Wednesday, August 24, 2011

NaK RaYa dAh..

Salam.

Pejam-celik-pejam-celik dah tengahari. Asik blogwalking jek. Dah2 gi buat keja masing-masing. Coding aku tak jalan-jalan lagi nih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin okeh?

=)

Monday, August 22, 2011

ThiNgS to Do WhEN YoU'Re sLeePy..

Salam.

*2nd attempt utk publish this entry. Waktu kejadian entry ini adalah 3 hari lepas.*

Dah petang. Sempat lah tido sekejap dekat rumah tadi waktu rehat. Sipi-sipi aku terlajak tido. Hahaha~ Sebab tu time rehat aku malas nak balik. Nanti hormon-hormon kemalasan aku memuncak bila nak masuk semula ofis.

Korang penah rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat macam ci time kerja? Jangan tipulah tak penah. Mesti penah kan,kan,kan??? Jangan malu-malu mengaku ye? Lain kali kalau korang rasa nyaris-nyaris nak bertukar jadi 'superman' di meja masing-masing, cuba korang buat menda-menda nih.

1. Jump!

Bila mengantuk badan kita jadi lemah. So, dengan itu kita mesti menggerakkan otot-otot badan dengan melompat-lompat keriangan. Lompat setinggi-tinggi yang kamu mampu ye. Sampai siling lagi afdal. Kalau nak lebih dramatik, bolehlah cuba melompat ke dalam kolah, sungai, tasik etc. Kalau mengantuk jugak, aku tak tahulah nak cakap.

2. Wash 'ur face

Ini common sense yang selalu kita buat. Kira level bawah sikit la daripada yang atas tadi. Tadi kita lompat terus masuk kolam kan, ni kita sopan sikit. Basuh sikit-sikit je muka tu supaya rasa segar. Barulahhh mata yang nak tertutup tadi, bole bukak balik. Tips nih hanya berkesan bagi mereka yang mengantuk aras 1 out of 10. Kalau kau dah ngantuk tahap mentadak, memang tak jalan der.

3. Talk

Talk to someone. But it depends on your situation. Kalau kau dalam kelas cikgu tengah bercakap kat depan, kau sibuk jugak nak bercakap kat belakang, kebarangkalian kau tak bercakap lagi adalah sangat tinggi. Who knows la kan? Mungkin 'mute' lepas kena tampar ke, baling ngan duster ke...well, bad things do happen sometimes?

4. See something cute

Yang ini memang aku selalu jugak buat. Agak-agak nak terkulai layu di depan pc tu, aku mulalah gugel-gugel menda yang kiut-miut. Selalunye kucing. Terima kasihlah pada orang-orang yang capture all these pictures kan. Manfaatnye sangatlah besar kepada orang-orang yang suka mengeksploitasi kecomelan kucing-kucing tersebut. Bila tengok kucing tu segarrr je mata aku. AwwwwwwwWwW!! SO kiutttttttt. SO SweeeTTTtTttt. ^-^

5. Laughing

Okay. Kalau korang dah desperate sangat tak tahu nak buat apa, kolam takdak, bekalan air tetiba putus, takda sesiapa nak dilawan bercakap and there's nothing cute to see, bolehlah try gelak sengsorang. Gelakkan diri anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gelak sungguh-sungguh, sampai tergolek-golek pun takpe. At least, badan anda akan tiba-tiba segar akibat berguling di lantai opis dan otot-otot muka juga aktif akibat ketawa sasau tersebut.

6. Call ek hemm... 'si dia'

Yelah aku faham. Kalau time opis hour, adalah sangat tidak sesuai call dia okey? Manalah tau dia tengah in the middle of meeting ke, tengah bz wat something ke, depan bos dia ke.. semua tu mempengaruhi emosi dan intonasi suara 'si dia' nanti bila menjawab panggilan tepon kita ye. Nanti tak boleh nak sembang lame-lame. Menci! *mengada-ngada*

Itu saja yang mampu aku fikir buat masa ni. Kalau ada idea-idea lain yang bernas lagi jitu bolehlah sama-sama kongsi kat sini. Adios~

Selamat berpuasa. Raya tak lama lagi kan? Eksaited betul! hehe..

