Saturday, July 27, 2013

SeLaMaT BerPuAsa..

Salam.

Selamat berpuasa semua. Maaflah walaupun tinggal lagi 11 Ramadan aku tetap nak wish ya all Selamat Berpuasa dan selamat meningkatkan ibadah sempena bulan baik hari baik ni... Aku sibuk dengan macam-macam urusan dunia. Blog pun dah bersawang. Idea pun dah kering nak tulis dalam blog. That's why I leaved it hanging and untouch. Poor blog..

As a matter of fact, bulan-bulan puasa ni makin banyak menda yang nak kena fikir. Kena bekerja lebih sikit. Kena settle things down faster sebab masa bekerja dah pendek, so apa-apa kerja untuk hari tu kena settlekan cepat-cepat sebelum balik. Belum lagi bila tiba-tiba ada meeting pukul 2 petang. Dah habis, boleh lak dia sambung meeting lagi pukul 5 petang. Dalam bulan-bulan puasa ni. Memang menguji kesabaran dan keimanan la kan... Kalau boleh transform jadi incredible hulk, memang dah transform sat-sat tu jugak. Tapi apakan daya, bulan puasa kena sabar lebih. 

Kalau tak..... haish.

The best part is bulan-bulan puasa nilah nak catch up everything. Nak siapkan sistem yang aku hadap sorang-sorang tu lagi. Nak buat jugak segala mak-nenek report, documentation, proposal dan yang seangkatan dengannya. Nak buat coding algorithm lagi, flow diagram bla bla bla. Sebenarnya aku ni software engineer. Puuiiiii. Okey, dah taknak cakap pasal kerja. Bila ingat hal kerja darah aku terasa naik tiba-tiba. (*aku hapdet blog sambil buat sistem*). Cukuplah. Hari ni hari Sabtu weyyyhhh.

Nak sambung buat apa yang patut. So, selamat berbuka puasa semua walaupun berbuka lagi 4 jam lagi. Aku nak pikir nak masak apa pulak untuk berbuka harini. Next time, kalau aku meroyan lagi, aku update lagi blog ni. Hahaha.

I love naruto series. -taken from google-


Adios!

Thursday, May 16, 2013

if things are the other way around..

I am an artist.
I write poem, songs and film.
I even sing all the songs I've created.
I love dancing and acting.
I always travel all around the world just to get inspired for the next song.

I am a nature-lover.
I love flowers, trees and lake.
I enjoy watching the sunset while sitting next to my beloved.
I like snapping pictures of green land and blue sky.
I love smelling the flawless roses in my garden.

I am a movie-maniac.
I always wonder if there is a new movie coming out.
I love to watch a bundle of movies in a week.
In fact, I am going to cinema everyday.
I always bring along my hommies, best friend and him.

I am a shopaholic.
I used to do shopping everyday and got a dozen of shoes. A week.
I love buying things such as dress, handbags, rings and even foods.
I just enjoy doing things on my own.
I buy things whenever I feel to.


Ironically,

I am not an artist.
I cannot spend my time for flowers.
I don't have time travelling all around the world.
I watch movies 3 times a year. Maybe.
I seldom do shopping. Only when I need to buy something necessary.
Here I am sitting at my desk all day thinking of codes algorithm, functions, Ajax, annoying bugs and warning of mysql_real_escape_string().
Doing things over and over again.
Solves the never-ending codes in hundreds, or maybe thousand lines.


I am a programmer.


And this is my story.


Thursday, April 11, 2013

JoM DieT RaMai-RamAi!

Salam.

Amacam geng blogger semua? Hopefully sihat-sihat belaka dan hepi-hepi je hendaknye. Lama tak update blog, awal-awal tahun je semangat nak update setiap hari (konon), tapi nan adoooooo. Jangan mimpilah kan. Banyak menda nak buat, distract sana-sini, terus tak update-update. (Sebenarnye m.a.l.a.s. hahahaha...)

Sekarang aku tengah meroyan duk pikir cemana nak turunkan berat. Asal stress je makan, bila makan je stress. So celah mana nak kurusnya kan?? Maka terimalah nasib diri. Kalau tak mau semakin gemuk, sila sedar diri dan tapis-tapiskan makan. Tapi disebabkan aku jenis tak sedar diri, makan bagaikan body ramping seperti Nora Danish (nama dia pop-up pasal aku tengah taip sambil tengok Ariana Mikhail), maka dengan itu modus operandi aku untuk kurus langsung tak berkesan. T-T


Sedey.


Bila gemuk secara automatiknya perasaan aku pun terganggu lalu stress. Oleh itu, cara paling baik, elakkan stress. Bila takda stress, aku kurang makan, bila kurang makan, boleh kurus!! EEmmm...........macamlah boleh kurus dan-dan. Masalahnya stress dan hidup aku dah macam adik-beradik. Semua pasai kija. Ayooooo...kija punya pasal, hidup tala tenang wooo...

