Untuk ke masjid bagi semayang jumaat, Wok Yoh terpaksa naik bas sebab xde transport lain. tambang bas 1 way 5 posen, so beliau bawakla singgit untuk ulang alik semayang jumaat.
Wok Yoh ni kira iman tebal jugakla pasal tiap kali semayang beliaula yang mengisi saf pertama kat belakang imam. nak dijadikan citer, satu hari duit 5 posen baki tambang bas beliau disimpan dalam kocek baju melayunya cam biasa. maka semayang la wok yoh dengan kusyuknya. masa last rukuk, dengan takdir tuhan bergolekla duit 5 posen wok yoh kuar dari koceknya. kebetulan plak tangan jemaah sebelah jatuh menutup duit beliau. panik dengan keadaan tu, Wok Yoh terus berkata, "Encik, jangan ambik duit tu, saya nak wat tambang bas"..Dengar je Wok Yoh cakap macam tu, jemaah kat sebelah tu terasa hati x pasal2 dan terus menjawab "setakat 5 posen, x pelahap pun aku!"..bila terdengar perbualan dalam semayang antara jemaah pertama tadi dengan Wok Yoh, jemaah ke 2 dengan volume yang tak berapa nak clear dan tidak sedar dirinya menyampuk " woi, orang semayang mana boleh cakap"..bila dengar je jemaah ke 2 tu cakap camtu, jemaah ke 3 plak manambah " Ko pun sama jugak, cakap time semayang"..terdengar plak oleh jemaah ke 4, dengan perasaan tak bersalah, berkatalah pada dirinya sendiri " nasib baikla aku tak bercakap"...
....x pasal2 sebab 5 posen, batal semayang kelima2nya.
S.E.N.G.A.L
No comments:
Post a Comment