Saturday, December 17, 2016

FirST EnTry 2017??

Assalamualaikum.

First entry 2017. Mak aihhh... menyedihkan blog aku nih. Bersawang-sawang tak update.

Agaknye tak berapa nak stress tahun ni tu pasal tak ada update.

Aku kan time merempan je bru update blog. Puhahahahaha!

Aku keje arini.

Yeay.

=.=

Ntah pape.

Banyak kali aku berhujah dengan boss supaya bagi kami ni pelepasan Sabtu. Takat keje half-day je dah kenapa nak kena datang jugak. Tak ke membazirkan electricity??(ceh. ada je alasan aku)

Tapi nan hadooo.

Macam-macam alasan Boss aku bagi. Kona baekk punya.

Taknak bagi tu cakap je. Jangan pusing-pusing cakap nanti keje orang lain pending la, production boleh stop la apa la. Time kitorang balik petang tu molek je orang buat keja. Apa kalu orang opis tak datang boleh lingkup ke company?

Huh.

Owh. AKu baru tukar nama blog aku ke 'Unicorn'(walaupun aku tau ada korang kesah??tapi im just saying je). Sebab apa nama unicorn?

Takda sebab. Tapi sebab nama Unicorn tu kan binatang magical kan. So, harap-harap aku dapat mencipta 'magic' dalam hidup aku. Strive to be better. Ececece... Lagipun pasal nama Cookie Monster tu dah lama sgt dalam blog aku ni.

So, aku nak tukar semua.

Layout template.

Name.

Everything kalu boleh.

Oklah,

Adios. Till next time.

Happy Saturday u ols! Belanja gambar sket.

Saturday, October 22, 2016

Marilah Bawak Bekal

Assalamualaikum.

Tengah2 duk tunggu waktu isyak  masuk, layan2 sikit fesbuk. Terbaca pasal  sorang blogger ni cerita pasal bawak bekal  beliau sekeluarga. Pepagi bini dah bangun utk sediakan bekal utk suami dan anak-anak. Aku tabik spring la kat brader ni pasal dia tak rasa malu langsung nak bawak bekal.

Itulah yang sebaik-baiknya. Daripada tetiap hari pergi buang duet kat kedai,kan bagus makan masakan dari air tangan isteri. Sweet gitu. Jimat pun jimat. Kebersihan pun  terjaga. Maklumlah kedai masak tak sama dengan masak sendiri. Aku cakap ni bukan nak 'condemn' kedai makan ya. Kadang2 aku  laki bini pun pergi lepak makan kedai  jugak.

Aku pun duk masak bekal hari-hari utk kitorang laki bini sebelum pergi kerja. Senang. Aku ni jenis lagi rela tidur time rehat daripada keluar cari kedai makan kat luar. Time rehat, aku makan sekejap pastu  tidur. Indah betul dapat lelap sekejap. Jimat duet dan masa kat situ. Haaa...nampak takk?

Kadang2 bila malam memang rasa letih lepas seharian menghadap macam-macam hal dekat ofis. Tapi aku gagahkan jugak 'standby' apa yang patut malam tu. Dulu aku biasa  masak  nasi malam, lepastu esok paginya masak lauk. Tapi sejak dua menjak terlewat bangun pagi ni, terus aku tukar strategi masak malam lak. Kena pastikan la yang  lauk tu dah perangatkan sebelum tidur.  Kang basi pulak. Haru...

Oleh itu wahai kaum suami, hargailah pengorbanan para isteri ini ya. Mereka sanggup berkorban berpenat-lelah sediakan segalanya walaupun dia pun rasa penat, sama-sama bekerja. Sekali sekala tu belanja la si isteri tu gelang emas seutas dua. Hahaha..ok,tak kelakar. Cukuplah dengan perkataan ' terima kasih' dari mulut kamu tu. Itu pun dah buat para isteri ni rasa gembira berbunga-bunga.

So, siapa-siapa yang rasa nak bawak bekal ke tempat kerja tu, teruskanlah niat suci murni korang tu ye. Bukan untuk yang dah berumah-tangga je,yang masih bujang pun boleh praktikkan dari sekarang. At least boleh la korang menabung hasil dari penjimatan berganda ni.

Nak baca kalu entry pasal bekal ni, klik kat link ni ye
http://apemazing.com/nak-bawa-bekal-pun-malu/

Eh, sok cutila. Lunch nak masak apa ye?

Thursday, January 14, 2016

AzaM taHuN bARU

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Hajat di hati haritu nak update blog masa besday aku, 10hb. Tapi biasalah, hanya tinggal angan-angan semata.
Janji aku hapdate blog, ye tak?

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2016. Peh...jangan ingatkan aku umur berapa tahun ni. *saikokan diri masih muda remaja*
So far, aku rasa bersyukur sangat2 sebab masih dipanjangkan usia dan masih dipinjamkan nikmat di dunia ini, Alhamdulillah...

Tahun 2015 antara tahun yang paling banyak perubahan dalam hidup aku. Banyak azam (bajet) dan plan dah pun berjaya dilaksanakan walaupun tak semua (its okay bebeh,keep it up!).

Perubahan paling besar is aku berubah status, jadik bini orang. Walaupun perangai aku ni kadang2 xmatang, tp aku sentiasa berusaha menjadik isteri yang sholehahh (giteww..hahaha.sekali lagi perasan). And anugerah kedua is my cute girl. Aku pun dah jadik mak orang okehh... Kena kembali diet untuk mendapatkan badan supermodelku balik (sila muntah ijo.hahaha!)

