Friday, May 20, 2011

BiLa BegEdil BukaN LAgi BEgEdiL


Salam.

Ecehhh...tiba-tiba mood makan datang kan. Haruslah. Dua-tiga-menjak-melahu-kat-opis nih, tiba-tiba rajin nak survey resepi masak-masak kan. I memang pandai masak (dia tipu!!), tapi saje je nak asah skill memasak dan menambah ilmu pengetahuan dalam dunia masakan. Boleh bagi impress bakal mak mentua.

Puhahahaha!

Ini sebenarnya eksperimen ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab kat internet nampak cam sodaaaaaappp jo. Den pun buek laaa... Kebetulan adik aku baru beli kentang sebanyak-banyak tidak hari tu. Kat rumah cuma 2,3 ketul je manusia. Beli kentang macamkan nak buat kenduri.

Okeh. Takpe. Biar akak setelkan kentang-kentang tersebut.

First eksperimen, adik guwa nak buat wedges. Konon-kononlah. Kita sebagai kakak haruslah memberi sokongan moral yang padu kepada adik yang berkobar-kobar mahu masak kan? Aku tolonglah bancuh tepung goreng ayam (tepung kepsi), adik aku tukang potong-memotong kentang. Then, goreng-goreng aku serah ke dia.

Hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Sungguh mengagumkan.

Wedges yang ditunggu, keledek goreng keras pula yang timbul. Puhahahaha. Aku dah agak dah, kalau adik lelaki aku yang masak, objek masakan mesti tak banyak sikit ada unsur kehangusan di situ.

Tapi takpe. Akak inventkan resepi lain untuk adik ye??

Next day (kalau tak silap), aku pun potong kentang banyak-banyak buat french fries. Gaul dengan tepung kepsi pastu gorenggg. Jadi bekal pegi keja. Dah setel separuh dari kentang yang seguni tu.

Lepas tu, geledah kat google cari resepi begedil pulak. Dalam gambar, memang nampak begedil kentang tersebut sangatlahhhhhh sedap kauuu. Maka aku pun try buat. Tapi dalam resepi takde guna sebutir tepung pun. Eh, tak pecah ke dalam kuali bila goreng?? Tapi takpe, aku buat jugaklah ikut resepi.

Maka inferens aku tadi memang tepat. Ye. Begedil-begedilku menjadi serpihan-serpihan kentang dan bawangan yang bertaburan di dalam kuali.

-.-"

Then, baru aku golek-golekkan dengan tepung, then celur dengan telur. Barulahhhh ada rupa begedil seperti di atas. Rasa pun sipi-sipi je sebab aku guna kentang dengan bawang je. Segala daun, daging ayam apa sume nan adooo. Jangan tanya napa tak letak. Sensitippp.

Kira okeylah tu untuk percubaan pertama kan...misi memanipulasikan kentang sukses!

RanDom



I am truly glad you are not with me. I should've known you were too good to be true.

Tuesday, May 10, 2011

WeLL..ThaT's TruE

cute quotes Pictures, Images and Photos

Salam.

Selamat hari ceria. Semoga semua orang akan ceria, gembira, cool, tenang, cunnn saja hari ini. Jangan runsingkan fikiran anda dengan masalah-masalah yang selalu melingkari diri anda.

There's always a way out. Dun worry bebeh!

Baru-baru ini seorang kawan saya yang anggun bernama Aimie ada komen mengenai blog saya. Okay, to be specific she was talking about my music gadget on the right side of this page. I'm well aware that not everyone likes those music like I do. But... ada saya kisah??

Hahaha~

Ok2. I'm just kidding. Jangan marah cayang k? Well, good people out there, if you think that the music annoys you or something like that, please... just pause it. I'm sorry for even bother you to pause-play the gadget. But, erm...yeah. And sometimes I prefer listening more on K-Pop (Korea-Pop genre), so forgive me for giving you some kinda 'starstruck' when you opening my page. (-.-")

But, it's fine now because I'm moving onnnnnnnnnnnnn the Maher Zain's songs and malay songs. So......erm..you know-lah. It's a bit differ from K-Pop. Hope you can stand it, at least. ^-^

By the way, my K-Pop songs are still there. Beware of the striking-heart-stopping rhythm!! ^-^

At last, but not least..thanks for your continuous supports and feedback! (ecehhh....bajet ramai je nak tengok blog kauuuu?) Saya kisah apa kan??

Okay, daa~ Masa berpoya-poya dengan blog sudah tamat. Get back to work!

Monday, May 9, 2011

No TiTle

cute quotes Pictures, Images and Photos

Saya lupa. Maafkan saya. Saya betul-betul lupa. Janganlah marah saya yang kerdil ni. Janganlah merajuk dengan saya. Saya tak sengaja.

Saya lupa nak kejut awak subuh tadi.

Puhaha.

So sorryyy....

ps: i'm always thinking of you. i mean it.

Friday, May 6, 2011

I'm KindA..

fallen... Pictures, Images and Photos

Salam.

Sihat semua? Saya tak sihat. Pagi-pagi perut dah meragam. Ni mesti pelam semalam sebab-musababnya. Tak pun coklat. Malam tadi cuma makan dua menda tu je (apesal aku cerita menda nih??). Okay, mungkin kesakitan perutku akan mempengaruhi gaya penulisan entry ini. Harap boleh faham. Ngeeee~

Semenjak dua menjak nih, aku selalu datang awal ke opis. Bukanlah aku rajin sangat nak datang awal. Aku kena hantar dua orang 'anak' aku pegi sekolah sebelum pukul 7, maka dengan otomatiknya dengan aku-aku sekali pergi kerja awal. Kelasss kau mariaa! Eceh. Tiba-tiba je perasan jadi pekerja yang berdedikasi dan kompeten. Buwekkk!

Tapi yang tak bestnya, ada sorang uncle tu dah banyak kali tegur aku.

'You tak balik rumah ke??'

'Balik la uncle'

'Saya tengok lu hari-hari manyak awal datang?? (lebih kuranglah ayatnya)'

'Saya baliklah uncle. Tengok baju saya hari-hari lain maaaa (-.-")'

Mereka sangka aku berhibernasi di opiskah?? Sungguhpun aku 'kompeten' namun hibernasi di opis tidak sesekali. Haaa kauuuu....ada paham ayat guwa?

Jap-jap. Aku baca balik ayat aku. Oke2..dah paham. (tampa je)

Neway, tak banyak menda berlaku dalam hidup aku. Hari-hari lebih kurang sama je. Takda aktiviti berkelah di air terjun mahupun menonton wayang. Kalau buat diari pun, buat perabih kortas jooo. Membazir. Masa malam adalah jangka masa yang paling pendek. Pukul 10 je selalunya aku dah pengsan. Kadang-kadang tu lepas solat Isyak, pukul 9 dah bam. Barangsiapa yang memesej atau mengekol aku di kala itu, maka ketahuilah kamu aku sudah tidur. Heh.

Sepatutnya aku mesej someone, tapi sebab aku selalu tido awal.....so...erm..macamtu lah. Siang-siang dia bizi macam mesin fotostat, malam-malam line 10-11 malam baru nak mesej haku. Aku nih dahlah masa tidur line-line baby.

Hahahahahahahaha~

Dan selalunya mesej-mesej dia aku baca esoknya (Apa jenis gaya memesej ntah aku pun tak tahu. Hari ni mesej, esok reply). That's make me moody. So that, aku saja carik pasal dengan dia. Hehe~

Cheappp!

Oklah, nak melantak dulu. Adios!