Wednesday, August 26, 2009

aGak2 bOle Tak akU NaK &*%^&#..

Semalam aku terbuat stunt dalam bas. Bukan aku sorang je, ade la 5,6 awek lagi kat depan ala-ala terbang semeter tatkala pakcik bas membrek. *&^*%$@#..aku
mase tu rase menyirap nak nyumpah2 tp sebab poser aku tahankan ajer. Nasib baik mase
tu aku pegang kuat tiang seri bas. Kalau tak, mau muke aku melekat kat tingkap bas. Paling2 tidak pun melekat kat lantai bas. Lagi tragik.

Entah apa2 bising2 kat depan bas, dengar citer ada bas len masuk dengan tibe2 depan bas kitorang. Sebab tu pakcik tu brek mengejut. Kitorang jadik mangsa. Aku kesian kat awek2 kat depan tu, lagi2 yang tersungkur. Haduss...
Sabar jela awak ek..DUUUGAAAAANN bulan poserrr...

Dah wat stunt tu satu citer. Ada lak hamba Allah sebelah aku ni yg
sama2 tersadung masa inersia tu pijak kaki aku ngan heel die.
Sakit ya ampunnnn..Nak patah kaki aku dibuatnya. Aku tengok2 gak muka die.
Sajeeeeee je. Sori pon tak. Tak tau la kalau die tak sedor yang heel die tu dah makan kaki aku.

*&$$%@@&%$#^....lagi sekali aku rase nak menyumpah seranah.


Tragik betul.


Kejang jap kaki aku time tuh. Sakit berdenyut2. Dalam hati dah pkir bole jalan tak ni nanti bila turun bas. Tapi aku tahankan je. Saikokan diri yang kaki aku tak sakit.
Padahal...! Balik rumah, okeyla sebab aku still bole jalan dan tak perlu bergayut kat Mis Antah kan. Jalan slow2 sambil tahan sakit.

Tengok2 bengkak kaki aku. Minyak gamat yang seploh botol pon xtau kat mana. Rase cam ada, rase cam takde. Nak solat pon rase sakit. Baru je aku berazam nak
solat terawih semalam. Kensel..

Dan hari ini aku g keje cam biase. Ngan kaki yg bengkak.
Ni pun dah kurang cket sebab aku urut sendiri pelan2.
Huhu..


Moral of the story :
Kuatkan kekuda anda atau berpaut pada objek yang kukuh jika anda berdiri di dalam bas. Anda mampu mengubahnya.

Monday, August 24, 2009

IsNin..IsNiN..IsNinNNnnnNNNN...

Salam...ahh.Ari Isnin.

Cuti yg lepas 2 hari aku xrase cam cuti okkk. Cam biase la keje aku. Sistem. Aku terpaksa mensaikokan diri aku agar konon-kononnya hari isnin ni hari jumaat. Ini utk mengelakkan mind-set aku kate yg hari isnin sgt memboringkan. Okla, utk merelease aura negatif aku, mari kita berblogggg! Ada satu citer aku jumpe.


Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahka n Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun.

Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"

Jawab Man "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man!, Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."

"Ahh! Man nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."

Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .

Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!"


Huahahahaha....aku suke citer ni. Tapi xtau la korang kan?? Yg penting aku suke. Pasal aku xdpat agak ending die.

Rupenye sebab die GILA. That's all. Hampagasss..

Friday, August 21, 2009

SeLaMaT MenYaMBuT RaMaDHan...



Salam.

Kepada semua pemblog tegar dan tidak, kumohon maaf ikhlas dari lubuk hati andai ada salah khilaf sepanjang perkenalan ini. Tidak kiralah yg mengenali diri ini di alam nyata atau maya. Ku mohon beribu kemaafan dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua.

Berdoalah semoga keimanan dan ketaqwaan kita ditingkatkan hanya kepada-Nya. Insya Allah kita akan istiqamah dalam perjuangan ini. Ceehhhh...ayat tak bole handle.

Ngeee...


Wednesday, August 19, 2009

Tetibe RaSe beST keCek KeLATe

Time rehat.