So untuk tahun baru ni,aku berazam dan berdoa agar aku menjadi isteri dan ibu yang diredhai Allah...Aminn

Saturday, January 31, 2015

MeNcaRi

Assalamualaikum,

Tetibe je dah 31.1.2015. Rasa begitu pantas masa berlalu. Besok dah masuk bulan 2. Eh,eh.. Lg 3 minggu je lagi i'ols akan memulakan fasa baru dalam hidup. ;-)  Rase nebes angatt.*tampar diri sdri*

Anyway, awal2 tahun ni memang i'ols busy mcm mesin basuh. Berlari ke sana,berlari ke sini, lompat pagar, menyeberang sungai.. Okay,i'ols tipu. Takda la busy mcm tu skali. Cuma i have alots in my mind to settle. Lagi2 first timer mcm i'ols ni nak buat event. Kadang2 nampak mcm rilekk je tapi otak i'ols tgah plan mcm2 untuk event.

Orang kata biasa kta rasa nebes, tp i'ols still mcm takda perasaan. Mungkin belum terasa lg debarannye tu. Lagi 2,3 hari event da dkat baru ha kauu.. gelabah tetibe. Haha..

I'ols tgah sibuk nak carik inner anti -tembam ( kalu korang pernah dgar la kan). I'ols pun bru tahu masa pergi pusing-pusing kat jalan TAR aritu. Siap test2 bgai, memang ngam, cantik, memberi ilusi wajah bujur sirih bg yg muka tembam mcm aku. Tapi sayangnye, takda warna yang aku nk. Haih. Berkecai harapan.

Inner tu mcm inner neck, material cotton, tapi potongan awning die sampai bawah pipi. I'ols memang berkenan sgt jenis2 mcm ni. Senang nak ejas. So, korang yg nak cuba bg muka nampak kurus and kebujuran tu bolehla try carik inner jenis ni.

Okayla, zirafah i'ols tak mandi lagi.

Adios!

Wednesday, December 31, 2014

weLcOme 2015..

Assalamualaikum,

Harini hari terakhir dalam 2014. Wau... Cepatnya masa bergerak.. Sedar tak sedar dah nak masuk 2015. Banyak menda nak kena buat tahun baru ni. = )

Hopefully semua berjalan lancar..

Counting days now.. Nervous!


May 2015 be the next great year for us.. In Sha Allah..

Thursday, October 30, 2014

Saturday, August 30, 2014

NAK KuRuS tu BoLeH TaPi...

Assalamualaikum...

Sempena nak sambut hari merdeka ni, aku nak buat entry yang sedikit membina la. Balik-balik merapu menyampah lak orang nak baca kan?( kalau ada orang baca la..) Nganganga...

Pernah dengar pasal Diet Atkins?

Tak pernah?

Pernah?

Eh. Lantaklah pernah dengar ke tak kan? Meh aku nak cerita sikit some story about this. Kalau korang interested nak tau, sila teruskan. Kalau tak, g tengok pesbuk sana.

The main point of the Diet Atkin ni sebenarnya adalah me'nyah'kan or mengurangkan kandungan karbohidrat dalam tubuh kita (gituuu ayat). Dalam bahasa mudahnya, kita kena kurangkan jumlah karbohidrat yang kita ambil setiap hari. Kalau ikut law Atkin, satu hari kita boleh ambil 20 gram karbo je. So, congak-congaklah berapa kita ambil selama ni. Nasi lemak sepinggan pagi, ada ayam goreng ngan telur mata, lunch melantak nasik sepinggan ngan ayam masak merah campur sosej sket, begedil seketul dua, air fresh oren...malam lagi makan..ha..korang pkirlah sendiri yek.

So, bagi mereka yang masih ada azam nak turunkan berat badan, jgan putus asa. Masih ada sinar harapan. Kalau korang rasa-rasa nak try boleh try, i'ols buat testimoni pasal diri sendiri okeh ni.

Last year 2013, bulan 6 berat i'ols boleh dikatakan hampir-hampir 70kg. Nak tengok cermin pun tak sanggup. Bila i'ols tengok cermin nampak panda, tengok lagi tukar cam tembikai. Eh. Tak koser la nak sakitkan hati sendiri.

So, 2 minggu pertama, i'ols aim untuk ambik karbo tak lebih dari 20gram sehari. 

Apa nak makan? 

Hari-hari menu makanan i'ols adalah seperti di bawah:

Bekpes.

2 biji telur separa masak - gambar gugel

Lunch.

ikan goreng + sayur kobis goreng. 
*abaikan kobis terlajak goreng >.<*


kadang-kadang..

ikan goreng + sawi / bayam

Dinner

grill chicken chop/chicken chop biasa (jgn makan fries kalu ada, sayur digalakkan)
*gambar gugel*

OR..

makanan fevret i'ols..hikhik (gedik)
*jgn makan kulit ayam. ko kunyah jela daging*

Oh. Lagi satu makan paling lewat pun sampai pukul 8 or 9 malam je. After that, no more bebeh.

So, untuk 2 minggu pertama, makanan seperti di atas je i'ols kunyah ye. Tanpa sebutir nasik. 

Ya. Tanpa nasik.

Mula-mula memang ada rasa nak muntah (sebab angin kot), nak pitam la, sume ada. Tapi kalau ko rasa tak larat sangat jangan paksa diri. Kang tak pasal-pasal pitam kome salahkan aku. Ni i'ols dah bagitau awal-awal yek. 

Korang mungkin boleh cut-down nasik perlahan-lahan. Meaning dari sepinggan, makanla separuh je ke..Then dari separuh, jadi suku pinggan.


Lama-lama ia akan jadi amalan. Mula-mula tak makan nasik tu, i'ols adala jugak ala-ala meroyan, nak bertukar jadi ijau, tapi dek kerana keazaman yang membara i'ols tegarkan jiwa untuk diet.(puihh. takleh blah ayat)

Sampai mana aku cite tadi ek? *melalut je lebey*

Oh. Menu kat atas tadi korang boleh amalkan selama 2 minggu, nak ambik apa-apa makanan yang berkarbo cam nasik, roti, kek ke apa bolehhh...tapi pastikan tak lebih dari 20gram sehari. After that, korang boleh teruskan makan cam biasa but bukan maksudnya korang bole melantak cam dirasuk ye? Agak-agak makan tu.. Consume carbo little by little...Tapi i'ols play safe, tak amek langsung karbo dalam 2 minggu. In fact i'ols buat minggu intensif ni dekat 2 bulan..