Friday, August 5, 2011

RaMaDaN DaTaNg LaGi~



Salam.

Saja buat-buat rajin update blog di pagi yang hening ini. Walaupun dah 5 Ramadan, aku nak jugak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semuaaaaaa umat Islam di seluruh dunia, yang kenal ataupun yang tak kenal aku. Kita semua bersaudara anyway... =)

Sekejap je rasa Ramadan menjelma. Terbayang-bayang lagi aku berbolok-bolok pergi bazar taun lepas, tup-tup dah puasa balik taun ni. Pantas sungguh masa berlalu... maka dengan ini kawan-kawan semua, marilah kita beramai-ramai melakukan sebanyak yang boleh ibadah di bulan puasa ini. Sebab amalan kebaikan yang kita buat akan dilipat-gandakan pahalanya. Subhanallah.... rugi rasanya kalau kita tidak berzikir, membaca Al-Quran dan bertarawih... Secara tidak langsung inilah cara kita meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah.

Eh. Tetiba masuk mode ceramah. Ini nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri aku sendiri...

Anyway, puasa tetap puasa. Blog tetap blog. Arini aku tetap mau tulis something dekat blog, ada orang baca ke takda orang baca ke, ada saya kesah??? hahaha...

Aku nak cerita satu menda yang buat aku rasa nak lempang-lempang muka sendiri laju-laju. Macam ci.... eh. puasa.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 7 , di kala burung-burung berterbangan, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, langit cerah memancarkan cahayanya, aku pun keluar rumah melangkah dengan penuh ayu bertujuan mahu membuang sampah di depan rumahku. Tiba-tiba aku ternampak nenek a.k.a jiran sebelah-menyebelah rumah aku. Aku senyum. Nenek tu pun senyum. Yelah...senyum tu kan sedekah? Tapi senyum je rasa tak cukup pulak hari ni, lalu aku kononnya mahu beramah-mesra dengan berkata,

aku cute : "Dah sarapan nek??" , senyum lagi.

nenek cun: "Hah??", muka nenek berkerut. Barangkali kurang jelas soalan aku tadi di pendengarannya.

aku cute : "Nenekk dahh sarapannnnn??", aku ulang semula soalan tapi dengan makhraj yang lebih jelas supaya nenek tu dengaaarrr setiap butir soalanku.

nenek cun: "Ohhh. Takkk. Harini takda orang jual sarapan la.", senyum penuh makna.

aku cute : "Oh............", (tak perasan lagi)


KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, ada SEORANG MAMAT betul-betul depan muka aku standby motor mahu menghantar adiknya ke sekolah.

KEBETULAN pulak masa aku bertanya soalan itu, SEORANG MAKCIK berdiri depan pintu rumahnya sambil memandang aku dan aku tidak pasti apakah motifnya berada di posisi itu. Sedangkan dia boleh berada di dapur ataupun di bilik menyambung tidur. Tapi yang aku pasti, sudah tentulah dia dengar setiap butir bicara aku dengan nenek tersebut.

Aku senyum kepada mereka. Ya. Aku ingat lagi pesan cikgu aku senyum itu SEDEKAH


Pagi ini bermula dengan situasi yang begitu ironik. Lalu aku melangkah dengan muka tidak bersalah di depan mereka-mereka itu dan terus masuk ke dalam keretaku dengan harapan mereka semua tidak berfikiran negatif terhadapku.

Ya, sekali lagi. Aku PUASA tapi aku TERLUPA hari ni PUASA .

Tragik.

Moral yang dapat dipelajari hari ini : Sepatutnya aku cuma SENYUM tanpa berkata apa-apa. Bak kata lagu tu, "Senyum tak perlu kata apa-apa~". =.='

ps: Kenapa sume orang tak nak hapdet blog niiieeee.....ala. boring la saya takda page nak kondem.


peace yo! =)

Monday, July 25, 2011

M.I.S.s



What can I say more??

