Thursday, September 29, 2011

KiTa KongSi..

Salam.

Tetiba rasa nak update. Tadi baru blogwalking kat FL punya blog. Rasa obligated nak men-share-kan ilmu ini kepada kawan-kawan semua. Keep reading okay?

Six easy ways to earn even after death

* Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
* Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
* Participate in building a masjid.
* Place watercooler in a public place.
* Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
* And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Have a nice day! ^-^

Monday, September 12, 2011

CoMinG SoOn WeDDinG

Salam.

Waaaaaaarghh.......emm....sangat mengantuk. Asal makan je mengantuk, asal mengantuk je makan. Dah abes effort dah ni....tak tau nak buat apa. Ingat nak joget lambak seround dua kat opis nih, tapi tak tergamak lak kan? Kang ada kena baling dengan kerusi, mesin fax etc. Dengar lagu, blogwalking, even makan pun sudah tak memberikan tindakbalas positif kepada kemengantukan yang melanda. *sakit ati bace ayat sendiri. tak tau kenapa*

Last-last *sigh*, buat jugak entry. Ini inisiatif yang paling last. Pasal boleh mengarut all the way dalam blog nih to my heart's content (iye, grammar ke laut. terima kasih). Anyway, anyway, anywayyyyyyy.......aku tersangatlahhhhhhh *amboi* eksaited pasal nak attend wedding seorang kawan-baik-bestest-friend-that-i-am-so-sayang-a.k.a-bestfren-forever, *inhale, exhale, inhale,exhale*. Fuhhh...k sambung, akad nikah my fren ni adalah pd 22hb September and majlis bersanding is on 23hb September. Jangan tanya kenapa bersanding adalah pada hari Jumaat. Coz sana Terengganu ye. Sekian.
gambar penyeri. saya sangat suka cincin tersebut. cantek sangat2!

OMG2......rasa macam i lak yang nak kawen kan? Eksaited youuuuuuu eksaitedddddd.... Eh. sila bertenang ye aisha. Jangan over. EK hem.

Dia nih memanglah member aku yang boleh dikatakan sehati-sejiwa, sekepala, sehobi dan se-se yang lain. Masa study kat kampus dulu banyak sangat kenangan-kenangan manis, masin, masam. Ok, saya tipu. But the truth is, kami banyak berkongsi pendapat, dari the smallest to the biggest things in our life. It's more like...mutual understanding between us. Yeah, sound rite. ^-^ Masa terasa sangat sekejap bila dia dah nak kawen. *Sob,sob,sob* Cemana we all nak bergosip lagi nih bila dia dah kawen??? AAAHhhh.....helllpppppppppp! Ok, stop it aisha. Jangan emo. *sob,sob,sob* Ok2. STOP IT.

=.='

Haishhh...but in the same time, aku berasa sangat2 happy for her. Tengok kawan-kawan mendirikan rumah tangga adalah satu perasaan yang tidak tergambar. Truly happy. *smug*

My dear Aimie, wait for me okehh??? ^-^

ps: By the way, sekarang ayah kepada salah seorang rakan sy sedang sakit kritikal di hospital...whoever read this, please, please and pleaseee pray for him. Semoga doa kita dikabulkan dan beliau cepat pulih. Amin..

Tq. ^-^

Wednesday, August 24, 2011

NaK RaYa dAh..

Salam.

Pejam-celik-pejam-celik dah tengahari. Asik blogwalking jek. Dah2 gi buat keja masing-masing. Coding aku tak jalan-jalan lagi nih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin okeh?

=)

Monday, August 22, 2011

ThiNgS to Do WhEN YoU'Re sLeePy..

Salam.

*2nd attempt utk publish this entry. Waktu kejadian entry ini adalah 3 hari lepas.*

Dah petang. Sempat lah tido sekejap dekat rumah tadi waktu rehat. Sipi-sipi aku terlajak tido. Hahaha~ Sebab tu time rehat aku malas nak balik. Nanti hormon-hormon kemalasan aku memuncak bila nak masuk semula ofis.

Korang penah rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat macam ci time kerja? Jangan tipulah tak penah. Mesti penah kan,kan,kan??? Jangan malu-malu mengaku ye? Lain kali kalau korang rasa nyaris-nyaris nak bertukar jadi 'superman' di meja masing-masing, cuba korang buat menda-menda nih.

1. Jump!

Bila mengantuk badan kita jadi lemah. So, dengan itu kita mesti menggerakkan otot-otot badan dengan melompat-lompat keriangan. Lompat setinggi-tinggi yang kamu mampu ye. Sampai siling lagi afdal. Kalau nak lebih dramatik, bolehlah cuba melompat ke dalam kolah, sungai, tasik etc. Kalau mengantuk jugak, aku tak tahulah nak cakap.

2. Wash 'ur face

Ini common sense yang selalu kita buat. Kira level bawah sikit la daripada yang atas tadi. Tadi kita lompat terus masuk kolam kan, ni kita sopan sikit. Basuh sikit-sikit je muka tu supaya rasa segar. Barulahhh mata yang nak tertutup tadi, bole bukak balik. Tips nih hanya berkesan bagi mereka yang mengantuk aras 1 out of 10. Kalau kau dah ngantuk tahap mentadak, memang tak jalan der.

3. Talk

Talk to someone. But it depends on your situation. Kalau kau dalam kelas cikgu tengah bercakap kat depan, kau sibuk jugak nak bercakap kat belakang, kebarangkalian kau tak bercakap lagi adalah sangat tinggi. Who knows la kan? Mungkin 'mute' lepas kena tampar ke, baling ngan duster ke...well, bad things do happen sometimes?

