Monday, September 7, 2009

kEpASRahAn...

Salam.

Buat pertama kalinya,aku rasa ini Isnin paling pasrah aku g keje. Rase berseri2 bak hari jumaat. Rase berkobar-kobar nak g ofis. Oh! Jgn la kate ini buang tebiat. Harap-harap bukan. Baik andaikan pertukaran angin atau self-motivate aku nak pegi keje pada hari Isnin 'sedikit' tinggi. Hari ini hari paling-tak-rase-serabut. Tak rase
macam hari Isnin yang sudah-sudah.

Jangan salah faham ye. Aku bukan tak suka hari Isnin, tapi tak tahulah kenapa Blue-Monday selalu muncul di hari-hari Isninku yang indah. Rase sarat dengan sesuatu and pressured. Maybe otak aku yang meng'create'kan menda-menda begitu dalam keadaan bawah sedar. Hatta tak ada kerja sekalipun, tetap rase sarat sebab itu hari Isnin. 4 days to go. Mungkin aku kena reset balik otak nh.

2 hari hujung minggu yang lepas, yang selalu aku damba-dambakan untuk terbongkang, berehat2 depan tv sambil menonton spongebob dan Blue Dragon tak jadi seperti yang sebelum2 ni. Selalunya hari2 cuti aku akan sentiasa ceria. Tak perlu bekerja hari itu. Duk tengok tv sepanjang hari, atau baca buku atau berangan sorang2. Haha..


Tapi..


Sabtu and ahad yang lepas aku rase pening yang amat. Bukan pening buat keje. Tapi pening sebab takde keje??? Oh Noooooooo........adakah ini kesan jangka masa panjang yang sekarang baru muncul?? Aku tak tahu nak buat apa kat rumah bila rase dah boring nak tukar-tukar channel tv. Tak tahu nak buat apa bila siang hari sekarang xbole makan sebab poser. Tak tahu nak buat apa bila Kerol(housemate) aku xmo
teman aku kuar jalan2. Last2 aku termenung macam orang giler. Paling2 kuat pon, aku turun g kedai pakcik mamak beli barang dapur. Mulala aku buat2 jakun tengok pokok bunga raya, pokok pinang sepanjang jalan ke kedai. Sungguh. Baru aku perasan indah kawasan kejiranan aku ni rupenye. Nikmat bila dapat keluar tengok langit, tengok orang, tengok pokok2 di hari cuti.

Hilang sekejap pening pale aku. Maka aku telah membuat hipotesis bahawa aku pening kerana terlalu banyak terperap dalam rumah tanpa aktiviti. Oh, Mr Lan ada jgak suh aku wat aktiviti cam men badminton ke, futsal ke, ape ke, janji bukan terbongkang tido kat rumah. Tapi minta maaf jela, i'm not-interested-in-sports type. Bulan tak poser pon aku malas men kejadah ni sumer, apetah lagi bulan poser?
Ape buang tebiat?

Hujung minggu yang lepas adalah yang paling boring in addition kena sakit kepala. Namun redha jela..bulan2 poser kena banyak bersabar kan?
Internet pon takde kat rumah. SOOOo boring. Sampaikan tv pon dah tak berkesan lagi pada aku yang tv-addict nh. Ohoo...dasat.
Aku sendiri tak pecaya............


Kerol lak ntah apa yang die buat kat bilik die pon aku tak taula. Ajak jalan die kata penat. Aku pon ikut penat dgar die kate camtuh. Sudahnya aku bersidai kat tingkap dengan dua2 tangan pegang jeriji sambil merenung kereta2 di bawah nun yang bagaikan
semut bergerak2. Mestilah, dah rumah kat tingkat nun belas2. Sedih je rupe. Dah macam kena lokap lak. Memandang dengan penuh pasrah sambil dihembus bayu ~ ~ Baik aku tak gelak sorang2 kat tingkap tu. Kalu tak,
kompem orang ingat aku gila. Huhu..


Apela aktiviti yang best nak buat bile keseorangan. Then, effort aku yang paling last adalah men game. Oh, wahai rakan-rakanku yang tidak begitu mengenali diri ini, aku bukanlah jenis 'hantu game'. Aku takde perasaan sangat pon bile tengok orang 'kerasukan' hentak-hentak keyboard sebab syok sgt men game. Aku abaikan aje walaupon kdg2 aku cam teringin jgak nak men. Best sangat ke men game? Dulu2 try gak, and the end aku pening pale sampai rase nak muntah. Mungkin terlalu fokus kat skrin komputer lame sangat. Mentibangg.. xsyokk ponn..

Len kali saikokan diri agar tidak murung di hujung minggu, byakkan shopping dan aktiviti luar. Ngehngeh..



9 comments:

kojah said...

wei, masuklah contest akuuu!!

shaz haza said...

ye aisyah. weekend yg lepas ni weekend paling bosan. hu hu.

[baru terfikir, sebelum ni kalau bosan pegi makan segala sumber kat dapur tu]. ha ha. puasa xleh mkn.

sudahnye, mngadap mysoju dari pg ke mlm. adeh, pening. 0_0

CoOkiE MoNSter said...

kojah ~
weh, masuk2 je pakse aku join contest ko. Aku dah bace pagi2 td lagi contest tu la. Bukan aku xnak masuk, tp keje kat opis aku ni ko nak sambungkah???

shaz haza ~
tula point pentingnye..

makan. Since bulan pose, sumenye tetibe jadik tak keruan sebab takleh makan time boring.ngehngeh..

Mohd Hafizd said...

shopping? hehe.terapi untuk release tension kannnn??

tp ustazah bahiyah bgtau dlm semanis kurma itu salah sebernyer...huhu..

tp window shopping pon orait to kill the time kannn

salam rmadhan~

Antah Berantah said...

Bawak-bawakla diri anda mengeluarkan diri..

Haha!!

anggerikrimba said...

ala ciannyer kebosanna ker? bt2 la beramal aishah bila der mser terluang nie...nk2 nnti dlm bulan poser nie....kuikuikui

CoOkiE MoNSter said...

mohd hafidz ~
btul2..i lovvveeee window shopping!

miss antah ~
sy slalu mngeluarkan diri aper? g keje?

anggerikrimba ~
Alhamdulillah........insap aku!

Faarihin said...

lukislah pic alien.. gerenti masa yang ada terisi dengan jayanya.. huhuhu.. (^__^)

CoOkiE MoNSter said...

Faarihin ~
sy tau likis doraemon je..xreti lukis alien ah. huhu..