Thursday, December 31, 2009

2010..SeMoGa LeBih BerJayA ~

Salam.

Tak sangka hari ni dah 31 Disember 2009. Esok dah masuk tahun 2010. Heh...tiba-tiba terasa diri makin tua. =.=
Walaupun aku muda lagi kan...(nak jugak tuuuhh).

Aku dah lama tinggalkan karangan Bahasa Malaysia. Jadi rasa macam ayat sedikit tunggang-langgang. Maafla, aku tak 'pro' macam Cik Isnanie dalam buat ayat berasaskan kamus dewan. ^-^

Tahun ini genaplah blog aku yang 'kiut' nih 2 tahun. Walaupun jarang update tapi blog inilah penghubung aku dengan kawan-kawan. Dulu, motif blog aku hanya untuk melepaskan segala masalah dan stress. Tapi masuk tahun 2008, aku sudah mula meracun kawan-kawan aku join komuniti blogger. Tak perlu aku beritahu siapa mereka-mereka itu. Kamu tahu siapa kamu. Antara mereka ini yang pernah aku highlightkan
dalam entry-entry yang lepas adalah Kojah. Silalah klik link di sebelah kanan ini kalau kamu masih tidak kenal siapa Kojah.
Dia dah jadik lebih dari pemblogger tegarrrr okkkk. Hebat. Kojah antara blogger yang selalu aku buat follow up.

Dalam bulan 5 tahun 2009, aku menyertai komuniti di sebuah jabatan dan bertemu kamu, kamu,kamu dan ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa menceriakan
hari-hariku sepanjang tahun 2009. Sungguh. Aku terlalu rindu pada kamu semua. Semoga kita ketemu lagi jika ada rezeki. Jika diberi pilihan sudah tentu aku tidak mahu berganjak dari sini. Tapi hidup ini menuntut kita membuat pilihan yang sukar.

Dan di sini jugalah aku bertemu kamu. Kita menjadi rakan seperjuangan di dalam dunia KPop dan JRock. Bermula dengan blog kamu kita menjadi semakin rapat.Kawan, kita terlalu banyak persamaan. Dunia pekerjaan di jabatan ini semakin indah apabila kita mempunyai rakan-rakan yang punya 'sesuatu'yang sama. Terima kasih untuk itu. Dunia blogger dan muzik mendekatkan kita. Aku berharap kita akan selamanya
begini. Sentiasa 'dekat' dengan KPop dan JRock (entah kenapa aku rasa nak menangis bila taip).

Tak lupa juga pada seorang rakan blogger merangkap rakan seuniversiti dulu. Kamu selalu ada apabila aku memerlukan kamu. Terima kasih juga pada kamu kerana tidak jemu-jemu berada di sisi. Entry-entry kamu yang selalu bermula dengan perkataan 'Kisah' itu selalu aku ikuti. Terasa seronok menghayati bait-bait kamu yang sentiasa ceria tidak kira masa itu. Teruskan usaha menjadi
blogger yang lebih tegarrr. ^-^ Ops, rakan blogger Hantu Kucing pun tidak ketinggalan. AKu juga rindu pada kamu. Lebih-lebih lagi
pada lagak kamu bila ternampak kucing. Aku masih ingat kenangan 6 bulan bersama kamu. Rindu.


Maaf aku tidak mampu untuk menyebut rakan-rakan blogger yang lain di sini. Terlalu ramai dan percayalah, allll of you are precious to me.


Aku tengok jam. Lagi setengah jam jarum pendek menjejak ke angka 12.


Tiba-tiba rasa makin sedih. Terasa seolah-olah 'sayang' meninggalkan tahun yang 'bersejarah' ini. Namun, our life must be go on.

Disebalik semua kegembiraan yang kamu semua 'hadiahkan' dalam hidup aku, ada juga kenangan 'selumbar' yang terselit. Sesuatu yang aku jaga selama 4 tahun musnah
pada tahun ini. Itu rahsia.


Aku redha.


Harap kamu bahagia walau di mana kamu berada.

Dan akhir sekali buat semua rakan-rakan blogger, ofismate, housemate, dan lain-lain yang mengenali diri ini, ku ucapkan Selamat Tahun Baru Teman!

~ Selamat Datang 2010 ~

7 comments:

kojah said...

beb, sedih lak aku baca entry ko nih...

alaaa, aku tegar tak tegar mana la...ada yg lagik tegarrrr...hiks papepun, terima kasih banyak2 cayanggg...nanti aku nak wat entry sal ko lak...huhu

kerana ko lah aku mula berblogging!!thanx so muchhhhhhhh!!

muahssssss!!

*eh 4 tahun tue musnah??aku xtau punn

eh lupe...epi new year...hope 2010 will be more happiness n greatest 4 youuu...

CoOkiE MoNSter said...

kojah ~
hope the success and happiness will all come to us in this year! Rindu sangat sama kamu. Kalau ada rezeki, sampailah aku kat sana, maybe we can hang out together?

=) Lupakan 'kemusnahan' itu, ia sudah aku anggap sejarah.


Yang penting kita HAPPYYYY!!!

shaz haza said...

Kiasan tu buat rasa terharu. :)

rasa bangga dan gembira. punya kawan seperti aisyah.

terima kasih.

is-nanie said...

Rasanya cik antah lagi tinggi bahasanya.. sampai ke sms.. ehehe..

Ada lagu baru dah diantar ke blog.. So check kat inbox, "Don't Cry My Lover".. ^^

InsyaAllah... ade rezeki.. kita hangout lg..

CoOkiE MoNSter said...

shaz haza ~
Saya juga gembira punya teman seperti kamu. Harap persahabatan ini kekal selamanya. ^-^

is-nanie ~
erm..bolehlah. Kiranya kamu no 2 selepas Cik Antah. Haha..

Thanx for that song. Always hope we can see each other again. Till that time...

lets us always be connected by ur songs. =)

pendekar mata 1 said...

setiap kali sy baca post yg ni.. rase tersentuh.berulang kali baca. dapat rasa penderitaan saudari. hidup mesti kene truskn walau ape pn kn.. doakn yg terbaik utk saudari.

CoOkiE MoNSter said...

pendekar mata 1~
thanx for your supports...anyway, kenapa sy rasa macam kenal je nickname kamu ni ya?