Monday, August 22, 2011

ThiNgS to Do WhEN YoU'Re sLeePy..

Salam.

*2nd attempt utk publish this entry. Waktu kejadian entry ini adalah 3 hari lepas.*

Dah petang. Sempat lah tido sekejap dekat rumah tadi waktu rehat. Sipi-sipi aku terlajak tido. Hahaha~ Sebab tu time rehat aku malas nak balik. Nanti hormon-hormon kemalasan aku memuncak bila nak masuk semula ofis.

Korang penah rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat macam ci time kerja? Jangan tipulah tak penah. Mesti penah kan,kan,kan??? Jangan malu-malu mengaku ye? Lain kali kalau korang rasa nyaris-nyaris nak bertukar jadi 'superman' di meja masing-masing, cuba korang buat menda-menda nih.

1. Jump!

Bila mengantuk badan kita jadi lemah. So, dengan itu kita mesti menggerakkan otot-otot badan dengan melompat-lompat keriangan. Lompat setinggi-tinggi yang kamu mampu ye. Sampai siling lagi afdal. Kalau nak lebih dramatik, bolehlah cuba melompat ke dalam kolah, sungai, tasik etc. Kalau mengantuk jugak, aku tak tahulah nak cakap.

2. Wash 'ur face

Ini common sense yang selalu kita buat. Kira level bawah sikit la daripada yang atas tadi. Tadi kita lompat terus masuk kolam kan, ni kita sopan sikit. Basuh sikit-sikit je muka tu supaya rasa segar. Barulahhh mata yang nak tertutup tadi, bole bukak balik. Tips nih hanya berkesan bagi mereka yang mengantuk aras 1 out of 10. Kalau kau dah ngantuk tahap mentadak, memang tak jalan der.

3. Talk

Talk to someone. But it depends on your situation. Kalau kau dalam kelas cikgu tengah bercakap kat depan, kau sibuk jugak nak bercakap kat belakang, kebarangkalian kau tak bercakap lagi adalah sangat tinggi. Who knows la kan? Mungkin 'mute' lepas kena tampar ke, baling ngan duster ke...well, bad things do happen sometimes?

4. See something cute

Yang ini memang aku selalu jugak buat. Agak-agak nak terkulai layu di depan pc tu, aku mulalah gugel-gugel menda yang kiut-miut. Selalunye kucing. Terima kasihlah pada orang-orang yang capture all these pictures kan. Manfaatnye sangatlah besar kepada orang-orang yang suka mengeksploitasi kecomelan kucing-kucing tersebut. Bila tengok kucing tu segarrr je mata aku. AwwwwwwwWwW!! SO kiutttttttt. SO SweeeTTTtTttt. ^-^

5. Laughing

Okay. Kalau korang dah desperate sangat tak tahu nak buat apa, kolam takdak, bekalan air tetiba putus, takda sesiapa nak dilawan bercakap and there's nothing cute to see, bolehlah try gelak sengsorang. Gelakkan diri anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gelak sungguh-sungguh, sampai tergolek-golek pun takpe. At least, badan anda akan tiba-tiba segar akibat berguling di lantai opis dan otot-otot muka juga aktif akibat ketawa sasau tersebut.

6. Call ek hemm... 'si dia'

Yelah aku faham. Kalau time opis hour, adalah sangat tidak sesuai call dia okey? Manalah tau dia tengah in the middle of meeting ke, tengah bz wat something ke, depan bos dia ke.. semua tu mempengaruhi emosi dan intonasi suara 'si dia' nanti bila menjawab panggilan tepon kita ye. Nanti tak boleh nak sembang lame-lame. Menci! *mengada-ngada*

Itu saja yang mampu aku fikir buat masa ni. Kalau ada idea-idea lain yang bernas lagi jitu bolehlah sama-sama kongsi kat sini. Adios~

Selamat berpuasa. Raya tak lama lagi kan? Eksaited betul! hehe..

2 comments:

*rainyscream* said...

part terjun kolam tu sy suka..terus segar 100%.ahahaha

CoOkiE MoNSter said...

hihi...tapi jangan terjun kalau tak pandai berenang. lain lak citenye kang. huhu..

^-^