, my friends and families are the main reasons why I still standing rite here. Full of energy. Ready to fight on my own. They are the most important things I ever have. Thank you to aaalllllll of you. You know who you're.=)

So, kawan-kawan, sapa yang tensi-tensi tu, let's say 'POWERRRR!!! LEVEL-UP!!!' and continue to smile.

May peace be upon you!

Thursday, July 7, 2011

KilIiNg FrOm InsiDE

Salam.

I tell you what. Waiting for a crucial call is like you're preparing yourself into a war. Afraid of, faster heartbeats, dem nervous and 56 thousand sort of feelings related to those.

And of course I hate that kind of feelings. It's like every part of my body aren't in my normal state. Why do I have these sort of feelings?? I wish I could be an ignorant person or something. Heh.

Tuesday, July 5, 2011

WHaT Da...


Salam. Lama tak masuk blog. Why????

Sebab malas. Simple bukan?? Haha~ Bukan apa, sebenarnya tak tahu nak tulis apa dalam blog lately (tapi mengada-ngada nak update jugak). So what????

Semenjak 2 menjak ni tak banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. Perubahan pada diri aku, ya , ada. Makin gemuk. =.=! Just kiddinggg.. (tak mengaku jugak tuh. huh!). Well, ada jugak something, someone or watever it is yang mempengaruhi cara and the way I act. Rojak sudahhh..i'll keep on one track okey.

Ada orang tu kadang-kadang lack of common sense. You know..? Benda yang simple-simple like taking my stuff without my consent. Even something like that can spoil my mood for the entire day. Is it only me or everyone feel the same way?? Amek tanpa rasa bersalah je depan mata. I'm sooooooo speechless. It's not like I'm against sharing-or-watever-it-is, sharing is caring but under some circumstances, you should know how to ask for someone's consent. And of course it depends on what 'thing' you want to borrow. For food, I absolutely can't compromised. It's food man..

I'm just kidding yo.

But seriously.

Sometimes, ada jugak orang-orang yang mempersoalkan apa yang kita suka buat. Like... saya memang suka dengar lagu. So whatt??? Seriously, I know you're not into listening songs but why on earth did you &^&*%& while I'm listening songs??? Am I committing something against the formal law or what?? I'm mad. Everyone listening to songs. For instance, you like fishing but I don't. I don't fishing and I hate fishing at all. But it's ain't wrong for you to love fishing. Well, to get the fishes of course you gotta fishing or something. I'm not against your hobby anyway. It's just the other way round. Can you see that? Everybody have their own interests.

So stop talking like I'm the big criminal or something. I hate it. Hate means hate.

Oh by the way, baru jumpa satu perkataan yang dah lama tak guna. Sasau.

Happy thinking!~

Friday, June 3, 2011

BiLa YouTUbe BuKAn SeKAdAr YouTube Lagi..

Salam.

Okey. Very short one. Dah lama tak update blog nih, maka pagi tadi saya agak berkobar-kobar untuk menghapdet. But........ something happened and all my ideas goes right out of the window. And....ermm....yeah. Things sometimes ended that way.

-.-"

So, I'll try to pull myself together so that all my endeavors will not be wasted. I would like to share something with all of you out there about 1 thing. This might be another trivial matter that I would like to say today. Again. (Heyyy...just go straight to point, will ya????)

Okey.

Youtube. Saya bukanlah penggemar 'tegar' youtube. Dulu-dulu saya tak tahu nak buat apa dengan youtube. Kenapa semua orang suka sangat bukak youtube??? Ada apa dengan youtube??? Kenapa hari-hari perlu bukak youtube??? Ada apakah???

What the heck is going on with all these people?????

Then....

Until one day, I finally realized that youtube is not only a youtube.... (jeng jeng jenggggg...)

*chill*

Saya baru kenal beberapa Malaysian Youtubers on youtube. Some of them are inianwarhadi, matluthfi, maria helena and lots more. And you know what?? They're just freaking awesomeeeeee!! ^-^ Mereka sangat menarik, funny, talented, berinfo and much much moreee(pada pandangan sayalah, tak tahulah anda kan.)Melalui mereka barulah saya nampak di mana 'excitement' dalam ber'youtube'. Besides them, banyak lagi vlogger dalam and luar negara (apesal skema ayat nih??).

Another one that sooo catchy-matchy is Nigahiga, he is so funny.

Owwhhhhh....now I'm a youtuber too. XD

Friday, May 20, 2011

BiLa BegEdil BukaN LAgi BEgEdiL


Salam.

Ecehhh...tiba-tiba mood makan datang kan. Haruslah. Dua-tiga-menjak-melahu-kat-opis nih, tiba-tiba rajin nak survey resepi masak-masak kan. I memang pandai masak (dia tipu!!), tapi saje je nak asah skill memasak dan menambah ilmu pengetahuan dalam dunia masakan. Boleh bagi impress bakal mak mentua.