Sebelum tu, i'ols adala lebey kurang camni.

ok. aku tipu. takdela camni, tapi berat dkat 70kg. maka mukaku ketika itu alahai.....


Selepas 4 bulan i'ols amalan Diet Atkins, i'ols transform jadik...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







*takleh blah men line2 yang cun jek. nganganganganga..*

ok. pun aku tipu jugak.
Takdela vogey de vass cam ni, tapi berat aku drop 10kg.=)


Kesimpulannya kawan-kawan, kalau kandungan karbo kurang dalam badan, maka secara automatik badan kita akan membakar lemak untuk menampung kekurangan karbo tu.


So, thats the reason we can burn the excessive fat in our body.Ok?

Ni terpulangla korang nak pecaya ke tak pasal aku memang tak letak gamba aku sendiri before and after. Pasal i'ols memang tak berapa nak minat tempek pic sendiri dalam blog. (i'ols kan pemalu..*blushes* Puhahaha...)

Kawan-kawan yang berazam nak turunkan berat badan tu, chayok2!!! You can do this!!!!!!
=)

Lastly, pesanan dari i'ols. Nak kuruskan badan tu bolehhh....tapi your healthy comes first. Jangan seksa diri tak makan seminggu, excercise siang malam sampai nak pitam, kena gastrik bagai... no,no,no okey??

Know your limit, then you can lose weight without getting sick.

Okla, nak sambung wat kije i'ols.

Adios.



Thursday, August 28, 2014

27th AuGUsT...

Happy Birthday

To you...

Wish you a year filled 

With happiness, fun, wealth, health

You're always in my mind and heart

As my friend..

Happy 30th birthday!


Friday, August 22, 2014

MelaLut

Assalamualaikum..

Selamat malam semua... Sesapa yang dah mengantuk tu bawak-bawaklah tido pulak ye..besok masih kerja. Masih. Harap bersabar menunggu ketibaan hari Sabtu.. ( sabtu ni turn i ols cuti)..seronoknyeee! :-D Padahal takda yang best pun bila cuti. Sebab bila cuti otak otomatik akan set 'yes! Boleh bangun lambat!' . Maka tuan2 dan puan2 sekalian, sindrom beruang polar akan terjadi di situ je. Balik2 duduk tengok tv,baring kejap,jengah2 peti sejuk tengok apa kudapan yang boleh dikudap, tetido, pastu bangun rasa nk jengah dapur balik dengan harapan ada mi hailam ke apa muncul atas meja. Eh. Sejibik beruang polar. = , =

Anyway, misi dulu sukses dengan jayanya. Alhamdulillah.......everything goes perfectly fine. Naik satu stage dalam perhubungan. Moga dipermudahkan urusan yang akan datang.. Aminnn. Okey kawan2, sesapa yang ada idea kat mana nk carik baju gorjes or goodies untuk big event bolehla habaq mai kat cheq naa.. Jimat masa nak survey.. ( rushing2 sambil kesat peluh). Satu hapa pun tak prepare lagi ni.

Eh. I ols ada satu kemusykilan pasal blog. Mengapakah blog i ols takda view comment, tapi dalam email ada pulak? Adakah aku yang tak reti setting? Atau layout ada bugs kah? Eh, terasa ke'cerdik'an aku luar biasa melangit. Dah berapa lama kau ada blog ni haaa?? T-T

By the way, to that 'anonymous' ,thanks for the sincere comments... I don't even know whether you're a guy or girl. I really appreciate such feedback...:-D Actually I enjoy writing but not really serious bout it. Its more to hobby, you could say. Hehe..

Owkay. Aku dah tak larat. Mengantuk. Tadi macam tilam aku memanggil- manggil masuk tido. Angankah? * yawnningg*



Adios, folks!






Saturday, July 19, 2014

Misi Pencarian Bermula!

Assalamualaikum....

Apa khabar sume? Hope sume sihat2 belaka supaya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.. In Sha Allah.....B-)

Sekarang dah bulan 7 2014 ek? Maknanye dekat setahun aku mengabaikan belog ini...isk3... Dari bulan puasa taun lepas sampaila bulan puasa tahun ni, bru nk kasi update.

Kejamnye daku membiarkan belog ni bersawang dan burung bersarang(abaikn penulis yg emo tak tentu pasal tu).

Anyway there will be a big day coming soon.. Bkan big la..second big. Muahahaha..

So i ols sangatlah pening nak cari tudung for the day. Nak pakai awningkah? Nak pakai shawl kah? Tapi kalu i ols pakai awning takut wajah mak-mak terserlah pula. Lalu bagaimanakah itu? Selepas troll2 belog2 org dan cari inspirasi melalui en. Google, maka aku rasa kemungkinan besar aku akan pakai shawl. (kecoh btl kn?pakai jela pape pun)

Bab2 nak cari baju ngn tudung ni yang buat aku pening memikir. Nasib baik baju aritu encik T da suggest pakai jubah. Lalu aku pun menurut saja..kan nampak manis2 ayu gituuu. Muahaha..sila jangan muntah,puase tauu..:-D

Itupun mencari jubah ke seantero alam. Yang ni besar sgtla,yang ni fit sgtla, ketat kat sni la,itu tak santek, ini tak santek. Maka aku pening dengan diri aku sendiri. Last2 i ols jumpe jugak jubah yang labuh and tak ketat and selesa. Hoyehh2 (*clap2*).

Now, masalah nak carik tudung yang padan dengan jubah ni pulak.

Berdasarkan penelitian dan research (overr), kebanyakan org akan pkai tudung kat sebelah dalam and veil kat sebelah luar. Apakah veil itu satu kemestian? Kalu pakai shawl tak pakai veil tak leh ke??

