Friday, October 16, 2009

TgoK2 InGreDieNTs PadA BoTOL or TiN seBeluM BeLi

Salam.

Hari ini baru dapat 1 forwarded email dari seorang kawan. Lepas baca, rasa bersalah pula kalau tak sebarkan pada kawan-kawan yang lain. Maka dengan itu, aku meng'copypaste'kan je email tu dekat blog. Semoga lebih ramai orang sedia maklum. Kesahihan cerita ini tak dapatlah aku pastikan, aku takut sementara nak pastikan betul ke tak, dah ramai pula orang termakan menda-menda yang haram ni.

So, jalan lebih baik kita hindarkanlah diri dari makan menda-menda yang status halalnya diragui, lagi-lagi makanan import yang kita tak pasti sejauh mana kualiti dan 'kehalalannya'.

Ok, ini emailnya.

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa masin-masin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA.Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.

Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual.Tobat nak masak spegetti lagi. -petikan dari forwarded email-

5 comments:

kayghani said...

pernah terbaca gak email ni..macam tak caya lak boleh ada dalam sos tomato..tak pernah lak nak cek masa gi pasaraya..

Unknown said...

aa.kalau betulbetul ada,hatihati la.

iza~de~bintang said...

Mmg kena rajin sikit memerhati dan baca info2 pengguna. Maklumlah kadang kita tak faham pun istilah yg tertulis kat situ :)

eeka said...

assalamualaikum

huhu bahayanya!
nasib baik hang ingatkan... bgus betul msg yang anda cuba sampaikan ni...

Teruskan usaha, Tingkatkan prestasi...

hehehe poyo jerk ayat...

miss you dear... tak puas nak peluk hang lagi...

raxm raxis said...

mcm2 da skg ni..bhy tol..