Tuesday, October 27, 2009

FoR YoU...

To my darling husband,

Before you return from your overseas trip I just want to let you know about the

small accident I had with the pick up truck when I turned into the driveway.

Fortunately not too bad and I really didn't get hurt, so please don't worry too

much about me. I was coming home from Sylvia Park and when I turned into the driveway

I accidentally pushed down on the accelerator instead of the brake.

The garage door is slightly bent but the pick up fortunately came to a halt when

it bumped into your car.

I am really sorry, but I know with your kind-hearted personality you will

forgive me. You know how much I love you and care for you my sweetheart.

I am enclosing a picture for you.

I cannot wait to hold you in my arms again.


Your loving wife. XX




P.S. Your girlfriend phoned.

....(-_-)....hv a nice day!

Friday, October 23, 2009

ErMMMmmMMm...

Ni kes takda kerja la nih. Balik-balik bukak blog. Keje suma dah setel. SO, apelagi kawan-kawan2?? Kita blooogggginggggg!...

Astagfirullah alazimmm...

iskk.

Rase cam nak buat header baru la. And kalau korang perasan, love2 yang jadik background blog aku dulu dah takde. Tetibe je hilang. Bagussss. Aku lagi suke. Pasal aku dah boring dengan blog template tuh. Cam tau2 je aku nak die lenyap. Hehe..

Aku rasa lebih senang nak baca bila bground hitam and font putih. At least takda la serabut perut aku tengok cam blog lama aku dulu. (start dah merapu!)

Actually takda apa nak cerita dalam entry kali ini. Just aku je yang rase meroyan nak update. Cik Is tengah rancak meng'hapdet' blog dia hampir setiap hari. Rase seronok pulak bace(utk fan club japan/korea). Kalu selain dari 'kami', mungkin tak berapa faham apa yang dia tulis,sebab semuanya berkait rapat dengan music band or-watsoever-that-related. Aku ikuti jugak perkembangan menda-menda ni kdg2, tapi tak aktif buat 'ulasan' cam Cik Is. Go!Go! Chayookkkk Is!!!

Hahaha...



P/S: She was the hero that time. Hehe. For that blogger,she really,really should thank her for 'saving her life'. Ok, offtopic.(version Is)

Wednesday, October 21, 2009

SeBaGai ReNunGaN..



Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope




Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

MeMo KePaDa SeMua StAFF

Staff Sekalian,Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....


e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.


g. PENGGUNAAN INTERNET :

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.Sekian, terima kasih...

Lalala..XD

Friday, October 16, 2009

TgoK2 InGreDieNTs PadA BoTOL or TiN seBeluM BeLi

Salam.

Hari ini baru dapat 1 forwarded email dari seorang kawan. Lepas baca, rasa bersalah pula kalau tak sebarkan pada kawan-kawan yang lain. Maka dengan itu, aku meng'copypaste'kan je email tu dekat blog. Semoga lebih ramai orang sedia maklum. Kesahihan cerita ini tak dapatlah aku pastikan, aku takut sementara nak pastikan betul ke tak, dah ramai pula orang termakan menda-menda yang haram ni.

So, jalan lebih baik kita hindarkanlah diri dari makan menda-menda yang status halalnya diragui, lagi-lagi makanan import yang kita tak pasti sejauh mana kualiti dan 'kehalalannya'.

Ok, ini emailnya.

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa masin-masin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA.Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.

Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual.Tobat nak masak spegetti lagi. -petikan dari forwarded email-

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso: selamat pagi


Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…

haha.


s.e.n.g.a.l.x?

Wednesday, October 14, 2009

AmALaN..

Salam.

Mahu berkongsi dengan rakan-rakan.

Perkara-perkara yang dapat membantu kita daripada cepat hilang ingatan dan daripada tumpul minda:

- Kurangkan makan bawang besar
- Kurangkan makan berempah
- Kurangkan makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan
- Kurangkan membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
- Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan :

* Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
* Selalu makan makanan yang panas2
* Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
* Selalu minum air masak
* Selalu makan ulam2
* Selalu mengamalkan pandangan hijau
* Selalu bersenam
* Selalu menggunakan imaginasi otak(utk yg berfaedah)
* Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
* Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah
(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana
hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk
kegunaan kita seharian berbanding dlm bgnn batu ianya terlalu sedikit
* Jangan ego
* Jangan dengki pada orang lain
* Jangan makan dari sumber yang tidak halal
* Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
* Jangan makan makanan yang ada pewarna
* Jangan makan makanan yang ada pengawet
* Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
* Jangan mandi selepas 9.00malam

.......dan yang paling penting dibawah ini...selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita
dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan... Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau
memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak Persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya


Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

Friday, October 9, 2009

ConVo UTeM PaRT-2

Salam.

Mood konvo tak abes lagi. Ada masa senggang je aku mengedit gambar. Compress sume2 dalam satu gambar. Nak upload pun senang. Okey sahabat-sahabat, kalau aku sempat, aku sambung upload gik kat fb. Mula2 haruuussssslah upload kat sini dulu ye. Ngehngeh...









Ya, aku tahu dalam gambar ni gambar aku 'tembam' semacam. tu bukan tembam tu, tu comeelllllll. Haha..
Sekian, nak buat menda lain lak. =)

Tuesday, October 6, 2009

GraDUaSi UTeM '09

Salam..

Aku sangat hepi sebab konvo tempoh hari berjalan lancar. Alhamdulillah.. Tapi aku sangat sakit hati dengan facebook sebab uploading nyer lambat tahap siput sedut. Nak upload sekeping gambor pun naik menggelegak darah aku tunggu. Sori kak noris, ayu, eeka dan yang lain2...Aku dah hilang sabar nak upload gambar konvo kat fb. Aku letak kat sini je la yek?

Semua gambar masa nak konvo, jalan-jalan, melepak kedai, sumer2 aku letak sini. tapi ni separuh je nih...

Nanti bebila aku try upload lagi kat fb. Hoyeee..=p


























Rakan-rakan, ku bakal merindui saat-saat manis bersama kamu semua. Semoga kita ketemu lagi di lain masa, moga bila tiba saat itu kita semua lebih berjaya dari hari ini.

=P Missing all of u..