Then aku pikir untuk menutup ketiadaan veil yg manik2 tu, haruslah i ols carik shawl yg vogey de vasss,yang sarat2 manik gituu...barulah naik sket seri bila padan dengan jubah i ols yg plain tu..ye dok??

Okeylah, nanti i ols update belog ni lagi yek.. In Sha Allah.. Nak kena mulakan pencarian ni(*pack beg,grap shoes,put on shades*)

Adioss and selamat berpuasa folks!


Saturday, July 27, 2013

SeLaMaT BerPuAsa..

Salam.

Selamat berpuasa semua. Maaflah walaupun tinggal lagi 11 Ramadan aku tetap nak wish ya all Selamat Berpuasa dan selamat meningkatkan ibadah sempena bulan baik hari baik ni... Aku sibuk dengan macam-macam urusan dunia. Blog pun dah bersawang. Idea pun dah kering nak tulis dalam blog. That's why I leaved it hanging and untouch. Poor blog..

As a matter of fact, bulan-bulan puasa ni makin banyak menda yang nak kena fikir. Kena bekerja lebih sikit. Kena settle things down faster sebab masa bekerja dah pendek, so apa-apa kerja untuk hari tu kena settlekan cepat-cepat sebelum balik. Belum lagi bila tiba-tiba ada meeting pukul 2 petang. Dah habis, boleh lak dia sambung meeting lagi pukul 5 petang. Dalam bulan-bulan puasa ni. Memang menguji kesabaran dan keimanan la kan... Kalau boleh transform jadi incredible hulk, memang dah transform sat-sat tu jugak. Tapi apakan daya, bulan puasa kena sabar lebih. 

Kalau tak..... haish.

The best part is bulan-bulan puasa nilah nak catch up everything. Nak siapkan sistem yang aku hadap sorang-sorang tu lagi. Nak buat jugak segala mak-nenek report, documentation, proposal dan yang seangkatan dengannya. Nak buat coding algorithm lagi, flow diagram bla bla bla. Sebenarnya aku ni software engineer. Puuiiiii. Okey, dah taknak cakap pasal kerja. Bila ingat hal kerja darah aku terasa naik tiba-tiba. (*aku hapdet blog sambil buat sistem*). Cukuplah. Hari ni hari Sabtu weyyyhhh.

Nak sambung buat apa yang patut. So, selamat berbuka puasa semua walaupun berbuka lagi 4 jam lagi. Aku nak pikir nak masak apa pulak untuk berbuka harini. Next time, kalau aku meroyan lagi, aku update lagi blog ni. Hahaha.

I love naruto series. -taken from google-


Adios!

Thursday, May 16, 2013

if things are the other way around..

I am an artist.
I write poem, songs and film.
I even sing all the songs I've created.
I love dancing and acting.
I always travel all around the world just to get inspired for the next song.

I am a nature-lover.
I love flowers, trees and lake.
I enjoy watching the sunset while sitting next to my beloved.
I like snapping pictures of green land and blue sky.
I love smelling the flawless roses in my garden.

I am a movie-maniac.
I always wonder if there is a new movie coming out.
I love to watch a bundle of movies in a week.
In fact, I am going to cinema everyday.
I always bring along my hommies, best friend and him.

I am a shopaholic.
I used to do shopping everyday and got a dozen of shoes. A week.
I love buying things such as dress, handbags, rings and even foods.
I just enjoy doing things on my own.
I buy things whenever I feel to.


Ironically,

I am not an artist.
I cannot spend my time for flowers.
I don't have time travelling all around the world.
I watch movies 3 times a year. Maybe.
I seldom do shopping. Only when I need to buy something necessary.
Here I am sitting at my desk all day thinking of codes algorithm, functions, Ajax, annoying bugs and warning of mysql_real_escape_string().
Doing things over and over again.
Solves the never-ending codes in hundreds, or maybe thousand lines.


I am a programmer.


And this is my story.


Thursday, April 11, 2013

JoM DieT RaMai-RamAi!

Salam.

Amacam geng blogger semua? Hopefully sihat-sihat belaka dan hepi-hepi je hendaknye. Lama tak update blog, awal-awal tahun je semangat nak update setiap hari (konon), tapi nan adoooooo. Jangan mimpilah kan. Banyak menda nak buat, distract sana-sini, terus tak update-update. (Sebenarnye m.a.l.a.s. hahahaha...)

Sekarang aku tengah meroyan duk pikir cemana nak turunkan berat. Asal stress je makan, bila makan je stress. So celah mana nak kurusnya kan?? Maka terimalah nasib diri. Kalau tak mau semakin gemuk, sila sedar diri dan tapis-tapiskan makan. Tapi disebabkan aku jenis tak sedar diri, makan bagaikan body ramping seperti Nora Danish (nama dia pop-up pasal aku tengah taip sambil tengok Ariana Mikhail), maka dengan itu modus operandi aku untuk kurus langsung tak berkesan. T-T


Sedey.


Bila gemuk secara automatiknya perasaan aku pun terganggu lalu stress. Oleh itu, cara paling baik, elakkan stress. Bila takda stress, aku kurang makan, bila kurang makan, boleh kurus!! EEmmm...........macamlah boleh kurus dan-dan. Masalahnya stress dan hidup aku dah macam adik-beradik. Semua pasai kija. Ayooooo...kija punya pasal, hidup tala tenang wooo...

The best part is dalam nak diet tu boleh lak aku sesah Mcd 2 days straight. Hell yeahhhh... Nak kurus kunun........=.=

Caner tuh?

diet is a 'killer'

Notakaki : Agak-agak aku berjaya turunkan sket berat badan, baru aku share ngn korang yekk....puiii.. (Kalau turun laaaaa)

Sunday, January 6, 2013

ThiNgs In LiFe..

Salam.

Selamat petang semua. Nak sambung azam baru tahun nih. Update blog. Mungkin boring, so dinasihatkan jangan baca. Tapi kalau nak baca jugak apa salahnya? Aku dah bagitau siang-siang tau? Hehe... Saiko orang je kojenye..

