Friday, May 20, 2011

BiLa BegEdil BukaN LAgi BEgEdiL


Salam.

Ecehhh...tiba-tiba mood makan datang kan. Haruslah. Dua-tiga-menjak-melahu-kat-opis nih, tiba-tiba rajin nak survey resepi masak-masak kan. I memang pandai masak (dia tipu!!), tapi saje je nak asah skill memasak dan menambah ilmu pengetahuan dalam dunia masakan. Boleh bagi impress bakal mak mentua.

Puhahahaha!

Ini sebenarnya eksperimen ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab kat internet nampak cam sodaaaaaappp jo. Den pun buek laaa... Kebetulan adik aku baru beli kentang sebanyak-banyak tidak hari tu. Kat rumah cuma 2,3 ketul je manusia. Beli kentang macamkan nak buat kenduri.

Okeh. Takpe. Biar akak setelkan kentang-kentang tersebut.

First eksperimen, adik guwa nak buat wedges. Konon-kononlah. Kita sebagai kakak haruslah memberi sokongan moral yang padu kepada adik yang berkobar-kobar mahu masak kan? Aku tolonglah bancuh tepung goreng ayam (tepung kepsi), adik aku tukang potong-memotong kentang. Then, goreng-goreng aku serah ke dia.

Hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Sungguh mengagumkan.

Wedges yang ditunggu, keledek goreng keras pula yang timbul. Puhahahaha. Aku dah agak dah, kalau adik lelaki aku yang masak, objek masakan mesti tak banyak sikit ada unsur kehangusan di situ.

Tapi takpe. Akak inventkan resepi lain untuk adik ye??

Next day (kalau tak silap), aku pun potong kentang banyak-banyak buat french fries. Gaul dengan tepung kepsi pastu gorenggg. Jadi bekal pegi keja. Dah setel separuh dari kentang yang seguni tu.

Lepas tu, geledah kat google cari resepi begedil pulak. Dalam gambar, memang nampak begedil kentang tersebut sangatlahhhhhh sedap kauuu. Maka aku pun try buat. Tapi dalam resepi takde guna sebutir tepung pun. Eh, tak pecah ke dalam kuali bila goreng?? Tapi takpe, aku buat jugaklah ikut resepi.

Maka inferens aku tadi memang tepat. Ye. Begedil-begedilku menjadi serpihan-serpihan kentang dan bawangan yang bertaburan di dalam kuali.

-.-"

Then, baru aku golek-golekkan dengan tepung, then celur dengan telur. Barulahhhh ada rupa begedil seperti di atas. Rasa pun sipi-sipi je sebab aku guna kentang dengan bawang je. Segala daun, daging ayam apa sume nan adooo. Jangan tanya napa tak letak. Sensitippp.

Kira okeylah tu untuk percubaan pertama kan...misi memanipulasikan kentang sukses!

6 comments:

lovescandl said...

hihihi... oklh tu percubaan pertama menjadik! akk kalo wat bergedil just celupkan bergedil dlm telor(campur sikit tepung jagung) yg dh dipukul kembang then gorengkan :)

Mas Sani said...

alamak ecah, abaikan lovesscandall tu, akk lupa nk sigt out email adik huhuhu...

CoOkiE MoNSter said...

kak mas~
takpe....its okey je. hehe...kak mas terer masak, bolehlah berguru ngan kak mas.

^-^

eeka said...

ni ada satu laman web leh daftar free jerk... aku search by resepi yang aku nak... n aku tengok mana yang paling banyak komen! =) marvelous! siap ada pic lagi yang da pernah wat guna resepi dalam website tu.. hehehee aku da pandai masak tau, aisyah! =)

p/s: tlg add kan aku punya blog baru ni, thanks =)

Nursyafeeka Zainuddin said...

http://www.myresipi.com/top/detail/731

CoOkiE MoNSter said...

thanks...actually aku dah penah masuk site nih masa nak cari resipi begedil tuh..

ko dah pandai masak skang, bolehlah aku datang umah ko makan free. hahahaha~