4. See something cute

Yang ini memang aku selalu jugak buat. Agak-agak nak terkulai layu di depan pc tu, aku mulalah gugel-gugel menda yang kiut-miut. Selalunye kucing. Terima kasihlah pada orang-orang yang capture all these pictures kan. Manfaatnye sangatlah besar kepada orang-orang yang suka mengeksploitasi kecomelan kucing-kucing tersebut. Bila tengok kucing tu segarrr je mata aku. AwwwwwwwWwW!! SO kiutttttttt. SO SweeeTTTtTttt. ^-^

5. Laughing

Okay. Kalau korang dah desperate sangat tak tahu nak buat apa, kolam takdak, bekalan air tetiba putus, takda sesiapa nak dilawan bercakap and there's nothing cute to see, bolehlah try gelak sengsorang. Gelakkan diri anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gelak sungguh-sungguh, sampai tergolek-golek pun takpe. At least, badan anda akan tiba-tiba segar akibat berguling di lantai opis dan otot-otot muka juga aktif akibat ketawa sasau tersebut.

6. Call ek hemm... 'si dia'

Yelah aku faham. Kalau time opis hour, adalah sangat tidak sesuai call dia okey? Manalah tau dia tengah in the middle of meeting ke, tengah bz wat something ke, depan bos dia ke.. semua tu mempengaruhi emosi dan intonasi suara 'si dia' nanti bila menjawab panggilan tepon kita ye. Nanti tak boleh nak sembang lame-lame. Menci! *mengada-ngada*

Itu saja yang mampu aku fikir buat masa ni. Kalau ada idea-idea lain yang bernas lagi jitu bolehlah sama-sama kongsi kat sini. Adios~

Selamat berpuasa. Raya tak lama lagi kan? Eksaited betul! hehe..

Friday, August 5, 2011

RaMaDaN DaTaNg LaGi~



Salam.

Saja buat-buat rajin update blog di pagi yang hening ini. Walaupun dah 5 Ramadan, aku nak jugak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semuaaaaaa umat Islam di seluruh dunia, yang kenal ataupun yang tak kenal aku. Kita semua bersaudara anyway... =)

Sekejap je rasa Ramadan menjelma. Terbayang-bayang lagi aku berbolok-bolok pergi bazar taun lepas, tup-tup dah puasa balik taun ni. Pantas sungguh masa berlalu... maka dengan ini kawan-kawan semua, marilah kita beramai-ramai melakukan sebanyak yang boleh ibadah di bulan puasa ini. Sebab amalan kebaikan yang kita buat akan dilipat-gandakan pahalanya. Subhanallah.... rugi rasanya kalau kita tidak berzikir, membaca Al-Quran dan bertarawih... Secara tidak langsung inilah cara kita meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

Eh. Tetiba masuk mode ceramah. Ini nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri aku sendiri...

Anyway, puasa tetap puasa. Blog tetap blog. Arini aku tetap mau tulis something dekat blog, ada orang baca ke takda orang baca ke, ada saya kesah??? hahaha...

Aku nak cerita satu menda yang buat aku rasa nak lempang-lempang muka sendiri laju-laju. Macam ci.... eh. puasa.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 7 , di kala burung-burung berterbangan, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, langit cerah memancarkan cahayanya, aku pun keluar rumah melangkah dengan penuh ayu bertujuan mahu membuang sampah di depan rumahku. Tiba-tiba aku ternampak nenek a.k.a jiran sebelah-menyebelah rumah aku. Aku senyum. Nenek tu pun senyum. Yelah...senyum tu kan sedekah? Tapi senyum je rasa tak cukup pulak hari ni, lalu aku kononnya mahu beramah-mesra dengan berkata,

aku cute : "Dah sarapan nek??" , senyum lagi.

nenek cun: "Hah??", muka nenek berkerut. Barangkali kurang jelas soalan aku tadi di pendengarannya.

aku cute : "Nenekk dahh sarapannnnn??", aku ulang semula soalan tapi dengan makhraj yang lebih jelas supaya nenek tu dengaaarrr setiap butir soalanku.

nenek cun: "Ohhh. Takkk. Harini takda orang jual sarapan la.", senyum penuh makna.

aku cute : "Oh............", (tak perasan lagi)


KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, ada SEORANG MAMAT betul-betul depan muka aku standby motor mahu menghantar adiknya ke sekolah.

KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, SEORANG MAKCIK berdiri depan pintu rumahnya sambil memandang aku dan aku tidak pasti apakah motifnya berada di posisi itu. Sedangkan dia boleh berada di dapur ataupun di bilik menyambung tidur. Tapi yang aku pasti, sudah tentulah dia dengar setiap butir bicara aku dengan nenek tersebut.

Aku senyum kepada mereka. Ya. Aku ingat lagi pesan cikgu aku senyum itu SEDEKAH


Pagi ini bermula dengan situasi yang begitu ironik. Lalu aku melangkah dengan muka tidak bersalah di depan mereka-mereka itu dan terus masuk ke dalam keretaku dengan harapan mereka semua tidak berfikiran negatif terhadapku.

Ya, sekali lagi. Aku PUASA tapi aku TERLUPA hari ni PUASA .

Tragik.

Moral yang dapat dipelajari hari ini : Sepatutnya aku cuma SENYUM tanpa berkata apa-apa. Bak kata lagu tu, "Senyum tak perlu kata apa-apa~". =.='

ps: Kenapa sume orang tak nak hapdet blog niiieeee.....ala. boring la saya takda page nak kondem.


peace yo! =)