Kalau nak diikutkan, mesti semua orang akan keluar jalan-jalan, tengok tenuk kat zoo, pegi muzium, main paintball, jalan-tanpa-hala-tuju ke, ataupun shopping hujung-hujung minggu ni kan? Tapi kan tak semua orang macam tu. Contohnya aku. So korang boleh bayangkan yang aku adalah sangat membosankan, spesies suka duduk dalam rumah, introvert dan sebagainya. Ok wait. Tapi ramai orang tak tahu, yang my life nature adalah tidak 100% seperti di atas.

For example, aku pun suka shopping. Tapi aku shopping berasas (hambooiiii..). Kalau aku rasa ada menda yang patut aku beli dan perlu aku beli, then baru aku pergi shopping. Ok aku tipu. Kalau takda menda yang aku nak beli pun, aku still akan window shopping. Tapi itu selalunya atas reason nak hilangkan stress. Aku tak tahulah orang lain kan. Tapi aku suka tengok gelagat manusia kat shopping mall. Macam-macam kerenah, macam-macam gaya. It makes me thinking a little bit about us, human. Besides that, aku suka usha-usha beg tangan ke, kasut ke, dress ke....( memang dasarrrrrrr..). Kalau aku rasa price dia reasonable, baru aku beli. Oh yes. Aku jenis yang boleh tahan perasaan untuk tidak membeli material kegemaran. Walaupun aku suka barang tu, tapi harganya mahal nak mamps mencekik darah, memang idok ler aku beli.

shopping is truly a therapy

Jangan tak tahu, ramai perempuan tak boleh resist bila tengok their fev. things on board. Lajuuuuuu je nak borong sume. Believe me.Tak salah pun begitu. Its our nature. Hehe..

Ek hem.

Dulu-dulu masa sem break, aku pernah jadik promoter. Promoter Power Root ko jahhh. Memang ter'surprise'lah jugak kan. Apa kejadahla aku nak cakap kat customer. Haram aku tak tahu cemana nak buat. Pasal aku pun bukannye peminum tegar power root nih. Lagi satu mindset orang-orang ni suka tune ke menda lain bila sebut power root. Pelik betullah aku. Dan aku pernah tersasul cakap kat ex aku dulu yang aku jadi duta power root. Kahhhhhhhhh. Ex aku kata bukan duta lah, promoter. Okey. Fine. I'm a promoter. Baru nak bagi nampak gah bunyiknya. Tapi cam haremmm..

Dan kesannya, seperti yang kujangka terjadik, aku selalu kena usik especially dengan budak-budak lelaki yang lalu depan booth aku. Datang segerombolan pulak tuh. Pastu tanya 40 soklan berlainan yang bermotipkan nak kenakan aku.

Contoh soklan, "Power ke menda nih?",

Aku jawablah "Power Root. Ha, yelah kopi power root."

Pastu gelak berjemaah depan aku. "Yelahh....power ke tak??"

Aku terpinga-pinga bak penguin. Sampailah aku dengar,"dia tak paham arrr.."

Ada jugak aku simbah sekor-sekor nih kangggg...

Cait.

Tapi yang seronoknya jadik promoter nih, aku jumpa ramai orang. Masa tu karnival, so korang boleh bayangkanlah ramai orang yang datang dari semua pelusuk (ewahh), tak kurang jugak pelancong asing. And you know what, mula-mula memang rasa penat jadik promoter nih. Setiap hari aku kena buat 4 jag air kopi and promote the product dari pagi smpai malam. Berhenti time nak solat dengan makan je. Itu pun sekejap sangat. First few days, aku sikit lagi nak pitam sebab berdiri lama sangat. Oh, betul nih. Aku tak buat cerita. Bos aku pun cuak dah tengok aku time tu. Lembik bak tauhu. Haih.

 i wanna sleep

Tapi nasib baiklah semangat juang aku tinggi. Lepas-lepas tu aku okey je. Sebab dah boleh flexible kan diri dengan kepenatan. Bos aku address aku dengan 'Power Girl'. Mentang-mentang aku jual power root kan..
Huhu.. Tapi dia memang superb, sempoi dan tak kedekut ilmu. Susah nak jumpa bos macam ni tau..
Menjajau pulak cerita aku nih, the thing yang aku nak kata di sini adalah aku seronok meeting with various kind of people. Masa aku kerja nih, sempat aku berkenalan dengan 2,3 orang tourist nih. Sorang from Singapore, Spain and Italy. Aku bahan la cite yang molek-molek je pasal country kita kan. Aku kan rakyat berjiwa besarrrrr. Sila muntah sekarang. Haha..

Masa nilah, aku tahu banyak benda, aku belajar macam-macam, and aku dapat tengok realiti sebenar kehidupan. Okey, times up. Len kali aku update lagi.

Thank you for reading.

Daa....!

Wednesday, January 2, 2013

JaLan-jaLaN sEpEtANg

Salam.

Wahhh. Gigih kan aku update blog malam-malam remang ni.Mata mengantuk tapi rasa sayang nak tido awal time cuti-cuti ni. Terasa membazir pula kalau tido awal pasal aku selalu tak dapat menikmati malam dengan panjang sebab selalu tertido awal time hari kerja. Apa nak buat kerja balik dah penat. Mandi, solat sume dah mengantuk. Haihh.

Salah satu azam aku tahun baru ini adalah nak update blog seberapa kerap. Tak tahulah plan aku ni menjadi ke tak. Biasenya dua,tiga hari je bersemangat. Lepas tu cam biskuttt. Hampeh. Azam tu memanglah tinggi tapi tak ada topik yang nak diceritokan pun tak guna jugak kan...Sudahnya hujung-hujung cerita pasal makan. Cam haremm...