Apelagi, ilangkan keserabutan dengan bloggg. Ngehngeh...Dapat email harini, pasal perkataan2 kelate. tetibe je rase cam best. Cehhh... Padahal nenek aku pun speaking kelate jgok tp aku harammm xreti nak apply. Nenek aku speaking kelate aku speaking johor. Dah mcm ayam ngn itik. Oh, aku bukan asal kelantan. Memang aku anak jati johor, tulen johorian. Nenek aku tu...pasal kg die dkat2 belah utara nun, so satu kg dok kecek kelate termasukla sepupu-sepapat belah mak aku. Tp skang aku bole paham la jgak bile nenek aku sembang.

Tp kalu aku nak speaking kelate, org kate cam org siam. Terus stop.

Moh saper2 nak blaja kecek kelate..

Bokbong - spesis musang

Ttuyup - pepatung

Pok Kor = spesis mengkarung

Ike Kkhonge = ikan cencaru

Gelenyar,Gletah = mengenyam, gedik

saksoba = Absorber

Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang

nipis tu.)

Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab

"tuffah" = epal)

mokte = rambutan

kuk/kok = sekeh

njja = tendang

samah = 50 sen

nyaknyo = kesian

bbaloh = kelahi

Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))

debe = berani gilerr

Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)

Tohok = buang

rhukah = panjat

Ghohok = susah, payah

hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)

cuwoh = curah

getek/etek = juga

tepoh = langgar

tubik = keluar

muga = sesuatu



SAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry,be happy!!!

IDAK KO = cuma

WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan

perniagaan)

DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun

Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)

Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)

belengas = melekit

klikpah klikpah = terpinga pinga

lipotey = x tetap duduk

nneting = melantun



Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:

POZEK (deposit),

RIZAT (result),

NNEJA (manager),

ISTEK (estate),

SUWIH (switch),

MERKET (market), dll...

BOKK (book)

rhoba (rubber)pemadam



Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan

menarik:

manis LLETING

masin PPEGHAK

pahit LLEPE

mase PPUGHIK

tawar EBER

putih SSUEH

hite LLEGE

biru KKETU

kuning NNEHE

kenye BBONYAH

comel LLOTE

gemuk DDEBOK

busuk BANGA

hapok KOHONG

nnakut/penakut apah

cerhoh/cerah jheriloh

jatuh celabok

kuca hanya (suara mengidung sedikit)



Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..

Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"

DEH? = memohon restu atau persetujuan... lebih kurang "OK?",

GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."

PAH? = lebih kurang "GAK"

HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"

DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"

LAMO KE = nanti kan



Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat

Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak

manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain... Yang popular

digunakan antaranya: CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk

cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud

"basuh b***k" (istinja). PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut

bagi mereka... JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya,

tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain

maksudnya. NYOR KOTE : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"

(ingat slogan CAWAT KOTE) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!! TTINO

: kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang

marah.(begitu juga JATE... ) AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat

berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI &

ARAK... )Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA. NNATE : kadangkala "simbol"

kemesraan antarakawan... cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh

bergaduh nanti... SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena",

bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak

perkataan bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan. SIA = sembuh



Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan `e'.

cth : Jangan = jange Lengan = lenge ayam = aye Geran = gere, Pisang = pise

Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like

pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)



Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh

membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, Tanpa 'sabdu' orang boleh

patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at

the canteen)!!! Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK

PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen') dengan KKECEK

(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan

di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)...





epotklate



Tuesday, August 18, 2009

KaRanGan 'TerBAiK' UpSR 2007

Karangan yg cukup bertenaga dari pelajar darjah 4. Juga disyaki akibat drp obses ngan media massa, kartun dan mungkin menjadikan Ultraman dan Transfomers rancangan kegemaran.


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Edited ~

Monday, August 17, 2009

MeNanGis CikGu SejAraH BaCe..

Akibat pengaruh media massa dan televisyen, maka pelajar ini sesuka suki die je mengarang jawapan peksa sejarah. Klik untuk imej lebih besar ek.








Friday, August 14, 2009

LayANnNnN.....

Semenjak 2 menjak nh, aku dah terjebak cket ngn lagu nie. Dalam 1 ari ntah bape puluh kali ulang lagu yg same je sambil wat sistem.. kes tertekan mental ler nh.


