Thursday, December 31, 2009

2010..SeMoGa LeBih BerJayA ~

Salam.

Tak sangka hari ni dah 31 Disember 2009. Esok dah masuk tahun 2010. Heh...tiba-tiba terasa diri makin tua. =.=
Walaupun aku muda lagi kan...(nak jugak tuuuhh).

Aku dah lama tinggalkan karangan Bahasa Malaysia. Jadi rasa macam ayat sedikit tunggang-langgang. Maafla, aku tak 'pro' macam Cik Isnanie dalam buat ayat berasaskan kamus dewan. ^-^

Tahun ini genaplah blog aku yang 'kiut' nih 2 tahun. Walaupun jarang update tapi blog inilah penghubung aku dengan kawan-kawan. Dulu, motif blog aku hanya untuk melepaskan segala masalah dan stress. Tapi masuk tahun 2008, aku sudah mula meracun kawan-kawan aku join komuniti blogger. Tak perlu aku beritahu siapa mereka-mereka itu. Kamu tahu siapa kamu. Antara mereka ini yang pernah aku highlightkan
dalam entry-entry yang lepas adalah Kojah. Silalah klik link di sebelah kanan ini kalau kamu masih tidak kenal siapa Kojah.
Dia dah jadik lebih dari pemblogger tegarrrr okkkk. Hebat. Kojah antara blogger yang selalu aku buat follow up.

Dalam bulan 5 tahun 2009, aku menyertai komuniti di sebuah jabatan dan bertemu kamu, kamu,kamu dan ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa menceriakan
hari-hariku sepanjang tahun 2009. Sungguh. Aku terlalu rindu pada kamu semua. Semoga kita ketemu lagi jika ada rezeki. Jika diberi pilihan sudah tentu aku tidak mahu berganjak dari sini. Tapi hidup ini menuntut kita membuat pilihan yang sukar.

Dan di sini jugalah aku bertemu kamu. Kita menjadi rakan seperjuangan di dalam dunia KPop dan JRock. Bermula dengan blog kamu kita menjadi semakin rapat.Kawan, kita terlalu banyak persamaan. Dunia pekerjaan di jabatan ini semakin indah apabila kita mempunyai rakan-rakan yang punya 'sesuatu'yang sama. Terima kasih untuk itu. Dunia blogger dan muzik mendekatkan kita. Aku berharap kita akan selamanya
begini. Sentiasa 'dekat' dengan KPop dan JRock (entah kenapa aku rasa nak menangis bila taip).

Tak lupa juga pada seorang rakan blogger merangkap rakan seuniversiti dulu. Kamu selalu ada apabila aku memerlukan kamu. Terima kasih juga pada kamu kerana tidak jemu-jemu berada di sisi. Entry-entry kamu yang selalu bermula dengan perkataan 'Kisah' itu selalu aku ikuti. Terasa seronok menghayati bait-bait kamu yang sentiasa ceria tidak kira masa itu. Teruskan usaha menjadi
blogger yang lebih tegarrr. ^-^ Ops, rakan blogger Hantu Kucing pun tidak ketinggalan. AKu juga rindu pada kamu. Lebih-lebih lagi
pada lagak kamu bila ternampak kucing. Aku masih ingat kenangan 6 bulan bersama kamu. Rindu.


Maaf aku tidak mampu untuk menyebut rakan-rakan blogger yang lain di sini. Terlalu ramai dan percayalah, allll of you are precious to me.


Aku tengok jam. Lagi setengah jam jarum pendek menjejak ke angka 12.


Tiba-tiba rasa makin sedih. Terasa seolah-olah 'sayang' meninggalkan tahun yang 'bersejarah' ini. Namun, our life must be go on.

Disebalik semua kegembiraan yang kamu semua 'hadiahkan' dalam hidup aku, ada juga kenangan 'selumbar' yang terselit. Sesuatu yang aku jaga selama 4 tahun musnah
pada tahun ini. Itu rahsia.


Aku redha.


Harap kamu bahagia walau di mana kamu berada.

Dan akhir sekali buat semua rakan-rakan blogger, ofismate, housemate, dan lain-lain yang mengenali diri ini, ku ucapkan Selamat Tahun Baru Teman!