Owh. By the way. Hari tu aku pegi mid valley dengan cik is  (of kos la...aku mana ada boyfriend? Rase macam forever alone je statement). Saja nak memenuhkan segala ruang kosong yang ada terselit-selit tu kan. Banyak jugaklah sale ataupun Year End Sale (YES) kat semua kedai. Sebenarnya, motip kitorang pergi time tu pun sebab nak beli wedding gift tuk member kitorang. Nak pergi tak mampu, maka kami hanya mampu mengepos hadiah kawen dari jauh jela. Wawawawa.... janji ingat kan?


Sampai-sampai je mid valley, haruslah kita melantak dulu pasalnye masing-masing dah macam langsuir lapar. Jalan nampak makanan je. Maka untuk mengelakkan ketidakfokusan masa memilih gift nanti, marilah kita penuhkan perut dulu. Cik Is dah siang-siang mention nak makan kat teppanyaki. Aku ikutkan aje.. tak da hal punya. Lagipun aku kan ada tempias-tempias jepun jugak gitu...(puiii..), so no big deal lah.

Macam biasa aku makan chicken teppanyaki and Cik Is makan beef teppanyaki. Aku memang makan kat mana-mana pun, chichen-based food memang jadik first priority.
gambar dari en google. tak koser aku nak snap bagai.

Kepada siapa-siapa yang tak tahu apa kekdahnya makan teppanyaki, macam kat atas tu lah rupanya. Nampak biase kan, kan, kan?? Padahal nasik je ponnn....bunyik mesti mau kejepunan. Orang jepun pun macam kita jugak, makan nasik. Bezanye chicken or beef tu dia akan masak atas tempat-penggoreng-yang-macam-masak-burger, errr...ntah apa nama tempat masak dia, yang macam masak burger tu kan. Aku pun tak sure. Dia tambah la apa-apa perisa sikit masak goreng tu. Yang paling masyuk sayur taugeh dia sebakul haaaaaa kauuuuuuuu sekali masak. Pastu dalam pinggan kau nampak taugeh je. Dengan nasik sikit. Tapi i tell you what lah, memang kenyang.

Lepas aktiviti melantak, baru kitorang terkedek-kedek nak carik hadiah. Target nak sambar toaster satu. Tapi oleh kerana kitorang datang pun dah lewat, kaunter-kaunter banyak yang dah close, siap kira-kira duet lak depan kitorang. Maka tak kesampaianlah nak beli toaster tu. Aku dah siap heret ke sana ke mari konon-konon nak pegi bayarlah kan. Ceh. So, lain kali jelah beli kekdahnya..

Masa kitorang jalan-jalan usha beg tangan hadiah kan, aku terpandanglah dua orang budak kecik dalam baby stroller tu. Adik-beradik lah, yang sorang tu nampak besar sikit, mungkin dalam setahun dua dengan sorang lagi. Umang aiiihh. Tau apa depa buat? Mak khusyuk bershopping, yang budak-budak ni sibuk menggentel i-pad dengan smart phone. Dasaaaaatttttttt...

Ada sorang uncle chinese kat tepi kedai tu siap terpause sekejap tengok gelagat budak-budak nih. Yang pelik tu, pandai pulak kau menggayakan menda alah i-pad tu kan dik? Laju je jari comel dia zas-zas gitu kat skrin. Ntah apa dia buat tak tahulah. Mungkin buat sales report bapak dia ke apa kan. Haha..

Budak-budak sekarang nih umur 2,3 tahun pun dah pandai guna i-pad. Seram aku. Aku yang dah besar-panjang nih pun terkedek-kedek lagi nak guna i-pad (tak reti guna teknologi canggih), yang budak-budak ni sajaaaa je main. Pelik betul aku. Untung kan? Kecik-kecik dah merasa dapat toy i-pad. Kau ada??

silap haribulan baby pun lagi terer guna teknologi dari orang dewasa. haih.


Monday, December 31, 2012

eNd Of 2012 ~

Salam.

Amacam hari ni hari terakhir dalam 2012? Mesti ramai yang pergi dataran, tak kurang juga yang keluar beramai-ramai nak sambut tahun baru. Masa semakin cepat bergerak. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2013. Umur pun semakin meningkat. Ek hem. Rasa tak percaya aku dah menetap dan bekerja di KL selama setahun. Pejam-celik-pejam-celik tiba-tiba dah setahun. Oh. Serius rasa masa begitu pantas berjalan.

Apa yang dah terjadi dalam tahun 2012 nih? Owh, rakan-rakan sekalian. Banyak ye. Sangat banyak. Tahun ni hidup aku berputar 380 darjah. Dari kehidupan yang serba normal ini sampailah kerjaya. Macam-macam terjadi. Ada yang best, ada yang kurang best? Tapi yang paling nyata 2012 terasa begitu pantas sebab aku selalu sibuk dengan kerja kot. 

Aii....kenapa aku mengantuk sangat nih? Baru pukul 10.30 kot..

Tengah-tengah menaip layan pulak cerita Kungfu Hustle. Series, best gila cerita nih. Tengok namblas kali pun, aku mesti nak gelak gediksss. Hahahaha.... eh. Pelik betul aku. Sok cuti belum plan nak buat apa lagi. Dalam perancangan mau pergi Mid Valley. Mengimarahkan lagi Mid yang memang sedia sesak itu. Selebihnya hanya bertujuan melapangkan minda dan mengisi masa yang terluang. Daripada duk lepak berhibernasi laksana panda di rumah, ada baiknya kiranya hamba berjalan-jalan ke sana. Mana tahu terserempak dengan jodoh? Eh.

Ek hemmm.. 

Wahhh.. Sambil-sambil naip nih pun aku sempat sambar roti. Ya. Memang hobi aku makan tatkala mengantuk atau boring. Nanti gemuk?? Oh, aku sedia maklum. Usah dikau kabarkan lagi sebab dan akibatnya. Aku pasrah. Hahahaha.. Emm....sume cerita aku tersasar dari tajuk cerita. =.=

Apa-apa pun, selamat menyambut tahun baru semua. Yang kenal atau tidak, ikhlas dari diri ini memohon sejuta kemaafan jika ada salah silap sepanjang kita mengenali antara satu sama lain (kalau kenal). Dan macam biasalah, you know who you are. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dan lebih keberkatan dari tahun-tahun yang lepas. Insya Allah...

