Wednesday, August 15, 2012

SemPEnA NAk HaRi RaYa

Salam,

Raya cuma lagi 3 hari saja. Bermakna cuma lagi 3 hari Ramadan akan berlalu... Dah tak boleh nak lipat-gandakan amalan. Kenala tunggu tahun depan pulak. Tu pun kalau kita bertemu lagi tahun depan. (aishh...rasa banyak dosa aku nih).

Tiba-tiba rasa sayu.

Kadang-kadang aku selalu bersimpati pada diri. Kadang-kadang aku leka dengan dunia. Leka dengan hiburan duniawi nan sementara. Leka dengan makanan-makanan yang enak lalu melewat-lewatkan apa yang perlu di kala maghrib.

Sungguh aku manusia yang sering alpa dengan keduniaan. Ampunkanlah aku Ya Allah... (mode : insap tiba2).


Oleh itu kawan-kawan semua, selagi Ramadan yang penuh barakah ini belum berlalu sepenuhnya, marilah kita giatkan lagi amalan yang pahalanya Allah lipat-gandakan di bulan puasa ini. Mesej ini tulus untuk diri saya juga.

Anyway,

Aku sekarang tengah rindu.

Rindu dengan kawan-kawan yang selalu aku gosip sama-sama dulu. Gosip pasal ayam, beg, baju.

Rindu dengan Cik Sitot. Sebab aku selalu plan dengan dia nak beli ayam rempah kat pasar Jumaat.

Rindu dengan Cik May. Sebab dulu aku selalu tumpang keta May masa nak pegi keja dulu. Pastu selalu bertepek kat umah dia gosip-gosip dengan mama dia. Pegi bazar sama-sama balik keja. Such a wonderful days..

Rindu dengan 'si munyol', alias budak banjar yang perasan comel kat opis aku dulu. Kahhhhh. Sebab dia selalu wat haku gelak dulu even aku stress. (okla, aku jujur part ni je.)

Rindu dengan my dear aimie. Sebab kitorang memang rakan-sehati-sejiwa-dan-seidea dalam apa jua situasi dari zaman uni sampai skang. Miss you a lot gurl. ^-^

Rindu jugak dengan kawan-kawan, bos-bos kat ex-opis dulu. Bertahun kita kumpul kenangan ini.

Rindu dengan orang-orang yang pernah muncul dalam zaman silamku.

Yes. You know who you are. Knowing you for almost 6 years, I never get you out from my heart. We're friends rite?

Even it costs me pain, I'll let it be.


As for others, this is for allllllll of you.



Maaf Zahir & Batin. =)

2 comments:

pendekar mate 1.. :) said...

salam...
moga raya taun ni lg best dari taun lepas...

maaf sgt2 zahir batin..
:p

si melati said...

walaupun da abis tp aku nak ucap selamat hari raya jugak maaf zahir dan batin.....
ayam goreng berempah tu sedap kan..... nyamm nyammm.....