Don't Speak ~

You and me
We used to be together
Every day together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real,
Well I don't want to knowDon't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me 'cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me 'cause it hurtsOur memories
They can be inviting
But some are altogether
Mighty frighteningAs we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry
Chorus
It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me
I can see us dying...are we?
Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me 'cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me 'cause it hurts
Don't tell me 'cause it hurts
I know what you're saying
So please stop explaining
Don't speak
Don't speak
Don't speak
ohhhhh
I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good
I know you're good
I know you're real good oh
La da da da da da
La da da da da da
Don't, don't
Ohh Ohh
Hush me hush me darling
Hush me hush me darling
Hush me hush me, don't tell me 'cause it hurts
Hush me hush me darling
Hush me hush me darling
Hush me hush me, don't tell me 'cause it hurts

LaGi TiPs nAk KejuT oRg SaHur...

kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tp kalau still tak effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit

tp kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Wednesday, August 12, 2009

FLy...

Artist : Hillary Duff
Lirik Lagu : Hilary Duff - Fly Lyrics


In a moment everything can change
Feel the wind on your shoulder
For a minute all the world can wait
Let go of your yesterday

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust its longing and take control?

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
'Cause it's your time
Time to fly

All your worries, leave them somewhere else
Find a dream you can follow
Reach for something when there's nothing else
And the world's feeling hollow

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust its longing and take control?

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
'Cause it's your time
Time to fly

And when you're down and feel alone,
Just want to run away
Trust yourself and don't give up
You know you better than anyone else

In a moment everything can change
Feel the wind on your shoulder
For a minute all the world can wait
Let go of yesterday

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
Fly
forget about the reasons why you can't in life
And start to try
'cause it's your time
time to fly

In a moment, everything can change

ps: Layaaaannnnnnn...you can FLY!

Tuesday, August 11, 2009

KaLu NgAntUk SaNgaT...


Salam. Salam muhibah.

Selamat hari Selasa. Bak kata Abg Jamshid. Hehe..rindulak kat ex-opismate (ntah baper kali nak sebut).

Semalam aku tido kul 10.30 mlm. Letih punye pasal sebab semalam ujan lebat-selebat-lebattnyeer. Ape kaitan ujan lebat ngan letih eh? Tak de kaitan pon. Haha...aku tipu. Memang ade kaitan.

Disebabkan aku ngan mis antah nek bas, kitorang kenala rush2 kejar bas. Memula tu dari lobi ingat nak gamble je meredah ujan lebat tp sebab ada kilat, aku takot la pulak. Ngeri beb. So, payung aku tutup balik. Termenung kat lobi tu dekat setengah jam sambil pkir algorithm sistem. Tunggu punya tunggu bukan makin slow tapi makin lebat. Orang kate kalu hujan jgn merungut. Hujan itu rahmat. Cepat2 aku beristighfar, tak jadi meroyan.

Tunggu la lagi.

Duk kat setengah jam baru nak timbul idea seberang ikut SPA. Mis Antah ikut jer, die xkisah. Jalan sampai kat pintu pagar luar, separa lencun gak baju aku. Payung aku xdapat memberikan perlindungan maksima. Ngan kilat2 lagi. Jalan pon tersekat2, nak je aku cabut sandal heel tu, jalan kaki ayam. Tapi kang mencemarkan kreadibiliti lak kannn. So, teruskan jalan. Menapak cam biase la, jauh gak.Memang semalam kesabaran tahap 8.

Nasib bek tunggu kat bas stop tu xlama. Ada la bas 400 dtg, punyer la syukur aku. Rasa xsabar nak balik, mandi, sambung balik keje sistem. Dengan baju ala-ala lencun tu, dpat gak duduk. Free je mandi.

Sampai umah dah dkat kul 7. Hari paling lambat kot kitorang balik. Keletang keletung segala nak masak lak. Hade...tapi kena la masak. Kang kalu lapo memalam takot meroyan beramai2 lakk. Setel la.

Pukul dalam area 8.30 gtu, dah mkan, gsok baju sumer, ingat nak wat sistem. Bukak la laptop. Tak sampai 5 minit, nguap 15 kali. Takpe. Bukak lak Witch Yoo Hee, inisiatif kalu rase ngantuk. Tapi nguap lagi 25 kali. Tak bole jadik,aku used up banyak tenaga ke masa ujan tadi?