Mode : Expressionless. o.o

it's actually true.

Thursday, December 6, 2012

FriENdS, LovE & HaTe

Salam.

Rindu. Okey, bukan nak jiwang karat kat sini. Tapi sebenarnya aku rindu sangat dengan hidup aku yang dulu. Tenang, damai, aman, bahagia.. It's priceless. Dikelilingi kawan-kawan yang memang superb, kelakar, kadang2 annoying sampai malam nak tido pun aku gelak bila teringat. Korang tau tak aku selalu rindu korang nih? (hover ko..).

Bila berubah angin nih, duduk kat kota metropolitan (ewah!), serba-serbi pantas, bizi bak mesin fotostat yang tak abes2 jalan, mulalah aku rasa seolah-olah aku takda life. Hidup berpusar-pusar dalam kerja, opis, kerja, opis, mid valley.. Eh.

Senang cerita tak macam dululah. Pada aku kawan-kawan yang baik dan berharga adalah bila dorang takda di sisi kau, kau akan teringat-ingat pada dorang. Kau akan balik-balik rindu, balik-balik gelak sengsorang bila teringat lawak sengal dia, pastu rasa nak terbang dan-dan je kalau boleh jumpa dengan dia. Haih. At least that is the definition of FRIEND to me. Rindu sangat sampai kadang-kadang rasa nak nangis. (Akukah yang over-dramatic??)

Duduk di tempat berbeza, dengan orang-orang yang berbeza, kau akan nampak perbezaan antara setiap individual. Ada yang kau suka, orang tak suka. Orang suka, kau lak tak suka. Perangai manusia kan bak pelangi. Semua warna ada. Kalau semua orang suka kaler biru, sape nak suka lagi 6 kaler tu? Betultak?? Lepas tu, 'lagi best' bila ada macam-macam perangai.

Senang cerita macam kau suka minum teh cap naga dengan makan kueh ketayap. Tapi orang lain suka minum oren dengan makan spageti. Kau ikut suka kaulah, aku ikut suka aku? Yang paling best tu, orang lain paksa kau minum oren dengan makan spageti. Kalau kau tak ikut, kau sangatlah out-dated or lebih senang cerita kau automatik jadik spesies pesal-kau-sorang-tak-minum-oren-dengan-spageti-ha-???.


Eh.


Wadehelllll.


Padahal kau tak suka? So why on earth dorang nak paksa-paksa menda yang memang jelas dari azali kau tak suka kan??? Kalau kau tak minum oren dengan spageti dunia akan kiamatkah???


Lebih kurang macam tulah...


Nak tau? Bila dah jumpa macam-macam spesies ni barulah korang akan belajar tentang orang lain. Barulah korang akan sedar kewujudan-kewujudan spesies yang korang tak pernah jumpa. That's life. Just be yourself la. Negara kita masih mengamalkan demokrasi. Semua orang bebas bersuara dan melakukan apa sahaja as long as tak melanggar syariat dan undang-undang negara.

Simple kan?

Tak setiap masa kita akan jumpa kawan-kawan yang 'sekepala' dengan kita. Ada yang macam ni, ada yang macam tu. Adatlah. Tapi most of orang-orang yang aku jumpa okey, cute2, hensem2, baik-baik belaka jasmani dan rohani. Kan??


Ek Hemmm.


So, kita take yang positive, drop the negative. Kalau kau nak dengar segala haru-biru jadah haram yang negatif dalam hidup kau, percayalah nescaya 'wayar' kau jugak yang short ujung-ujung kang. Senang, when there's something negative approach you, just ignore it. Stabilize yourself. Tak payah dengar sangatlah apa orang lain kata. Who are they anyway???

Kalau kau tak larat dah, kau bakor je menda yang buat kau stress. Abes cite.



Peace. yo!

Friday, October 19, 2012

HujAn, CrEam PufF daN DoT dot Dot...

Salam.

Update lagi blog di kala cuaca hujan tidak berhenti-henti dari langit. Sejuk menusuk sampai ke tulang. Heh. Tak payah nak bermetafora sangatlahhh. Satu hari ini hujan agak lebat. Sampai balik kerja pun hujan still tak berhenti lagi. Namun aku tetap melangkah anggun sambil mengendong beg berisi laptop yang berat bak anak badak. Hujan? Apalah sangat hujan itu kalau nak dibandingkan dengan semangat waja dan sifat komitedku yang melangit ni?? Takda hal lah...

Lalu aku teruskan langkah di dalam hujan petus. Mengelak lopak-lopak air di sana-sini dengan lantai konkrit yang tak rata di LRT itu. Walaupun dalam beg sandang aku ada payung. Ya. Aku bukan terlupa. Aku sengaja tak pakai payung dek perasaan malas yang menggunung. Dalam hati memang set hujan-hujan ni sangatlah 'syok' kalau dapat pekena mi sup makcik depan LRT. Mi sup beliau memang power. Sedap. Bak iklan, Cuuuuukup Rasa! Pedas dia memang kena dengan tekak aku. 5 star aku bagi.

Kalau tak ada mi sup tu, memang automatik aku akan divert ke Plan B, beli oblong special dekat abang burger. Sebelah je dengan gerai makcik mi sup. Cantekkkk! Sampai di satu jalan, makcik mi sup tak kelihatan. Kecewa betul. Hujan-hujan tak ada mi sup makcik jadi tak berseri hidup aku (over). Lalu aku berjalan lagi dengan harapan menggunung bak gunung Angsi yang separuh nyawa kudaki itu.

Namun, apakan daya, abang burger jugak tak kelihatan. Hampa.

