Thursday, December 10, 2009

ISU daLaM ISU..

Salam.

Harap-harap semuanya sihat2 je...lama betul aku tak hapdet blog. Tau baca blog orang je. Eh, okay la what. Even tak hapdet pon, aku still menskodeng blog kamu, kamu, kamu yang balik meja itu, dan kamu. Ramai lagi. Buat masa ini aku terlalu sedey untuk meninggalkan rakan-rakan seperjuangan. Tapi kita harus tabah. =)
Selepas aku, ramai lagi bakal menyusul.

Selasa lepas (8/12/09), dekat jabatan kami ada meeting. So, siapa-siapa yang terlibat dengan projek banci kena hadirkan diri dalam meeting tersebut. Kami-kami yang 'freshies' ni bukan buat apa sangat pon. Aku rase dari awal sampai ke sudah aku asik makan je. Kejap karipap, kejap kueh cam pulut-pulut tu (nama kueh tu aku tak tau). Dengar pon gitu2 saja lah. ^-^ Semua SA (System Analyst) memang dah tentu kena buka mulut kemukakan ISU berbangkit atau tak.

Kami yang F41 tak tetap lak sibuk wat ISU sendiri kat belakang.

"Eh, karipap ni sedap gak"

"Ko makan banyak, basuh piring tu nanti"

"Bila nak habes meeting ek?"

Ayat tak bole blah. Bukan apa...rasa macam kalau SA je yang datang pon dah cukup. SA je dah boleh kemukakan apa yang ada, apa yang tak kena dengan sistem. Walaupun kami yang develop sistem itu,tapi semua butiran kami dah submit pada SA masing-masing. Kira kami datang tu pun just untuk jadi back up pada SA, kot2 la Timbalan Pengarah nak tanya soklan-soklan mencabar minda ke kan.. So far, takda masalah sangat dengan team aku. Cuma ada 1,2 perkara je yang perlu ditambah berdasarkan hasil perbincangan SA aku.

Cian kat Cik XTreeMore, lepas aku n Cik Isnanie kuar nant, terpaksalah dia handle sistem tu sorang-sorang. Takpe2...Malaysia Boleh! Cik XTreeMore boleh!
=)

Ok, abes cerita fasal kerja.


Dalam belek-belek blog Isnanie semalam, aku terbaca komen someone iaitu Mazidul Akmal Sidik kat ruangan komen entry Bak Kut Teh.
Waaahhhh....! Terkejut dik non bace. Hehe... Ntah macam mane ISU Bak Kut Teh boleh sampai ke personaliti ini. Habislah Cik Isnanie pulak yang jadik ISU lepas ni.
Hehehe... Maka dengan itu, reader-reader semua, marilah kita menantikan rancangan 360 yang akan datang. Kot-kot terselit nama blog cik Isnanie dalam tu, mana tau kan?
Walaubagaimanapun (tak bole blah perkataan), aku rase memang baik pun Cik Isnanie buat entry fasal Bak Kut Teh. Sebahagian orang-orang kita kurang prihatin hal-hal macam ni. Kalau jumpa depan mata pun, wat tak tau sudaaa... maka bercampurlah halal dan haram.

Baru cerita ISU Bak Kut Teh, tak masuk lagi ISU makanan-makanan yang diragui status halal-haramnya tapi ramai je yang beli. Aku nak sebut pun malas fasal korang pon mesti tau cerita-cerita dalam newspaper kan? hehe..Aku rasa tak payah la aku nak 'ulas' ISU entry Cik Isnanie lagi sebab semua orang pun boleh baca kat blog dia sendiri dengan panjang lebar dan jelas tanpa dengung.

Abes cerita.

Then, semalam team aku dikejutkan dengan ISU dari user. Ada sesetengah data tu tak boleh dipaparkan melalui sistem. Cik xTreeMore pun dah pucat dik non tengok. Cepat-cepat panggil team member lain. Check punya check, sistem tak ada masalah pun. User cuma 'tersalah faham'. Dah explain-explain kat SA, setel. Buat gempak je... So far, tak banyak ISU serius timbul, semua minor je.

Kalau korang perasan kenapa aku banyak guna perkataan ISU kali ni? Agak-agak kenapa?
Waktu kami ber'meeting' selasa lepas, SA-SA berbincang dekat depan, kami pasang telinga kat belakang. Kot-kot kena tanya, tak lah ternganga-nganga tak tahu kan.

SA1 : "Berdasarkan projek percubaan yang lepas, kamu boleh kemukakan ISU yang timbul sepanjang proses banci"
SA2 : "Okey, kat sini kita dapat capture beberapa ISU yang timbul. First..blablabla..second..blabla.."
SA3 : "ISU yang first tu kalau kita blablabla.."
SA4 : "ISU...blabla...ISU..blabla..."

Then, Cik Isnanie kata,
"Kat sini SA biasa guna perkataan ISU kan untuk refer pada problems? Kat tempat keje lama kite dulu pakai perkataan problem jek"

Barulah aku cam terperasan. Mesti korang rase ISU pasal ISU pon nak cakap ker??
Iyaaa....pada kami ini sesuatu ISU yang besaaarrr.. hahaha!

Maka, bermulalah era penggunaan ISU dikalangan kami-kami hatta diluar meeting sekalipun. Hahaha...!
Geng-geng BTM Jabatan kami, yang mana Cik Kuki, Cik Isnanie n Cik XTreeMore???

PS: Lepas ni aku dah takde geng-geng nak kongsi feeling2 KPop dengan JRock..apakah??.T-T

4 comments:

is-nanie said...

Wow.. tak sangka itu pon menjadi ISU dalam blog nih.. hahahahaa.. Takut gak, apela agaknya yang dorang nak paparkan kat tv3 16dis nanti. T_T

cik xtreemore tuh terer... 99% sistem tuh dia buat.. Kite bagi sumbangan ciput je.. hihi..

Lepas nih nak bangkitkan satu ISU lain.. hahaha.. ISU entertainment. Dah draft dalam kepala, tapi bhn2 tak kumpul lagik.. hihi..

Ala.... as long as ade tenet... kite boleh blogging, facebook-ing, chatting untuk teruskan hobi jrock-ing dan kpop-ing.. hehehe.. Keep in touch..


p/s: suke gambar tuh.. sbb kite berdua je buat gaya yg sama..

Anonymous said...

Mana ada adik axtreemore yang buat semua system tu..
tanpa kak kuki n kak isnanie, adik axtreemore konfem masih terkapai2 lagi..
sungguh adik axtreemore bersyukur dengan kehadiran kak kuki n kak isnanie dalam team QC.
terima kasih banyak-banyak...
Moga Allah membalas jasa kalian...

CoOkiE MoNSter said...

is-nanie ~
Betul tuh. But facebook-ing and blogging are not gonna be the same like here. I cannot see ur face again when I wrote those heart-throbbing thing. Haha... And we cannot make a big fuss 'bout KPop and JRock like when we're together again.

T-T

XTreeMore ~
We're always 1 team. 1 Malaysia! haha....gonna miss u all along..

shaz haza said...

aisyah

bukan disana saja gunakan ISU.
hahaha.
disini pun. berleluasa penggunaan perkataan ISU. :p