~ Selamat Datang 2010 ~

Friday, December 25, 2009

SePaRuh JiWakU PerGi

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka


Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku


Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku


Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu


Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


BENAR KU MENCINTAIMU

Thursday, December 10, 2009

I' LL ReVEaLe It To yOu

Aku bakal merindui ini. Aset-aset di mejaku. (Aset-asetkah???)


And frankly speaking, I'm late this morning because of this.

Aku ada satu rasie. Masa dulu-dulu, aku suka buat wish cards sendiri. Walaupon tak cantek tp i'm glad i made it. Time duk asrama, we have this addicts, nak balik kampung ke, nak exam ke, birthday ke mesti nak buat kad-kad segala. Tulislah wish-wish gudluck ke hapa semua dalam kad tuh. Masa itu semua home-made, tak main la beli-beli. Haha...^-^

Sampai sekarang aku simpan semua kad-kad yang pernah kawan-kawan aku bagi masa sekolah dulu. Aku rindu dengan tulisan tangan dorang. Masing-masing unik. Tak sama. That's the difference between those cards. So, aku akan merindui mereka setiap satunya.

Sampai nak pos surat pun, aku pakai sampul surat sendiri. Mulalah envelope aku berwarna-warni, kadang-kadang siap ada gambar (pasal aku kebas magazine). Yela. Itu dulu-dulu. Waktu sekolah-sekolah. Sekarang boleh ker??? Ceh. Dah lama tak guna khidmat pos sebab dah ada email dan segala alat komunikasi lain.

And now. Just because of some reasons, I made those cards again after so many years.

Owhh...don't say it. Aku tau tak cantek mana. Tapi ini 'mahal' tau.. kamu takkan dapat di mana-mana kedai sekalipun sebab ia adalah home-made cards. Bukan senang aku nak buat menda alah ini semua. Aku rasa hepi dapat buat sesuatu dengan tangan sendiri. Hope kamu tak kisah yea...ini dibuat dengan segunung kasih sayang dan keikhlasan (tak bole blah ayat.) ^-^


Ini untuk pemblogger terdekat and team-matesku.

You know who you are.

Owh...satu lagi, kawan-kawan Team BTM yang lain, aku dah hadiahkan list BTM-mates semalam. Itu satu hadiah. Kad yang aku buat nih spesifik untuk team-mates projek. So, don't argue about it. Hehe...

ISU daLaM ISU..

Salam.

Harap-harap semuanya sihat2 je...lama betul aku tak hapdet blog. Tau baca blog orang je. Eh, okay la what. Even tak hapdet pon, aku still menskodeng blog kamu, kamu, kamu yang balik meja itu, dan kamu. Ramai lagi. Buat masa ini aku terlalu sedey untuk meninggalkan rakan-rakan seperjuangan. Tapi kita harus tabah. =)
Selepas aku, ramai lagi bakal menyusul.

Selasa lepas (8/12/09), dekat jabatan kami ada meeting. So, siapa-siapa yang terlibat dengan projek banci kena hadirkan diri dalam meeting tersebut. Kami-kami yang 'freshies' ni bukan buat apa sangat pon. Aku rase dari awal sampai ke sudah aku asik makan je. Kejap karipap, kejap kueh cam pulut-pulut tu (nama kueh tu aku tak tau). Dengar pon gitu2 saja lah. ^-^ Semua SA (System Analyst) memang dah tentu kena buka mulut kemukakan ISU berbangkit atau tak.

Kami yang F41 tak tetap lak sibuk wat ISU sendiri kat belakang.

"Eh, karipap ni sedap gak"

"Ko makan banyak, basuh piring tu nanti"

"Bila nak habes meeting ek?"

Ayat tak bole blah. Bukan apa...rasa macam kalau SA je yang datang pon dah cukup. SA je dah boleh kemukakan apa yang ada, apa yang tak kena dengan sistem. Walaupun kami yang develop sistem itu,tapi semua butiran kami dah submit pada SA masing-masing. Kira kami datang tu pun just untuk jadi back up pada SA, kot2 la Timbalan Pengarah nak tanya soklan-soklan mencabar minda ke kan.. So far, takda masalah sangat dengan team aku. Cuma ada 1,2 perkara je yang perlu ditambah berdasarkan hasil perbincangan SA aku.

