Thursday, September 10, 2009

Uiks...BAru Aku TAu..

Panadol Merbahaya


JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


4 comments:

shaz haza said...

yep betul tu.
kwn kite pnh ckp, kwn die (doktor) mmg xgalakkan mkn pnadol.
dia selalu wat mcm kar entry ecah ni.
air isotonik cnthnye 100plus, cmpur dgn air masak.

Unknown said...

ngaa.ye ke betul makan boleh jadi macam tu?jadi macam tu sebab overdose kot.nanana.bukan tak boleh makan.jangan overdose+makan ikut nasihat doktor rasanya.

CoOkiE MoNSter said...

+akufobia+ ~
erm...mgkin ni kesan jangka masa panjang kot. kite xtau apa tindakbalas kimia ubat2 ni. Kalu staun dua mmg la xnmpak kesan, tp kalu dah lelame asik mkann jer, mgkin ada side effectnye.

Untuk kesejahteraan dan keamanan sejagat, pilihlah yg lebih baik..

Unknown said...

taktaktak.sebaiknya makan ikut arahan.bukan main makan je.asal sakit makan.bukan kita tak tahu,kalau kita memang da ambil lebih dari disyorkan,mesti la sakit.kalau tak ambil,IA tak sakit.bukan sajasaja doctor syorkan makan panadal tu.sebab diorang pun tahu lebih kurang ubat.kalau yang kata tak tu pun maybe dia ni dari jenis yang tak makan ubat.kan ada je orang yang tak suka makan ubat.ok?