The best part is dalam nak diet tu boleh lak aku sesah Mcd 2 days straight. Hell yeahhhh... Nak kurus kunun........=.=

Caner tuh?

diet is a 'killer'

Notakaki : Agak-agak aku berjaya turunkan sket berat badan, baru aku share ngn korang yekk....puiii.. (Kalau turun laaaaa)

Sunday, January 6, 2013

ThiNgs In LiFe..

Salam.

Selamat petang semua. Nak sambung azam baru tahun nih. Update blog. Mungkin boring, so dinasihatkan jangan baca. Tapi kalau nak baca jugak apa salahnya? Aku dah bagitau siang-siang tau? Hehe... Saiko orang je kojenye..

Kalau nak diikutkan, mesti semua orang akan keluar jalan-jalan, tengok tenuk kat zoo, pegi muzium, main paintball, jalan-tanpa-hala-tuju ke, ataupun shopping hujung-hujung minggu ni kan? Tapi kan tak semua orang macam tu. Contohnya aku. So korang boleh bayangkan yang aku adalah sangat membosankan, spesies suka duduk dalam rumah, introvert dan sebagainya. Ok wait. Tapi ramai orang tak tahu, yang my life nature adalah tidak 100% seperti di atas.

For example, aku pun suka shopping. Tapi aku shopping berasas (hambooiiii..). Kalau aku rasa ada menda yang patut aku beli dan perlu aku beli, then baru aku pergi shopping. Ok aku tipu. Kalau takda menda yang aku nak beli pun, aku still akan window shopping. Tapi itu selalunya atas reason nak hilangkan stress. Aku tak tahulah orang lain kan. Tapi aku suka tengok gelagat manusia kat shopping mall. Macam-macam kerenah, macam-macam gaya. It makes me thinking a little bit about us, human. Besides that, aku suka usha-usha beg tangan ke, kasut ke, dress ke....( memang dasarrrrrrr..). Kalau aku rasa price dia reasonable, baru aku beli. Oh yes. Aku jenis yang boleh tahan perasaan untuk tidak membeli material kegemaran. Walaupun aku suka barang tu, tapi harganya mahal nak mamps mencekik darah, memang idok ler aku beli.

shopping is truly a therapy

Jangan tak tahu, ramai perempuan tak boleh resist bila tengok their fev. things on board. Lajuuuuuu je nak borong sume. Believe me.Tak salah pun begitu. Its our nature. Hehe..

Ek hem.

Dulu-dulu masa sem break, aku pernah jadik promoter. Promoter Power Root ko jahhh. Memang ter'surprise'lah jugak kan. Apa kejadahla aku nak cakap kat customer. Haram aku tak tahu cemana nak buat. Pasal aku pun bukannye peminum tegar power root nih. Lagi satu mindset orang-orang ni suka tune ke menda lain bila sebut power root. Pelik betullah aku. Dan aku pernah tersasul cakap kat ex aku dulu yang aku jadi duta power root. Kahhhhhhhhh. Ex aku kata bukan duta lah, promoter. Okey. Fine. I'm a promoter. Baru nak bagi nampak gah bunyiknya. Tapi cam haremmm..

Dan kesannya, seperti yang kujangka terjadik, aku selalu kena usik especially dengan budak-budak lelaki yang lalu depan booth aku. Datang segerombolan pulak tuh. Pastu tanya 40 soklan berlainan yang bermotipkan nak kenakan aku.

Contoh soklan, "Power ke menda nih?",

Aku jawablah "Power Root. Ha, yelah kopi power root."

Pastu gelak berjemaah depan aku. "Yelahh....power ke tak??"

Aku terpinga-pinga bak penguin. Sampailah aku dengar,"dia tak paham arrr.."

Ada jugak aku simbah sekor-sekor nih kangggg...

Cait.

Tapi yang seronoknya jadik promoter nih, aku jumpa ramai orang. Masa tu karnival, so korang boleh bayangkanlah ramai orang yang datang dari semua pelusuk (ewahh), tak kurang jugak pelancong asing. And you know what, mula-mula memang rasa penat jadik promoter nih. Setiap hari aku kena buat 4 jag air kopi and promote the product dari pagi smpai malam. Berhenti time nak solat dengan makan je. Itu pun sekejap sangat. First few days, aku sikit lagi nak pitam sebab berdiri lama sangat. Oh, betul nih. Aku tak buat cerita. Bos aku pun cuak dah tengok aku time tu. Lembik bak tauhu. Haih.

 i wanna sleep

Tapi nasib baiklah semangat juang aku tinggi. Lepas-lepas tu aku okey je. Sebab dah boleh flexible kan diri dengan kepenatan. Bos aku address aku dengan 'Power Girl'. Mentang-mentang aku jual power root kan..
Huhu.. Tapi dia memang superb, sempoi dan tak kedekut ilmu. Susah nak jumpa bos macam ni tau..
Menjajau pulak cerita aku nih, the thing yang aku nak kata di sini adalah aku seronok meeting with various kind of people. Masa aku kerja nih, sempat aku berkenalan dengan 2,3 orang tourist nih. Sorang from Singapore, Spain and Italy. Aku bahan la cite yang molek-molek je pasal country kita kan. Aku kan rakyat berjiwa besarrrrr. Sila muntah sekarang. Haha..