Cian kat Cik XTreeMore, lepas aku n Cik Isnanie kuar nant, terpaksalah dia handle sistem tu sorang-sorang. Takpe2...Malaysia Boleh! Cik XTreeMore boleh!
=)

Ok, abes cerita fasal kerja.


Dalam belek-belek blog Isnanie semalam, aku terbaca komen someone iaitu Mazidul Akmal Sidik kat ruangan komen entry Bak Kut Teh.
Waaahhhh....! Terkejut dik non bace. Hehe... Ntah macam mane ISU Bak Kut Teh boleh sampai ke personaliti ini. Habislah Cik Isnanie pulak yang jadik ISU lepas ni.
Hehehe... Maka dengan itu, reader-reader semua, marilah kita menantikan rancangan 360 yang akan datang. Kot-kot terselit nama blog cik Isnanie dalam tu, mana tau kan?
Walaubagaimanapun (tak bole blah perkataan), aku rase memang baik pun Cik Isnanie buat entry fasal Bak Kut Teh. Sebahagian orang-orang kita kurang prihatin hal-hal macam ni. Kalau jumpa depan mata pun, wat tak tau sudaaa... maka bercampurlah halal dan haram.

Baru cerita ISU Bak Kut Teh, tak masuk lagi ISU makanan-makanan yang diragui status halal-haramnya tapi ramai je yang beli. Aku nak sebut pun malas fasal korang pon mesti tau cerita-cerita dalam newspaper kan? hehe..Aku rasa tak payah la aku nak 'ulas' ISU entry Cik Isnanie lagi sebab semua orang pun boleh baca kat blog dia sendiri dengan panjang lebar dan jelas tanpa dengung.

Abes cerita.

Then, semalam team aku dikejutkan dengan ISU dari user. Ada sesetengah data tu tak boleh dipaparkan melalui sistem. Cik xTreeMore pun dah pucat dik non tengok. Cepat-cepat panggil team member lain. Check punya check, sistem tak ada masalah pun. User cuma 'tersalah faham'. Dah explain-explain kat SA, setel. Buat gempak je... So far, tak banyak ISU serius timbul, semua minor je.

Kalau korang perasan kenapa aku banyak guna perkataan ISU kali ni? Agak-agak kenapa?
Waktu kami ber'meeting' selasa lepas, SA-SA berbincang dekat depan, kami pasang telinga kat belakang. Kot-kot kena tanya, tak lah ternganga-nganga tak tahu kan.

SA1 : "Berdasarkan projek percubaan yang lepas, kamu boleh kemukakan ISU yang timbul sepanjang proses banci"
SA2 : "Okey, kat sini kita dapat capture beberapa ISU yang timbul. First..blablabla..second..blabla.."
SA3 : "ISU yang first tu kalau kita blablabla.."
SA4 : "ISU...blabla...ISU..blabla..."

Then, Cik Isnanie kata,
"Kat sini SA biasa guna perkataan ISU kan untuk refer pada problems? Kat tempat keje lama kite dulu pakai perkataan problem jek"

Barulah aku cam terperasan. Mesti korang rase ISU pasal ISU pon nak cakap ker??
Iyaaa....pada kami ini sesuatu ISU yang besaaarrr.. hahaha!

Maka, bermulalah era penggunaan ISU dikalangan kami-kami hatta diluar meeting sekalipun. Hahaha...!
Geng-geng BTM Jabatan kami, yang mana Cik Kuki, Cik Isnanie n Cik XTreeMore???

PS: Lepas ni aku dah takde geng-geng nak kongsi feeling2 KPop dengan JRock..apakah??.T-T

Wednesday, December 9, 2009

AkU WaNiTa BiASa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..


ps: ohh..jangan tanya kenapa lagu ni yang naik. Memang hobi aku menghapload mane2 lagu yang aku suka...da~

Monday, December 7, 2009

JAnGAn MenCAri TerLAlu 'SeMpuRna'

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Thursday, December 3, 2009

KeTikA CiNTa BeRTaSbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta