Perkara mendatangkan amarah aku tidak kurang 2 saat:
1. Balik rumah dalam keadaan hendak 'terbuang', pintu dan gril berkunci, kunci dalam beg yang bercampur-baur dengan alat mekap, pen, buku nota, kerongsang dan sebagainya. Means aku akan main lucky draw dalam 5-10 minit hanya untuk mencari kunci.
2. Tengah drive sedap-sedap, tekan speed laju-laju. Lepas satu simpang, tiba-tiba member sebelah ko cakap "Hey, pesal u tak masuk simpang tadi??? Kan kita
nak pegi Giant????". Jalan yang kau masuk tu pulak one way. Ambek 5 jam nak pusing balik simpang tadi.
3. Taip panjang-panjang dekat sepuluh page di Microsoft Word, tiba-tiba black out.
Dokumen adalah tidak di save. Nak hantar esok.
4. Carik pengetip kuku tak jumpa-jumpa. Padehal baru semalam ko terpijak menda alah tu atas lantai. Masa tak dicari barang tu muncul di mana-mana, masa dicari time tu lah dia tiba-tiba ghaib. (biaselah tu..)
5. Yang lain aku tak leh pikir lagi sekarang.
PS: Masa buat entry ni, aku sedang mendengar lagu No Other nyanyian SuJu. Dong-Hae Oppa punya kiut tu, guwa cakap lu..menikam kalbu sungguh. Ahaks..=)
Salam Jumaat, penghulu segala hari..=D
4 comments:
lagu tu memang sangat best. :) sampai jadi phone ringtone. haha.
hehe....of cos la...mesti sebab dong-hae oppa sy nyanyi kan???
haha.
hahaha... oppa yer?
yerrrr.....anda jeles kah??? haha..
Post a Comment