Masa nilah, aku tahu banyak benda, aku belajar macam-macam, and aku dapat tengok realiti sebenar kehidupan. Okey, times up. Len kali aku update lagi.

Thank you for reading.

Daa....!

Wednesday, January 2, 2013

JaLan-jaLaN sEpEtANg

Salam.

Wahhh. Gigih kan aku update blog malam-malam remang ni.Mata mengantuk tapi rasa sayang nak tido awal time cuti-cuti ni. Terasa membazir pula kalau tido awal pasal aku selalu tak dapat menikmati malam dengan panjang sebab selalu tertido awal time hari kerja. Apa nak buat kerja balik dah penat. Mandi, solat sume dah mengantuk. Haihh.

Salah satu azam aku tahun baru ini adalah nak update blog seberapa kerap. Tak tahulah plan aku ni menjadi ke tak. Biasenya dua,tiga hari je bersemangat. Lepas tu cam biskuttt. Hampeh. Azam tu memanglah tinggi tapi tak ada topik yang nak diceritokan pun tak guna jugak kan...Sudahnya hujung-hujung cerita pasal makan. Cam haremm...

Owh. By the way. Hari tu aku pegi mid valley dengan cik is  (of kos la...aku mana ada boyfriend? Rase macam forever alone je statement). Saja nak memenuhkan segala ruang kosong yang ada terselit-selit tu kan. Banyak jugaklah sale ataupun Year End Sale (YES) kat semua kedai. Sebenarnya, motip kitorang pergi time tu pun sebab nak beli wedding gift tuk member kitorang. Nak pergi tak mampu, maka kami hanya mampu mengepos hadiah kawen dari jauh jela. Wawawawa.... janji ingat kan?


Sampai-sampai je mid valley, haruslah kita melantak dulu pasalnye masing-masing dah macam langsuir lapar. Jalan nampak makanan je. Maka untuk mengelakkan ketidakfokusan masa memilih gift nanti, marilah kita penuhkan perut dulu. Cik Is dah siang-siang mention nak makan kat teppanyaki. Aku ikutkan aje.. tak da hal punya. Lagipun aku kan ada tempias-tempias jepun jugak gitu...(puiii..), so no big deal lah.

Macam biasa aku makan chicken teppanyaki and Cik Is makan beef teppanyaki. Aku memang makan kat mana-mana pun, chichen-based food memang jadik first priority.
gambar dari en google. tak koser aku nak snap bagai.

Kepada siapa-siapa yang tak tahu apa kekdahnya makan teppanyaki, macam kat atas tu lah rupanya. Nampak biase kan, kan, kan?? Padahal nasik je ponnn....bunyik mesti mau kejepunan. Orang jepun pun macam kita jugak, makan nasik. Bezanye chicken or beef tu dia akan masak atas tempat-penggoreng-yang-macam-masak-burger, errr...ntah apa nama tempat masak dia, yang macam masak burger tu kan. Aku pun tak sure. Dia tambah la apa-apa perisa sikit masak goreng tu. Yang paling masyuk sayur taugeh dia sebakul haaaaaa kauuuuuuuu sekali masak. Pastu dalam pinggan kau nampak taugeh je. Dengan nasik sikit. Tapi i tell you what lah, memang kenyang.

Lepas aktiviti melantak, baru kitorang terkedek-kedek nak carik hadiah. Target nak sambar toaster satu. Tapi oleh kerana kitorang datang pun dah lewat, kaunter-kaunter banyak yang dah close, siap kira-kira duet lak depan kitorang. Maka tak kesampaianlah nak beli toaster tu. Aku dah siap heret ke sana ke mari konon-konon nak pegi bayarlah kan. Ceh. So, lain kali jelah beli kekdahnya..

Masa kitorang jalan-jalan usha beg tangan hadiah kan, aku terpandanglah dua orang budak kecik dalam baby stroller tu. Adik-beradik lah, yang sorang tu nampak besar sikit, mungkin dalam setahun dua dengan sorang lagi. Umang aiiihh. Tau apa depa buat? Mak khusyuk bershopping, yang budak-budak ni sibuk menggentel i-pad dengan smart phone. Dasaaaaatttttttt...

Ada sorang uncle chinese kat tepi kedai tu siap terpause sekejap tengok gelagat budak-budak nih. Yang pelik tu, pandai pulak kau menggayakan menda alah i-pad tu kan dik? Laju je jari comel dia zas-zas gitu kat skrin. Ntah apa dia buat tak tahulah. Mungkin buat sales report bapak dia ke apa kan. Haha..

Budak-budak sekarang nih umur 2,3 tahun pun dah pandai guna i-pad. Seram aku. Aku yang dah besar-panjang nih pun terkedek-kedek lagi nak guna i-pad (tak reti guna teknologi canggih), yang budak-budak ni sajaaaa je main. Pelik betul aku. Untung kan? Kecik-kecik dah merasa dapat toy i-pad. Kau ada??

silap haribulan baby pun lagi terer guna teknologi dari orang dewasa. haih.