Puhahahaha!

Ini sebenarnya eksperimen ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab kat internet nampak cam sodaaaaaappp jo. Den pun buek laaa... Kebetulan adik aku baru beli kentang sebanyak-banyak tidak hari tu. Kat rumah cuma 2,3 ketul je manusia. Beli kentang macamkan nak buat kenduri.

Okeh. Takpe. Biar akak setelkan kentang-kentang tersebut.

First eksperimen, adik guwa nak buat wedges. Konon-kononlah. Kita sebagai kakak haruslah memberi sokongan moral yang padu kepada adik yang berkobar-kobar mahu masak kan? Aku tolonglah bancuh tepung goreng ayam (tepung kepsi), adik aku tukang potong-memotong kentang. Then, goreng-goreng aku serah ke dia.

Hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Sungguh mengagumkan.

Wedges yang ditunggu, keledek goreng keras pula yang timbul. Puhahahaha. Aku dah agak dah, kalau adik lelaki aku yang masak, objek masakan mesti tak banyak sikit ada unsur kehangusan di situ.

Tapi takpe. Akak inventkan resepi lain untuk adik ye??

Next day (kalau tak silap), aku pun potong kentang banyak-banyak buat french fries. Gaul dengan tepung kepsi pastu gorenggg. Jadi bekal pegi keja. Dah setel separuh dari kentang yang seguni tu.

Lepas tu, geledah kat google cari resepi begedil pulak. Dalam gambar, memang nampak begedil kentang tersebut sangatlahhhhhh sedap kauuu. Maka aku pun try buat. Tapi dalam resepi takde guna sebutir tepung pun. Eh, tak pecah ke dalam kuali bila goreng?? Tapi takpe, aku buat jugaklah ikut resepi.

Maka inferens aku tadi memang tepat. Ye. Begedil-begedilku menjadi serpihan-serpihan kentang dan bawangan yang bertaburan di dalam kuali.

-.-"

Then, baru aku golek-golekkan dengan tepung, then celur dengan telur. Barulahhhh ada rupa begedil seperti di atas. Rasa pun sipi-sipi je sebab aku guna kentang dengan bawang je. Segala daun, daging ayam apa sume nan adooo. Jangan tanya napa tak letak. Sensitippp.

Kira okeylah tu untuk percubaan pertama kan...misi memanipulasikan kentang sukses!

RanDom



I am truly glad you are not with me. I should've known you were too good to be true.

Tuesday, May 10, 2011

WeLL..ThaT's TruE

cute quotes Pictures, Images and Photos

Salam.

Selamat hari ceria. Semoga semua orang akan ceria, gembira, cool, tenang, cunnn saja hari ini. Jangan runsingkan fikiran anda dengan masalah-masalah yang selalu melingkari diri anda.

There's always a way out. Dun worry bebeh!

Baru-baru ini seorang kawan saya yang anggun bernama Aimie ada komen mengenai blog saya. Okay, to be specific she was talking about my music gadget on the right side of this page. I'm well aware that not everyone likes those music like I do. But... ada saya kisah??

Hahaha~

Ok2. I'm just kidding. Jangan marah cayang k? Well, good people out there, if you think that the music annoys you or something like that, please... just pause it. I'm sorry for even bother you to pause-play the gadget. But, erm...yeah. And sometimes I prefer listening more on K-Pop (Korea-Pop genre), so forgive me for giving you some kinda 'starstruck' when you opening my page. (-.-")

But, it's fine now because I'm moving onnnnnnnnnnnnn the Maher Zain's songs and malay songs. So......erm..you know-lah. It's a bit differ from K-Pop. Hope you can stand it, at least. ^-^

By the way, my K-Pop songs are still there. Beware of the striking-heart-stopping rhythm!! ^-^

At last, but not least..thanks for your continuous supports and feedback! (ecehhh....bajet ramai je nak tengok blog kauuuu?) Saya kisah apa kan??

Okay, daa~ Masa berpoya-poya dengan blog sudah tamat. Get back to work!

Monday, May 9, 2011

No TiTle

cute quotes Pictures, Images and Photos

Saya lupa. Maafkan saya. Saya betul-betul lupa. Janganlah marah saya yang kerdil ni. Janganlah merajuk dengan saya. Saya tak sengaja.

Saya lupa nak kejut awak subuh tadi.

Puhaha.

So sorryyy....

ps: i'm always thinking of you. i mean it.

Friday, May 6, 2011

I'm KindA..

fallen... Pictures, Images and Photos

Salam.

