Wednesday, May 30, 2012

ApAkAh??

Salam.

Tak berapa best. Eh. Bukan MyVi. Tapi hidup aku hari ni tak berapa nak best.

Harini entah kenapa, entah bagaimana aku asik melakukan aksi sengal-sengal ubi. First, aku pergi buat kerja kat client site. Macam biase visitor/vendor mesti mintak pass masuk ke bahagian **T. Yang aku agak berangin sepoi-sepoi bahasa tu, pass kad yang dia bagi memanjaaaaannngggg tak bole pakai. Lalu apakah motif aku mengambil pass kad setiap kali datang??? Apakah hanya sekadar prosedur tetapi tiada fungsi????

Ok. Prosedur. Rekod individu yang keluar masuk. Maka berlakulah episod kelabu di dalam hidupku hari ini. Sudahnya aku yang terperangkap nak pegi memana pun susah. Patblas kali swap kad, balik-balik merah. Aku terbalikkan jugak menatang nih.

Nak mintak tolong orang pun segan okkkk. Sekali dua boleh la. Kang banyak-banyak kali mintak tolong orang bukakkan pintu, orang pun bole naik menyampah. So, kesimpulannya agak-agak nak terken****, tahan jelaaa. Maklumla, duk kat server selalunya aku akan 2,3 kali berulang ke tandas.

Sejuk!

Tadi dekat-dekat waktu rehat, orang tak berapa nak ramai kat client site tu. Buat kesekian kalinya aku cuba swap lagi pass kad tersebut. Daannnnnnnnn. Yaaaaaaaaaa! Seperti yang kujangkaaa terjadiii...~(sila baca dengan nada lagu KRU), pintu tu tak terbukak.

GREAT!

Aku pun mengambil inisiatif untuk tekan loceng dekat sorang staf tu(orang tu takda). (Oh, terer tak aku buat macam opis sendiri??). Pas tekan loceng pintu pon terbukak, aku cam cacing menggelupur siap berlari ke pintu.

Tapi yelah. Orang kata langit tak selalunya cerah. Aku sampai je kat pintu, cantekkkk je bunyik 'tett!'.

Eh. Dia boleh terkunci balik.Buat penat je aku gedobos-gedobos lari. Kurang hajaaaaarrr punya pintu. Caittt! =.=

Aku pun buat selamba tapir, balik semula kat meja akak tadi, nak tekan balik loceng tu. Aku tengah pkir kot-kot perlukah aku terbang ke hapa kan untuk keluar dari pintu tu. Cam ci!

Nasib baik ada seorang manusia yang melihat aksi comel bangang aku dari tadi, maka dia pun tolong pegangkan pintu tu sementelah aku menekan loceng. Aku pun tersenyum simpul sambil berlalu. Dalam hati.....&^%#@!$.

On the way balik ofis pulak, aku naik tren. (well, aku kan penyokong tegar kenderaan awam. Sebab tu. hari2 naik tren. Puiiii!). Time nak swap Touchngo kat menda alah tu, dengan bangganya aku swap lesen memandu jenis D aku.

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Apakahhhh???? Aku tak taulah ada orang nampak ke tak. Yang penting aku tak buat dah eye contact dengan orang sekeliling haku. Lajuuuuuu je jalan. Kuang asam. Aku lupa dalam kocek aku banyak ID kad. Opis punya lain, lesen lain, touchngo lain. Balik dari client site tadi aku main selit je lesen dalam poket.

Padan muka haku.

2 comments:

pendekar mate 1.. :) said...

hahahaha...ape la cik ecahh... bonda mcm tu pn bole jadi.. hahahaha

CoOkiE MoNSter said...

Ye.perkara sebegitu memang tak mustahil bole blaku.sekian. =,=!