Tiba-tiba kurasakan semua peniaga dah jadi kaya. Maka mereka tak perlu lagi beriya menjual mi sup dan oblong-oblong mereka. =.= Maka apa akan jadi pada kami-kami yang kepingin mi sup dan oblong special iniiii????????

Huh.

Berjalan dengan paras kehampaan yang membukit. Tiba-tiba nampak ramai orang berkeliaran. Ada pasar malam. Beli mi sup pastu balik. Tak payah lama-lama. Walaupun baju blaus bunga-bunga kecil itu begitu menggamit mata, abaikan saja.

Balik-balik nampak kueh-mueh atas meja. Ada cream puff dan kueh cara. Ohhhhh, cream puff memanglah fevret aku. Tapi sayang seribu kali sayang. Cream puff itu dah dihurung semut. Ditambah lagi dakwaan housemate aku yang kueh-kueh itu itu telah dijilat cicak sebab cicak tersebut berlegar-legar atas meja.

Cicak.

Entah kenapa cicak tu nak jilat kueh, aku pun tak tahu.

Housemate aku pun tak ada alibi untuk mendakwa cicak itu sebab tak nampak pun. Tapi bila dah beliau berkata begitu, segala selera aku patah. Patah seribu bak lagu Shila Amzah.

Aku start berdendam dengan cicak rumah. Entah kenapa cicak-cicak itu perlu berebut kueh-mueh yang tak sesuai untuk seekor cicak. Kenapa. Kenapa wahai cicakkkkkkkk.....

Stressssss.

Cicak. Sila nyah kau dari rumah aku sekarang!

Monday, September 24, 2012

FoR EVEry PieCe in LiFe..

Salam.

Di sini saya sekali lagi menjengah blog yang telah lama dibiarkan menyepi. Kehidupan seharian terasa padat. Itu saya tak boleh nak nafikan.(Oh....tetiba tatacara bahasa aku jadi 'saya'). Ok, never mind. Banyak faktor saya tak sempat/malas nak update. Dan saya perasan populasi pembaca blog ini mungkin sudah 'sedikit' berbeza. Oh, jangan salah paham. Bukan nak kata ramai orang baca blog ini. Tidak. Tidak. Maksud saya ada orang lain yang saya tak mahu dia tahu tentang kewujudan blog ini turut baca.

Faham ke ayat saya ni? =.= Frankly speaking, saya sebenarnya tak mahu orang-orang tertentu muncul di sini. Tapi siapa suruh setting public kan? Tampa kangg. Pernah juga saya setkan private.

Last-last kawan-kawan bising sebab mereka langsung nak boleh view even mereka pun blogger (saya yang salah setting mungkin??). =.= Last-last set balik public. Susah-susah sangat kan... nak tukar link blog?? Oh. Memang taklah kannn. Why saya kena tukar link blog saya semata-mata certain manusia tersebut???? 

OMG.

Bazir.

Sangat membazir.

Ini privasi saya. And I don't care who's reading this. Kalau setakat nak korek rahsia, sila beredar ke laman lain kerana anda takkan jumpa apa-apa di sini lantaran blog ini hanyalah hasil daripada rekaan ilusi sampah-sarap yang dilahirkan oleh minda bawah sedar.

Harap maklum.

mode : meroyan tiba-tiba mungkin adalah penyakit baru yang muncul akibat stress yang tidak ditangani dengan baik di abad ini.

Wednesday, August 15, 2012

SemPEnA NAk HaRi RaYa

Salam,

Raya cuma lagi 3 hari saja. Bermakna cuma lagi 3 hari Ramadan akan berlalu... Dah tak boleh nak lipat-gandakan amalan. Kenala tunggu tahun depan pulak. Tu pun kalau kita bertemu lagi tahun depan. (aishh...rasa banyak dosa aku nih).

Tiba-tiba rasa sayu.

Kadang-kadang aku selalu bersimpati pada diri. Kadang-kadang aku leka dengan dunia. Leka dengan hiburan duniawi nan sementara. Leka dengan makanan-makanan yang enak lalu melewat-lewatkan apa yang perlu di kala maghrib.

Sungguh aku manusia yang sering alpa dengan keduniaan. Ampunkanlah aku Ya Allah... (mode : insap tiba2).


Oleh itu kawan-kawan semua, selagi Ramadan yang penuh barakah ini belum berlalu sepenuhnya, marilah kita giatkan lagi amalan yang pahalanya Allah lipat-gandakan di bulan puasa ini. Mesej ini tulus untuk diri saya juga.

Anyway,

Aku sekarang tengah rindu.

Rindu dengan kawan-kawan yang selalu aku gosip sama-sama dulu. Gosip pasal ayam, beg, baju.

Rindu dengan Cik Sitot. Sebab aku selalu plan dengan dia nak beli ayam rempah kat pasar Jumaat.

Rindu dengan Cik May. Sebab dulu aku selalu tumpang keta May masa nak pegi keja dulu. Pastu selalu bertepek kat umah dia gosip-gosip dengan mama dia. Pegi bazar sama-sama balik keja. Such a wonderful days..

Rindu dengan 'si munyol', alias budak banjar yang perasan comel kat opis aku dulu. Kahhhhh. Sebab dia selalu wat haku gelak dulu even aku stress. (okla, aku jujur part ni je.)

Rindu dengan my dear aimie. Sebab kitorang memang rakan-sehati-sejiwa-dan-seidea dalam apa jua situasi dari zaman uni sampai skang. Miss you a lot gurl. ^-^

Rindu jugak dengan kawan-kawan, bos-bos kat ex-opis dulu. Bertahun kita kumpul kenangan ini.

Rindu dengan orang-orang yang pernah muncul dalam zaman silamku.

Yes. You know who you are. Knowing you for almost 6 years, I never get you out from my heart. We're friends rite?

Even it costs me pain, I'll let it be.


As for others, this is for allllllll of you.



Maaf Zahir & Batin. =)