Sihat semua? Saya tak sihat. Pagi-pagi perut dah meragam. Ni mesti pelam semalam sebab-musababnya. Tak pun coklat. Malam tadi cuma makan dua menda tu je (apesal aku cerita menda nih??). Okay, mungkin kesakitan perutku akan mempengaruhi gaya penulisan entry ini. Harap boleh faham. Ngeeee~

Semenjak dua menjak nih, aku selalu datang awal ke opis. Bukanlah aku rajin sangat nak datang awal. Aku kena hantar dua orang 'anak' aku pegi sekolah sebelum pukul 7, maka dengan otomatiknya dengan aku-aku sekali pergi kerja awal. Kelasss kau mariaa! Eceh. Tiba-tiba je perasan jadi pekerja yang berdedikasi dan kompeten. Buwekkk!

Tapi yang tak bestnya, ada sorang uncle tu dah banyak kali tegur aku.

'You tak balik rumah ke??'

'Balik la uncle'

'Saya tengok lu hari-hari manyak awal datang?? (lebih kuranglah ayatnya)'

'Saya baliklah uncle. Tengok baju saya hari-hari lain maaaa (-.-")'

Mereka sangka aku berhibernasi di opiskah?? Sungguhpun aku 'kompeten' namun hibernasi di opis tidak sesekali. Haaa kauuuu....ada paham ayat guwa?

Jap-jap. Aku baca balik ayat aku. Oke2..dah paham. (tampa je)

Neway, tak banyak menda berlaku dalam hidup aku. Hari-hari lebih kurang sama je. Takda aktiviti berkelah di air terjun mahupun menonton wayang. Kalau buat diari pun, buat perabih kortas jooo. Membazir. Masa malam adalah jangka masa yang paling pendek. Pukul 10 je selalunya aku dah pengsan. Kadang-kadang tu lepas solat Isyak, pukul 9 dah bam. Barangsiapa yang memesej atau mengekol aku di kala itu, maka ketahuilah kamu aku sudah tidur. Heh.

Sepatutnya aku mesej someone, tapi sebab aku selalu tido awal.....so...erm..macamtu lah. Siang-siang dia bizi macam mesin fotostat, malam-malam line 10-11 malam baru nak mesej haku. Aku nih dahlah masa tidur line-line baby.

Hahahahahahahaha~

Dan selalunya mesej-mesej dia aku baca esoknya (Apa jenis gaya memesej ntah aku pun tak tahu. Hari ni mesej, esok reply). That's make me moody. So that, aku saja carik pasal dengan dia. Hehe~

Cheappp!

Oklah, nak melantak dulu. Adios!

Wednesday, April 27, 2011

EdiSi KemURuNgaN #2

Salam.

Wauu.....lama tak hapdate. Lalu rasa teruja pula nak menulis pagi-pagi ni. So sihat semuaaaa??? harap-harap sihat dan sentiasa dalam keadaan hepi-hepi belaka. Pagi-pagi ni kena ambik mood sikit. Reset semula jarum mood supaya tiada kemurungan berlaku.

funny rock Pictures, Images and Photos
Akibat kemurungan.

Apa sebabnya banyak kes-kes kemurungan berlaku sekarang nih? (ecece....ayattt..). Saja, buat-buat concern. Haha.

Anyway, kebanyakannya mungkin berkaitan masalah peribadi, tahap kewangan dan faktor persekitaran. Mana ada orang suka-suka nak kemurungan?? Gila hapa?? So, kalau anda mengalami masalah peribadi tak kira apa pun, cuba bawak berbincang dengan orang yang rapat dengan anda. Jangan simpan sendiri-sendiri okeh? Lagipun bukan boleh setel kalau kau duk sorang-sorang berkerut siang malam pikir masalah. Kan?

FUNNY PIX Pictures, Images and Photos
Warrghhh!!

Pasal kewangan aku rasa tak banyak sikit, semua orang pun ada. Tipulah kalau takda. Jutawan pun ada masalah kewangan. Bila dah banyak sangat duk pikir lak cara yang paling secure untuk simpan duet. Yelah, perompak kan banyak. Penggunaan peti besi sudah tak relevan lagi di masa kini. Heh.

Harga barang melambung, otomatiklah kewangan kita pun jadik tak stabil kan?? Dah elok-elok dulu ayam goreng 1.50 hengget, sekarang jadik 3 hengget. Eh, eh. Cemana aku nak beli hari-hari???

Minyak jangan cerita bai. Dan aku rasa di kala inilah semua orang berpikir alangkah bagusnya kalau keta boleh tuang air laut je. Jimaattttttt sangat-sangat. Tak pun kite invent kereta yang tak pakai bahan bakar seperti petrol tapi menggunakan tenaga dan kudrat untuk bergerak.

funny gif Pictures, Images and Photos
Kayuh! kAyuH! Kayuh! KAyUh! Kayuh! KAyuhhhhhhhh!!!!
(2 bulan belum tentu sampai)

Kalau dipkir-pkir segala masalah yang ada nih, memang boleh buat orang rasa nak bunuh diri.Tapi sabaaarr geng! Takda masalah yang takda penyelesaian. Ewaahhh.

