Friday, November 30, 2007

Tazkirah for today..

Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari shj lagi-hari ini.Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini shj,seolah -olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.dengan itu,hidup anda tidak akan koyak rabak di antara gumpalan keresahan ,kesedihan dan luka parut masa lalu dengan bayangan masa depan yg penuh keraguan
Jika anda percaya pada diri anda,dengan semangat dan azam yang kental,anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip"aku hanya akan hidup hari !"
Prinsip ini akan membuatkan anda sibuk pada tiap -tiap saat
supaya sentiasa memperbaiki keadaan,mengembangkan semua potensi dlm diri dan mengikhlaskan setiap amalan kita.jika kita hanya diizinkan hidup hari ini shj sudah tentu kita akan berusaha sekuat tenaga utk taat kepada Allah,mengerjakan solat sesempurna mungkin,membekali diri dengan melakukan solat sunat dan melakukan segala perkara yang mendatangkan manfaat buat kita
"hari ini kepunyaan aku"merupakan ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagian",kamus bagi mereka yang ingin menikmati hidup yang paling indah dan menyeronokkan.

1 comment:

misha amelia said...

assalamualaikum wahai saudari aisyah... namamu umpama siti aisyah isteri nabi... hasil nukilanmu.. melambangkan keperibadianmu... sudikah dikau menjadi aisyahku???