Wednesday, January 19, 2011

StrEsSkAh???

Salam.

Selamat tengahari to all of you. Hari ni aku 'terajin' nak hapdet blog. Boring aku tengok menda yang sama je balik-balik bila bukak blog aku (bajet ada orang kesah? haha).

Anyway,aku stressssssss.

Tak tahu kenapa aku selalu rasa depressed. Aku paling tak suka buat keputusan. Kan bagus kalau ada orang yang buatkan keputusan dalam hidup aku? So that, aku tak perlu rasa bersalah bila keputusan yang aku ambil tu salah. Aku boleh terus salahkan orang yang buatkan keputusan tu untuk aku.

Hahaha. Gila ke?

Kan best kalau ada orang yang selalu by my side. Marahkan aku, nasihatkan aku, beri aku hujah-hujah rasional kenapa aku perlu buat itu, aku tak boleh buat ini, kenapa perlu jauhkan itu, lakukan yang ini. I need someone to 'wake me up'!. I'm drowninggggg.. Helpppp!

Macam saiko pulak bila aku baca ayat sendiri. Hehe.

Dalam tahun baru ni, aku tiba-tiba overdose sensitive. Like what the..... Sungguh annoying okayyy bila rasa macam tu. Plis go away boleh tak??

Haishh.


Moral of the story yang aku baru dapat (ini adalah draf yang lambat dipublish) :

1. Buat kerja biar ikhlas.

Sebab balik lambat semalam (kira OT sebab ada meeting kat KL. Pergi KL-Mersing dalam satu hari), so anggota badan aku terasa sangatlah malasss nak bergerak. Mata pun rasa terlelap je. Mood tido tak abes lagi maybe sebab badan letih kot?
Today pulak, meeting. Segala VIP mau datang, so haruslah kita memprepare segala bentuk persiapan yang ada termasuk makanan. Pasal dah jadi kebiasaan semua guests akan makan dekat bilik meeting, so that senang you tak payah buang masa melepak kat kopitiam okeh?

Aku mengelap balik cawan-cawan, piring-piring bagai yang katerer hantar waktu breakfast(just in case cawan-cawan dia tak berapa nak bersih) dengan
kadar perlahan macam siput. Kalau orang tengok kompem kata "Cam tak ikhlas je nak lap cawan??". Bukan apa, aku mengantuk hokehh?? Bila dah rasa malas nak buat segala kerja tu mulalah macam-macam menda tak kena. Like :

- aku datang awal ke ofis tapi tak terpikir nak vacuum. Bila guest sampai aku baru teringat nak vacuum sebab tak nak
para tetamu berfikir 'Gila malas orang dalam ofis nih. Berkeladak bagaiii'.

- bila jemput guest-guest breakfast, aku terkulat-kulat nak unfold segala makanan yanga ada. Macam gila slowwww. Kurang tenagakah??? Muahaha.

- then, bila aku ingat semuanya dah setel, aku baru sedar aku tak letak teko basuh tangan atas meja. Maka dengan ini,
aku terkocoh-kocohlah aku berlari ke pantry semata-mata nak ambil teko itu. In front of guests. Dem.

- bila semuanya dah selesai, aku nak kemas semua makanan-makanan yang banyak tak terhabis tu. Tengah bungkus-bungkus gedebokk segumpal nasik
terrrjatuh atas karpet. Greeeaaaattt!

2. Kalau ngantuk tidoo

Kalau kau dah tak larat sangat bukak mata tu bawak-bawaklah pergi tido. Jangan paksa-paksa diri nak tanak nasik ke, tanam ubi ke,sidai baju segala padahal jarum jam dah menunjukkan angka 12 malam. Balik dari KL tu, aku konon-kononnya malu lah nak tido dalam kereta kan, pasal bos aku terpacak kat seat depan. So aku pun tido-tido ayam jelah. Sampai rumah area 11.30 (masa ni mengantuk toksah nak cite), aku sempat kemas-kemas tas tangan (wahhh...tukar tas tangan gituu), tengok baju apa nak pakai pegi ofis besok, pastu nak carik lagi tudung apa lak 'masuk'. Eh. Gila cerewet. Entah macam mana, aku boleh tertekan red button kunci kereta aku. Terkujat sekejap satu taman bila alarm aku berbunyi.

Ok. Lepas solat terus tido. Pasal kalau aku tido dulu secara automatiknya aku takut tak terbangun nak solat isyak.

Oklah. Mengantuk. Guwa nak stanby untuk balik. Daaa~

5 comments:

is-nanie said...

"Tengah bungkus-bungkus gedebokk segumpal nasik terrrjatuh atas karpet. Greeeaaaattt!"
hahhahahahaa~

ape nih cik kuki? stress sgt ke smpai jasad ade.. tp fikiran melayang2... hehee.. Have a good rest.

NUR AIMI NASIHAH said...

hahaha... awatnye??? kan aku ade.. always be your side. Mmg best ada org yg always be our side.. a shoulder to cry on.=) i loike!

aku pun tak pandai buat keputusan sendiri smpaikan slalo kn marah sbb tak leh buat kptsn. It's maybe aku terlalu bersikap yang tak kisah smpaikan aku tak buat keputusan untuk aku pun takpe. But sometimes, org pun nak dgr kptsn kita. So jgn amalkan ikut keputusan org.heee~ Ko kn blaja buat keputusan ko, lantak p la kalo org tak suka.

dah ko punye decision, suka ati lah.hahaha.

perangai aku buruk, sila jangan ikut..hahaha..

CoOkiE MoNSter said...

is-nanie~
saya pun tak tahulah ke mana fikiran saya melayang. Mencari calon suami agaknya.
Eh.

aimie~
yeahh...thanx for your advise. Bukan apa, keputusan tu untuk diri aku, tapi aku nak orang lain buatkan keputusan untuk aku. Bolehkah?? Pasalnya aku memang lemah menganalisis mana yang terbaik buat aku (malas nak pk.bole??).
Haha ~

Unknown said...

bye stress.

si bunga melati said...

calon suami?
jgn tggu lame lame.. da ade tu cepat cepat la