Eh. Betul. Serius guwa tak tipu. Cuba kita pkir camni. "Aku boleh lakukan!". Otomatik semua benda kita boleh harungi. Tak caya??? Cer caya..cer caya.. Hahaha~ Dengan kata mudah aku nak kata, always be positive. Contoh, kau adalah masalah besaq bak kata matlufhti. So, kau tensen sangat-sangat sampai rasa nak bakar pondok tunggu bas depan rumah. Apa kata 'lepaskan' ketensenanmu itu melalui blog? Haaaaaaaaa.....
Kau tulislah pape hatta merapu macam orang meroyan sekalipun kat blog nescaya tekanan kau tu boleh berkurangan. Tu memang aku selalu buat. Tapi agak-agak la bro, janganlah tulis bukan-bukan. Karang lain jadiknya..

Kalau nak testimoni, boleh mintak kat Popo.

funny gif Pictures, Images and Photos
Ramai orang menunjukkan reaksi skeptikal selepas mendapatkan testimoni beliau. Haha~

Lastly, faktor persekitaran pun salah satu punca berlakunya kemurungan. Tak caya?? Contoh macam kes-kes yang banyak tak terkira pasal buang baby, terjun bangunan, lari ikut tet tet tet dan tettt dan macam-macam lagilah. Bila dah terlanjur, malu dengan oang sekeliling and takmo orang tau, mulalah nak baling si anak yang tak berdose tu ikut sedap dia je. Kat tol pun sompaatttt. Asal rasa tekanan je, nak baling, nak terjun, nak bunuh, nak lompat. Sume nak kemurungan.

Eh. Eh.

Naik seriau aku bace paper sekarang. Permainan main-pijak-terajang-laki-bini pun dah makin femes. Takda menda lain nak main ke??? Siket-siket nak naik tangan kaki jari segala. Angkat-angkat buat senamrobik takpelah jugak. Boleh eksesais. Pecahkan
lemak-lemak tepu yang bersepah-sepah di badan.

Maka dengan itu, babes. Ayuhlah kita mengatasi gejala kemurungan (aku sendirik pun murung jugak kadang-kadang) supaya darah tinggi tak naik, bebas dari sakit jantung, strok, migrain dan segala-macam-penyakit-kronik-dunia. Yang penting kita enjoyyyyyyyy!!

Vui Pictures, Images and Photos
Yeah! Yeahhhhhhh!

Friday, April 22, 2011

EdiSi KEmURuNgaN

LoL Pictures, Images and Photos
Tiba-tiba je aku tak suka dengan Caps Lock!



Go awayyyyyyy!

Thursday, April 7, 2011

MerLin

Salam.

Datang mahu bersihkan sawang. Esh. Eshh... lama betul tak bersihkan. Semenjak dua menjak nih aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan internet. Hari-hari bukak email, facebook, blog, surfing cari gambar-gambar Min Woo oppa yang menarik dan sebagainya. Bila tiba tang rajin sikit tu, blogwalking sambil mengkomen entry-entry kamu, kamu dan kamu yang tengah asyik menghapdet facebook.

Tapiii... sekarang ada yang berbeda. eh berbeza. Sekarang aku ter'fanatik' dengan drama series Merlinnn. Termakan cerita adik-adik akulah hari tu. Bestlah, apelah. Last-last hari-hari aku bukak Merlin. Online. Search punya search jumpa website Merlin. Boleh watch online la nihh. Tapi server dari US so cerita dia takda subtitle. So, paham-paham sendirilah ye bila tengok tu. I just love the accent, so senang paham.

Dan bila tetiap hari melihat wajah Colin Morgan di situ, tetiba nak terjatuh chentaaa dengan Merlin. Hikhik..
Can you see that?? Can you??? Can youuuu???

Yeah. I know. He's cute, rite?

@-@. Kenapalah dia perlu senyum begitu. He looks soooo adorable. Tetiba rasa servant si Prince Arthur ni lagi hensem pulak. Mungkin penangan si jejaka magis tersebut membuatkan aku berasa begitu.

Haha.. Watak Merlin sangat innocent, adorable, loyal to his friend, mempunyai 'power' iaitu magic and so funny. I like the way he behave when he's around the prince. ^-^
Wajah Colin Morgan in real life. Rambut stylo tak hengat..

Dan ini wajah terbaru 'Merlin'. Kalau tak silap dalam bulan Januari 2011.

Aku tak tahulah apa tema rambut dengan jambang nipisnya itu. Even so, I still can feel the presence of Merlin in him. Loveeee it!