Sunday, July 24, 2011

ModE : UnKNoWn

Salam.

Dasat la sekarang update malam-malam pula yo! Rembat lappy and broadband adik sekejap. Sapa suruh tertidur tanpa menyimpan segala perkakasan komputermu itu?? Maka dengan bangganya aku pun eksploitasi lah..Ciannn tengok lappy tersebut terdampar tanpa sebab kan?

Anyway, malam-malam ni tetiba kadar tensi agak mendadak naik. Sebab....... rasie(lempang je). Hahaha....adalah kan. Takkan nak bagitahu the whole world what's happening to me kan???? Suka hati kawe la kan.

Untuk itu, cara paling mudah menurunkan tahap ketensian dalam darah adalah dengan berblogging. Walopun entry cam harammmmmmm....tapi ada aku kesah? Wahhhh....gitu you. Cara yang kedua, psiko kan diri sendiri by telling you're doing just fine. Everything gonna be okay. Secara tak langsung cara ini boleh melevel-upkan power dalaman anda. Bunyi macam "what da...." or mudah kan???

But I tell you what. Ianya tidak semudah itu. Ramai orang bunuh diri sebab tidak berjaya 'menyerap' kata-kata semangat or motivasi dari orang sekeliling or tidak cuba mendapatkan kata-kata semangat itu dari orang sekelilingnya (dengan erti kata lain, pendam sendiri. Tau-tau dah berdiri tepi jambatan nak terjun. Nauzubillahi minzalik.. Esh2..) Pernahkah kita terpikir, kata-kata semangatlah yang 'memulihkan' jiwa kita bila kita sedih? Bila kita kesusahan, apa yang kawan-kawan kita buat?? Mereka bagi kata-kata semangat yang tak putus-putus. Tapi ia bergantung kepada diri kita sendiri, samada untuk 'menyerap' atau tidak kata-kata semangat tu. Kalau kita berjaya, perasaan sedih tu akan segera hilang. Otherwise, itu yang seseorang boleh stress berminggu-minggu bahkan bertaun-taun lamanya(ecehhh........iyo o je kan aku cakap).

But seriously.

Sebab aku pernah rasa. Tak payah la aku ulang-ulang lagi cerita tu kan. Aku dah pernah cerita pun dulu... bila fikir-fikir balik rasa macam 'bodoh' pun ada. Rasa nak mengata pada diri sendiri 'What da Fff..fisshhhhhhh!'. Tak buat apa-apa pun, cuma menangis sengsorang macam orang hilan akal like.....several months?? Sejak insiden tu, selain family kawan-kawanlah yang banyak 'merawat' luka di hatiku. Ececece.... kesilapan aku terlalu hiba dengan kehilangan hanya satu cinta manusia. Sedangkan ada lagi cinta Agung kepada-Nya yang lebih suci dan tinggi martabatnya. Aku leka seketika sebagai seorang hamba. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya dan aku redha.

Oleh itu, rakan-rakan taulan sekalian dan untuk diri saya juga..bercintalah berpada-pada. Kalau putus di tengah jalan pun, jangan terlalu bersedih or tensi, jangan andaikan kiamat bakal menjelma esok. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya di dalam pengetahuan Allah... berdoalah dan rapatkan diri kepada Allah. Insya Allah hati kita akan tenang.

Jangan ambil jalan singkat dengan terjun bangunan, terjun tasik, or terjun apa-apalah dengan harapan masalah anda akan selesai. Hiduplah dengan penuh redha dan sabarrr. Kerana dirimu begitu berharga(baca dengan nada seperti dalam iklan).

And to tell you the truth, my friends and families are the main reasons why I still standing rite here. Full of energy. Ready to fight on my own. They are the most important things I ever have. Thank you to aaalllllll of you. You know who you're.=)

So, kawan-kawan, sapa yang tensi-tensi tu, let's say 'POWERRRR!!! LEVEL-UP!!!' and continue to smile.

May peace be upon you!