Last2 turn off laptop. Tido.

Masa tu jam baru 10.30 malam.

Sampai pagi nih, still ade belen2 ngantuk semalam. Wahlaweh..aku ade search kat tenet. Suke2.

Kalu ngantuk, wat ni :

1. picit jerawat

2. pijak semut api

3. ambil tukul, ketuk jari (nescaya terus menangis sambil berjari biru... salah satu cara utk menggantikan warna inai merah di jari)

4. kalau tersengguk masa buat keje, selerakkan paku kat atas meja... mesti tak berani nak tersengguk.. takut muka kene cucuk paku... tak pasal2 dapat tindik pree


Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

INSYAALLAH...


ps: Yg pasal bace potongan ayat Kursi ni aku xpasti la bole ilangkan ngntuk ke x. Just nak kongsikan je..Wallahualam..

Da ~

Wednesday, August 5, 2009

RoH dAn jaSaD

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku"".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan" .

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Da...~


Tuesday, August 4, 2009

Ari2 SaYa KerJa, SaYa Suke KerjA...

Kes bukan takde kerja.

Kerja aku sangat banyakkk okkk. Tapi xpelah, tggungjwab kite kenala buat kan? Tp so far so good la.. bole lagi la buat, org kate xde la berat sangat kot. Buat projek pon dalam group, so cpat cket la siap.

Oh, jgn sangka aku bukak blog ni sebab aku free. Aku bz tetiap ari pagi sampai petang semenjak 2 menjak nh. Takde masa nak berangan lagi. Tak siap, mcm biase silalah heret sistem anda ke rumah ye. Semalam pon, ntah pukul baper aku tido. Buat sistem berselang-seli dengan Zettai Kareshi. Aku xleh duduk wat sistem 5 jam xbergerak. Mau terkeluar bjik mata aku kangg.

Aritu aku beli DVD movie kat member aku. Bukan die jual. Die punyer kawan kepada kakak die yang jual. DVD tu rege RM 5 jer sekeping. Beli 5 keping free 1. Kualiti so far aku tgok ok laaa...Then die nyer peket(peket ker?) pon kemas. Nampak la tu DVD. Macam2 citer ada yer..citer jepun, korea, omputeh, taiwan, anime....eh, sumer la ada. Kalau berminat, moh ler kome tanya ngan member aku. Aku xleh komen pjg2. Hehe..

For the past 2 week lak, wat pertama kali dalam 23 taun nh, aku leh lak beli novel. Tajuk 'Biar YM Berbicara' kat MPH Alamanda. Standard rege novel laa, RM 20 jerr..Tapi aku sangat hepi n rase cam orang paling bertuah saat tu pasal buku tu tinggal tu jele 1 kat MPH. Sold Out koo.. Balik umah, malam start ar projek aku bace novel. Tabiat aku kalu bace novel bersemangat giler. Dulu bace buku Kimia xder lak cmtuh ekkk.. Aku bace 2 ari je buku 52 bab tuh. Selagi xabes, haaa kauuuu selagi tu le aku bace. Tak makan pon xper, janji bace. (Cian Carol xmakan nasik tgahari tu sebab tukang masaknyer khusyuk ngan novel..hehe..die makan biskut je kutt..)

Then, last week cam biase aku n Cik Berantah pagi Alamanda (tempat meronggeng standard bg org2 kat putrjaya). Round punyer round g lagi MPH. Hantu tul kitorang tgok buku...Pakkal jer aku lum kemaruk lagi ngan buku. So, survey2 jela. Cik Berantah siap dah rembat Maryamah Karpov siri 4 kot. Aku standby for the next book jer, malas nak beli. Konon2 g Alamanda nak byar duwet PT jer.


Last2, aku beli gak sandal heel kat Walk-In AGAIN, shoping kat Carefour, g KFC.



Kesimpulannya, misi aku utk berjimat bulan ini adalah GAGAL. Ya, aku belum sedar diri rupenye.

Monday, August 3, 2009

MaAf..

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku

Walau hati ini trus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus kurelakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan kuterima semua demi cinta
* jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
** Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan
Kisah cinta kita selamanya