Thursday, August 28, 2008

miStEri RumaH seWa..

PERISTIWA tu jdik dalam minggu yg lepas2. Ntah hari ape aku pon xingat. Byak mende len g aku nk ingat. Otak aku cket punyer tepu semenjak 2 menjak ni. Dah overloading. Wahahaha.. Melalut lak aku. Ape citer aku td erk?? ha..dah ingat. Pagi tu mase aku kat bilik aku, aku dgar si hosemate aku jerit2 pnggil name aku dari luar. Aku pon blurr je, apekehe pepagi duk jerit2 pnggil aku. Tau la name aku sedap kan? aku pon kuar la tny cik kak tu. die ckap ade objek hitam masuk dlam bilik aku. aku pun memula okeyy je, pastu glabah bile terpk mende ape? Cik kak E tu kate die ngah iron baju mase nampak objek tuh. Pastu lak penglihatan die xbape nk terang sbb xpkai spek. So, die pon xsure menatang ape yg duk lintas. aku dah cuak. stay je kat luar ngan cik kak. tetibe..zupppppp!! objek tu kuar dr blik aku. Lajuuuu je masuk blik cik kak E lak. Cik kak E yg duk iron baju dah xjadik gosok bju dah. Die duk glabah lak sebab objek hitam tu ader kat bilik die. Aku pandang jek. Pastu cik kak E nekad, die msuk gak bilik dier nonong2 sebab nak amek towel. Kalu x, xmandi ler kn. Aku steady sbb ak dah mand.
TETIBE menatang tu muncul dpan ak. Cik kak E kat toilet. mentibang tul. Ak berdiri. In case nak fight back kn? Ceh. ak tgok mnatang tu, mnatang tu tgok ak blik. Pastu bdezupp nk dtg kt ak. Ak ala2 cam gile mroyan dah terjerit2. Bole lak mende tu 'home run' keliling ak. Baik xdtg gigit kaki ak. Last2 ilang di sebalik tong gas kek dapor ak. Cik kak E yg kuor dr toilet dok bantai gelak tgok ak 'fight' td.


kuang ajor tul si tikus itu!!

Tuesday, August 19, 2008

WhAt A mEsS..

Hari ni aku ngan berkobar-kobarnye nak apply borang SPA online. Saje gatal nak apply keje kerajaan sebab eeka ngan knoris beriya dok ajak apply. Aku apply je la...ceh. Aku pon bukak la laman web spa, sape xtau carik sendiri. Xkan xtau kut?

Maklumat Peribadi.
tet..tet..tet...puk...pang..puk..pang.. (bunyi keyboard aku, maklumla bersemangat). Setel!

Maklumat Pendidikan
tet..tet..tut..tut....pok! -pause- err..ape cgpa aku ek? nak kire cmane ni? nak taun akhir ke ltak current cgpa? adoyaiii....penin aku. Belasah la. Letak cgpa agak2 jela..

Maklumat Tambahan
................ (xtau nak letak ape, so kosong)

Kat last page sebelum press 'Selesai' ade quote
'Saya akui segala maklumat di atas adalah benar. Jika maklumat yang dimasukkan tidak benar atau mengelirukan, pemohon boleh dikenakan penjara 2 tahun atau denda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.'
-pause-
-pause-
-pause-
...........

errr...ape yang aku ltak kat cgpa td?
Sudahnye, aku xjdik mohon spa. Noktah.

Tuesday, August 12, 2008

Khutbah Wida


Ini adalah kutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W. disampaikan pada 9hb Zulhijah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah ia pada orang orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.

ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara perkara yang besar, maka berjaga jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh sungguh kata kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah jangan sekali kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilaikanlah dengan betul dan fahamilah kata -kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya. Itulah Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba Mu."

PeNaWar KePeNatan

amalkan...Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebananhidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, August 6, 2008














Penat aku memain ngan photoshop, maka terciptanya bubble2 dissebelah ni..hehe. Kes xde keje la ni. Edit pics, wat wishing cards, corak abstrak yg ntah pape ntah..belasah je asalkan dapat explore photoshop. Syok gak layan adobe time xde keje. Hehehe... Lg2 part2 edit gambo. yg xcun sume bagi tukar, edit cket, potong cket, last2 jadik la. Hahaha...




wEek 5 oF inTern..


Tadaaaaaa!!...here I come. it's been 12 days i'm not posting any news. My workplace is great, evenythough it's quite mute but it's wonderful with the cheerful Abg Eab, babbling Azza, emotionless Apies, understanding Boss n out-of-control eeka. wahahahaha.... 1 perkataan yg pling aku suke 'Adoyaiiiiiii' kegemaran Azza. Tak pun perkataan 'sengettt!'. Di kala tahap ketensionan die memuncak mulala perkataan tu kuar diikiuti ngan kerutan hikmat seribu tahun kat muke die. everytime die sebut gak aku rase nk tergelak gile.. xtahan tengok gelagat depa. Lawak tul...

Tapi tu lah yang mengubat ketensionan aku bile dah tension gile2.. sejuuuuuk ati tgok Azza, ye dok Za?? Hahahaha.... Anyway, opis aku memang hapening dalam erti kata yg tersendiri. No komen lebih2.. Staf pun best, environment pun ok...bak kate org ape tu? so far so good? hah..lbh kurg cenggitu la.. Okay. aku ade keje nak buat. Til next time! Da...!

* Pesanan penaja :ni website izzah, rakan seperjuanganku di utem. Kalu korang rajin, tgok la kat http://aeroswift.net ek? once again, Da...!