Thursday, November 5, 2009

TaRaAAaAAAaaa!!!

Salam.

Tiba-tiba rasa nak update blog lak kan. Nak story sikit la.

Semalam ada jamuan perpisahan merangkap jamuan cover raya arituh. Biaselah, kami memang anggota yang bijak berjimat-cermat dan gemar melakukan multipurpose occasion.
Tema merah-hitam. Tapi yang melekat kat badan aku haram takde warna hitam pon.
Merah-putih lagi adelah. Tapi tak kisahla kan...ada jugak warna merahnye?

At first, kitorang 'dipaksarelakan' untuk buat persembahan untuk jamuan tu. Selepas berbincang, ditolak campor darab bahagi...keletang-keletung,last-last kitorang decide nak buat medley je, antara lagu-lagu yang 'bertuah' untuk di'medley'kan adalah
Seiring dan Sejalan, lagu lemon tree, gadis dan bunga dengan laskar pelangi ke hape tajuknye. Aku pon tak tahulah. Ko jangan bajet aku nak sebut tajuk lagu la, pasal aku memang tak tahu tajuk lagu.

Lainlah kalau ko tanya tajuk lagu SNSD, Super Junior ke, 2 pm ke Laruku ke...eh, terkeluar tajuk pula tuan-tuan dan puan-puan ye. Berbalik pada isu awal tadi, kitorang pun practicela medley-medley ni sumer bagai nak rak. Pitch terabur. Gerak-gerak tu sumer janganlah tanya, masa limited, sure kompem nangis korang tengok. Ikut sedap kaki dengan tangan je nak gerak ke mana, konon-kononnye nak buat seragam cam boria gitu. Haraammmm...agaknye programmer memang fail bab dance ni. Alah...goyang-goyang bodo jela.. bukan buat gaya Yunho dance pown.

Tapi...takpelah. Kami memang redha melakukan medley tersebut walopon huru-hara kan? Just have fun jela. Why not??

Last-last minit persembahan tu kensel. Bagus jugak. Hehe.....menjatuhkan air muka je nak perform dengan segala keteraburan yang ada. Ada hikmah disebalik sume ini. Alhamdulillahhhh... Dengar cerita group staf yang lain buat dance-dance gempak gitu. Memang fullamak la. Tapi tak dapatlah aku nak tengok diorang perform pasal dah kena kensel. Terima kasih ye kerana membatalkan persembahan tersebut.

Then, selain agenda makan-makan, kitorang telah 'menganjurkan' aktiviti bertukar hadiah. Ala, macam romeo-juliet gitu la. Cuma tak bagi face-to-face jer. Kitorang cabut nombor, pastu nanti sila hambek hadiah anda dekat meja hadiah yang telah disediakan. Bukan main hambek je yer tuan-tuan, sila refer nombor cabutan anda dengan nombor yang dilekat dekat hadiah. Kalau match,sila hambek.
Kire kalu buat koding, kena memenuhi condition :

if($noCabutan == $noHadiah)
{
echo "Sila hambek hadiah";
}
else {
echo "eh2, sila masuk loop ke hape, jangan nak men hambek je hadiah orang. Tampa kangg";

}

Err....sila abaikan coding tersebut. Aku pun carik jugak hadiah aku. Dok punggah satu tempat tuh tak jumpe nombor 47. Ah sudahh... Duk punggah meja ke meja, tuuuu diaaaa kat nunnnn meja keempat sana baru jumpe.

Nampak besar, mesti best hadiah dier. Dengan penuh semangat nasionalisme aku koyakkan pembalut tuh. Iye, bukan reti-reti nak bukak baik-baik.


Thennnn, taraaaaaaaa!!!! This is what I got?

...



...



...






Ape motippp???

5 comments:

is-nanie said...

Wow... siap ade coding.. programmer tegar.. haha..
Kalo ikutkan hati.. cam nak cadangkan lagu 'Say Your Dream' by Glay.. Kang tak psl2 kene bashing lagik.. huhu..
Mase skolah2 menengah pon dah xde buat persembhn nyanyi2 dpn laki.. apentah lagi nak goyang2 kan badan.. hishh... masa dah keje, terpakse lak.. nsbaikla tak jadi. kalo x.. mmg 'hari ini dlm sejarah' la.. hehe..
nsbaikla dulang hantaran tu dpt kat org yang memang nak plan kawen thn depan.. kalo dpt kat is.. haru sungguh.. hahahaha..

CoOkiE MoNSter said...

tak agak-agak macik itu nak bagi hadiah....T-T...dalam jutaan objek di dunia ini, kenapa DULANG HANTARAN dijadikan pilihan??? Aaaaaa....

ye,sy mmg pasti is sgt2 bersyukur tak dapat DULANG tu. Kejam sungguh..

shaz haza said...

hahaha. lawak sungguh.
dulang hantaran?? kali pertama baru jumpa ni. :p

jgn dibwa ke rumah kak da sudah.
jimat 1 dulang masa ecah tunang ke kahwin ni. jimat kos ni. hehe.

raxm raxis said...

bgos tol adiah dia..hehekeke

CoOkiE MoNSter said...

shaz haza ~
tula pasal....ni cam petunjuk je nih suh kawen. hahahahahahaha!

raxm raxis ~
'mmg bagus' adiah dier. tgah pkir nak humban kat ne nih..hehe