Monday, August 24, 2009

IsNin..IsNiN..IsNinNNnnnNNNN...

Salam...ahh.Ari Isnin.

Cuti yg lepas 2 hari aku xrase cam cuti okkk. Cam biase la keje aku. Sistem. Aku terpaksa mensaikokan diri aku agar konon-kononnya hari isnin ni hari jumaat. Ini utk mengelakkan mind-set aku kate yg hari isnin sgt memboringkan. Okla, utk merelease aura negatif aku, mari kita berblogggg! Ada satu citer aku jumpe.


Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahka n Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun.

Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"

Jawab Man "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man!, Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."

"Ahh! Man nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."

Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .

Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!"


Huahahahaha....aku suke citer ni. Tapi xtau la korang kan?? Yg penting aku suke. Pasal aku xdpat agak ending die.

Rupenye sebab die GILA. That's all. Hampagasss..

3 comments:

Unknown said...

haha.boleh la.

zaira said...

hehe.. lawak la..
err.. slamat berpose ye tuan rumah,,

CoOkiE MoNSter said...

+akufobia+ ~ zaira fitrah ~
selamat berpose jgak...thanks dtg menjenguk blog sy nh..=P