Wednesday, November 3, 2010

Angan dan Berangan

Alangkah indahnya dunia ini sebijik Wonderland. Semuanya cantik-cantik. Semuanya magis. Semuanya menarik. Lepas tu ada ulat beluncas yang besar siap hisap cerut atas cendawan. Boleh berbual-bual..

Eh. Mengarut.

Apa yang bestnya kalau berbual dengan ulat beluncas??? Gilakah??? Lainlah kalau berbual dengan DongHae Oppa ~ Haha ~

Masa kecil-kecil dulu (sampai besar pun kadang-kadang), aku selalu berangan kan ke best kalau aku tinggal dalam hutan yang aman dan harmoni sebijik macam dalam cerita 'The Cave Of The Golden Rose'. Cerita ni sebenarnya adalah siri fantasi Itali. All about princesses, princes, witches,wizards dan haiwan-haiwan yang boleh bercakap. Dikeluarkan dalam tahun 1991 hingga 1996. Masa tu aku kecik-kecik lagi. Haruslah aku terpengaruh.


Tapi cerita tu memang superb. Pehh. Ada cendawan bercakap.
Angsa bercakap. Hutan dia pun macam taman bunga. Rumput stail rumput karpet. Kau boleh baring bergolek lagi. Bukan jenis hutan hujan tropika eh. Lepas tu ada sungai yang airnya jernih. Siap nyanyi-nyanyi tepi sungai ambik feeling. Heaven. Kalau aku kat tempat macam tu, haruslah aku yang jadi Fantaghiro. Puteri bongsu raja yang ada angsa magik. Agak-agak lapar je, "Angsa magik! Sila keluarkan Mekdi sekarang!"


Hahahaha ~ ~


Dan kalau dah ada puteri tu, mestilah ada puteranye, Romualdo. Hoho. Tapi kan aku macam lagi suka dekat lelaki yang jadi anak Black Queen tu iaitu Nicholas Rogers. Gorjessss okk???? Nama dalam drama, Tarabas. Aku pun tak pasti tang mana datangnya
gorjes dia tu. Mungkin takda sebab. Dia cuma hensem je. Err.

Dulu-dulu masa cerita ni tengah femes dekat tv, memang akulah yang pertama sekali bersila depan tv. Dan-dan nak start tu, aku pegi serbu dulu.
Best gilaaaa layan cerita ala-ala fantasi (tu asik berangan >.>).



(DongHae Oppa, Walau macam mana sekalipun, saya tetap suka dekat awak. Harhar..)

~ DongHae Oppa ~
He looks so dem gorjes even when he's sleep. *faint*

Monday, November 1, 2010

Memang aku emo

Oh. Malam ini sangatlah bosan aku rasa. Bila dah bosan-bosan, tercongok sorang-sorang ni aku mulalah nak emo tak tentu pasal. Laptop depan mata dengan kadar broadband yang sengal-sengal ubi speednye pun sudah tidak memberi efek pada aku. Paling tidak kalau sudah bosan sangat cam siput, aku online ym. Atau fb.

Tapi sekarang bukak fb pun sudah tak 'menyengat' jiwa raga aku lagi. Kadang-kadang tu lagi bosan adalah. Tengok menda yang sama je. Takda apa yang menarik ponnn. (Tapi ko bukak juga kannnn...muahahaha!). So, aku start plan B. Dengar lagu lak. Lagi-lagi skang tengah femes lagu Rossa yang baru tu. Aku pasang kat laptop sampai laptop tu mintak nyawa kat aku. Sampai petang dengar lagu yang sama je. Tiba-tiba feeling-feeling aku yang dalam klip video tu. Oh, series. Sebijik macam cerita aku dulu. *sigh*

Pesal semenjak dua menjak nih sume lagu yang kuar lagu sedey??? Saje je nak bagi aku emo lebey-lebey.

Tapi kalau aku fikir sampai kali yang ke-142, apa yang berlaku selama ini ada hikmahnya. Yelah, bila kau dah ditinggalkan orang yang paling kau sayang, baru kau tahu betapa tingginya nilai cinta tu kan? Baru kau nak tersentak, tersedar yang betapa bertuahnya kau pernah memilikinya. Tapi nasik sudah jadi bubur.

Tapi bila orang yang kau sayang tu tinggalkan kau sebab ada 'orang' (perempuan) lain, tak ke berbulu kau rasa?? Bayangkanlah bercinta 5 tahun (ni contoh aje), tiba-tiba si lelaki ni boleh lak membuat 'pengakuan' yang dia suka pada perempuan lain sebab blablabla....

Eh.

Rasa macam nak baling kasut okkkkkk????? Pengalaman aku dulu, dia siap cakap dalam phone aje. Aku bukan tersedak lagi. Terbisu terus. Dan-dan aku bagi je green light kat dia so that dia boleh bebas pergi dengan 'orang itu'(aku tak mau guna perempuan, sebab aku rasa low gila okk). Baik tak aku????? Siap aku lak yang mintak maaf (aku pun tak pasti kenapa aku yang mintak maaf) kat dia. Dem it. Tapi yang pastinya otak aku tak berapa nak center dah time tu (kejap je).

Siap-siap esoknya pergi kerja dah macam zombi. Tak tahu dah apa yang aku buat.

Expressionless.

Emo tak tentu pasal. Airmata begitu murah. Heh. Memang selalu rasa nak menyumpah. Tapi entah kenapa aku tak sampai hati. Mungkin sebab lama sangat aku sayang pada dia kot.

Aku langsung tak kontek balik pun dengan dia. Takat 2,3 mesej tanya kabar tu adalah (tu pun dia yang mesej). Aku dengar-dengar, satu hari lepas break dengan aku, tanpa rasa bersalah dia couple dengan 'orang itu'. Sia-sia je rasa bersalah aku pada dia kan??? Macam ci....

Huh. Karma.