Friday, August 5, 2011

RaMaDaN DaTaNg LaGi~



Salam.

Saja buat-buat rajin update blog di pagi yang hening ini. Walaupun dah 5 Ramadan, aku nak jugak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semuaaaaaa umat Islam di seluruh dunia, yang kenal ataupun yang tak kenal aku. Kita semua bersaudara anyway... =)

Sekejap je rasa Ramadan menjelma. Terbayang-bayang lagi aku berbolok-bolok pergi bazar taun lepas, tup-tup dah puasa balik taun ni. Pantas sungguh masa berlalu... maka dengan ini kawan-kawan semua, marilah kita beramai-ramai melakukan sebanyak yang boleh ibadah di bulan puasa ini. Sebab amalan kebaikan yang kita buat akan dilipat-gandakan pahalanya. Subhanallah.... rugi rasanya kalau kita tidak berzikir, membaca Al-Quran dan bertarawih... Secara tidak langsung inilah cara kita meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

Eh. Tetiba masuk mode ceramah. Ini nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri aku sendiri...

Anyway, puasa tetap puasa. Blog tetap blog. Arini aku tetap mau tulis something dekat blog, ada orang baca ke takda orang baca ke, ada saya kesah??? hahaha...

Aku nak cerita satu menda yang buat aku rasa nak lempang-lempang muka sendiri laju-laju. Macam ci.... eh. puasa.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 7 , di kala burung-burung berterbangan, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, langit cerah memancarkan cahayanya, aku pun keluar rumah melangkah dengan penuh ayu bertujuan mahu membuang sampah di depan rumahku. Tiba-tiba aku ternampak nenek a.k.a jiran sebelah-menyebelah rumah aku. Aku senyum. Nenek tu pun senyum. Yelah...senyum tu kan sedekah? Tapi senyum je rasa tak cukup pulak hari ni, lalu aku kononnya mahu beramah-mesra dengan berkata,

aku cute : "Dah sarapan nek??" , senyum lagi.

nenek cun: "Hah??", muka nenek berkerut. Barangkali kurang jelas soalan aku tadi di pendengarannya.

aku cute : "Nenekk dahh sarapannnnn??", aku ulang semula soalan tapi dengan makhraj yang lebih jelas supaya nenek tu dengaaarrr setiap butir soalanku.

nenek cun: "Ohhh. Takkk. Harini takda orang jual sarapan la.", senyum penuh makna.

aku cute : "Oh............", (tak perasan lagi)


KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, ada SEORANG MAMAT betul-betul depan muka aku standby motor mahu menghantar adiknya ke sekolah.

KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, SEORANG MAKCIK berdiri depan pintu rumahnya sambil memandang aku dan aku tidak pasti apakah motifnya berada di posisi itu. Sedangkan dia boleh berada di dapur ataupun di bilik menyambung tidur. Tapi yang aku pasti, sudah tentulah dia dengar setiap butir bicara aku dengan nenek tersebut.

Aku senyum kepada mereka. Ya. Aku ingat lagi pesan cikgu aku senyum itu SEDEKAH


Pagi ini bermula dengan situasi yang begitu ironik. Lalu aku melangkah dengan muka tidak bersalah di depan mereka-mereka itu dan terus masuk ke dalam keretaku dengan harapan mereka semua tidak berfikiran negatif terhadapku.

Ya, sekali lagi. Aku PUASA tapi aku TERLUPA hari ni PUASA .

Tragik.

Moral yang dapat dipelajari hari ini : Sepatutnya aku cuma SENYUM tanpa berkata apa-apa. Bak kata lagu tu, "Senyum tak perlu kata apa-apa~". =.='

ps: Kenapa sume orang tak nak hapdet blog niiieeee.....ala. boring la saya takda page nak kondem.


peace yo! =)

5 comments:

pendekar mata 1 said...

hehehehe.....

aimi said...

hahaha... kantoi... mesti makcik tu pelik. ecah ecah..miss you la..huhuhu..

CoOkiE MoNSter said...

aimi~
haha....no komen. Lantak pi la apa macik tu nak pkir. aku memang pose that day....entah cemana aku lupa LANGSUNG pasal puasa.

=.="

miss u too!=)

lady-D said...

haha..selamba je tnya dh breakfast ke blum..

aritu tnya dla amik seni grafik ke apa kan?xlahh, dulu amik archi, time2 bosan je tu melukis..

CoOkiE MoNSter said...

d_LA~

oh..patutlah terer lukis-lukis nih.. hihi. lain kali lukis muka sy agak2 boleh tak?? haha..^-^