Monday, December 31, 2012

eNd Of 2012 ~

Salam.

Amacam hari ni hari terakhir dalam 2012? Mesti ramai yang pergi dataran, tak kurang juga yang keluar beramai-ramai nak sambut tahun baru. Masa semakin cepat bergerak. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2013. Umur pun semakin meningkat. Ek hem. Rasa tak percaya aku dah menetap dan bekerja di KL selama setahun. Pejam-celik-pejam-celik tiba-tiba dah setahun. Oh. Serius rasa masa begitu pantas berjalan.

Apa yang dah terjadi dalam tahun 2012 nih? Owh, rakan-rakan sekalian. Banyak ye. Sangat banyak. Tahun ni hidup aku berputar 380 darjah. Dari kehidupan yang serba normal ini sampailah kerjaya. Macam-macam terjadi. Ada yang best, ada yang kurang best? Tapi yang paling nyata 2012 terasa begitu pantas sebab aku selalu sibuk dengan kerja kot. 

Aii....kenapa aku mengantuk sangat nih? Baru pukul 10.30 kot..

Tengah-tengah menaip layan pulak cerita Kungfu Hustle. Series, best gila cerita nih. Tengok namblas kali pun, aku mesti nak gelak gediksss. Hahahaha.... eh. Pelik betul aku. Sok cuti belum plan nak buat apa lagi. Dalam perancangan mau pergi Mid Valley. Mengimarahkan lagi Mid yang memang sedia sesak itu. Selebihnya hanya bertujuan melapangkan minda dan mengisi masa yang terluang. Daripada duk lepak berhibernasi laksana panda di rumah, ada baiknya kiranya hamba berjalan-jalan ke sana. Mana tahu terserempak dengan jodoh? Eh.

Ek hemmm.. 

Wahhh.. Sambil-sambil naip nih pun aku sempat sambar roti. Ya. Memang hobi aku makan tatkala mengantuk atau boring. Nanti gemuk?? Oh, aku sedia maklum. Usah dikau kabarkan lagi sebab dan akibatnya. Aku pasrah. Hahahaha.. Emm....sume cerita aku tersasar dari tajuk cerita. =.=

Apa-apa pun, selamat menyambut tahun baru semua. Yang kenal atau tidak, ikhlas dari diri ini memohon sejuta kemaafan jika ada salah silap sepanjang kita mengenali antara satu sama lain (kalau kenal). Dan macam biasalah, you know who you are. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dan lebih keberkatan dari tahun-tahun yang lepas. Insya Allah...

Mode : Expressionless. o.o

it's actually true.

Thursday, December 6, 2012

FriENdS, LovE & HaTe

Salam.

Rindu. Okey, bukan nak jiwang karat kat sini. Tapi sebenarnya aku rindu sangat dengan hidup aku yang dulu. Tenang, damai, aman, bahagia.. It's priceless. Dikelilingi kawan-kawan yang memang superb, kelakar, kadang2 annoying sampai malam nak tido pun aku gelak bila teringat. Korang tau tak aku selalu rindu korang nih? (hover ko..).

Bila berubah angin nih, duduk kat kota metropolitan (ewah!), serba-serbi pantas, bizi bak mesin fotostat yang tak abes2 jalan, mulalah aku rasa seolah-olah aku takda life. Hidup berpusar-pusar dalam kerja, opis, kerja, opis, mid valley.. Eh.

Senang cerita tak macam dululah. Pada aku kawan-kawan yang baik dan berharga adalah bila dorang takda di sisi kau, kau akan teringat-ingat pada dorang. Kau akan balik-balik rindu, balik-balik gelak sengsorang bila teringat lawak sengal dia, pastu rasa nak terbang dan-dan je kalau boleh jumpa dengan dia. Haih. At least that is the definition of FRIEND to me. Rindu sangat sampai kadang-kadang rasa nak nangis. (Akukah yang over-dramatic??)

Duduk di tempat berbeza, dengan orang-orang yang berbeza, kau akan nampak perbezaan antara setiap individual. Ada yang kau suka, orang tak suka. Orang suka, kau lak tak suka. Perangai manusia kan bak pelangi. Semua warna ada. Kalau semua orang suka kaler biru, sape nak suka lagi 6 kaler tu? Betultak?? Lepas tu, 'lagi best' bila ada macam-macam perangai.

Senang cerita macam kau suka minum teh cap naga dengan makan kueh ketayap. Tapi orang lain suka minum oren dengan makan spageti. Kau ikut suka kaulah, aku ikut suka aku? Yang paling best tu, orang lain paksa kau minum oren dengan makan spageti. Kalau kau tak ikut, kau sangatlah out-dated or lebih senang cerita kau automatik jadik spesies pesal-kau-sorang-tak-minum-oren-dengan-spageti-ha-???.


Eh.


Wadehelllll.


Padahal kau tak suka? So why on earth dorang nak paksa-paksa menda yang memang jelas dari azali kau tak suka kan??? Kalau kau tak minum oren dengan spageti dunia akan kiamatkah???


Lebih kurang macam tulah...


Nak tau? Bila dah jumpa macam-macam spesies ni barulah korang akan belajar tentang orang lain. Barulah korang akan sedar kewujudan-kewujudan spesies yang korang tak pernah jumpa. That's life. Just be yourself la. Negara kita masih mengamalkan demokrasi. Semua orang bebas bersuara dan melakukan apa sahaja as long as tak melanggar syariat dan undang-undang negara.

Simple kan?

Tak setiap masa kita akan jumpa kawan-kawan yang 'sekepala' dengan kita. Ada yang macam ni, ada yang macam tu. Adatlah. Tapi most of orang-orang yang aku jumpa okey, cute2, hensem2, baik-baik belaka jasmani dan rohani. Kan??


Ek Hemmm.


So, kita take yang positive, drop the negative. Kalau kau nak dengar segala haru-biru jadah haram yang negatif dalam hidup kau, percayalah nescaya 'wayar' kau jugak yang short ujung-ujung kang. Senang, when there's something negative approach you, just ignore it. Stabilize yourself. Tak payah dengar sangatlah apa orang lain kata. Who are they anyway???

Kalau kau tak larat dah, kau bakor je menda yang buat kau stress. Abes cite.



Peace. yo!