Friday, October 19, 2012

HujAn, CrEam PufF daN DoT dot Dot...

Salam.

Update lagi blog di kala cuaca hujan tidak berhenti-henti dari langit. Sejuk menusuk sampai ke tulang. Heh. Tak payah nak bermetafora sangatlahhh. Satu hari ini hujan agak lebat. Sampai balik kerja pun hujan still tak berhenti lagi. Namun aku tetap melangkah anggun sambil mengendong beg berisi laptop yang berat bak anak badak. Hujan? Apalah sangat hujan itu kalau nak dibandingkan dengan semangat waja dan sifat komitedku yang melangit ni?? Takda hal lah...

Lalu aku teruskan langkah di dalam hujan petus. Mengelak lopak-lopak air di sana-sini dengan lantai konkrit yang tak rata di LRT itu. Walaupun dalam beg sandang aku ada payung. Ya. Aku bukan terlupa. Aku sengaja tak pakai payung dek perasaan malas yang menggunung. Dalam hati memang set hujan-hujan ni sangatlah 'syok' kalau dapat pekena mi sup makcik depan LRT. Mi sup beliau memang power. Sedap. Bak iklan, Cuuuuukup Rasa! Pedas dia memang kena dengan tekak aku. 5 star aku bagi.

Kalau tak ada mi sup tu, memang automatik aku akan divert ke Plan B, beli oblong special dekat abang burger. Sebelah je dengan gerai makcik mi sup. Cantekkkk! Sampai di satu jalan, makcik mi sup tak kelihatan. Kecewa betul. Hujan-hujan tak ada mi sup makcik jadi tak berseri hidup aku (over). Lalu aku berjalan lagi dengan harapan menggunung bak gunung Angsi yang separuh nyawa kudaki itu.

Namun, apakan daya, abang burger jugak tak kelihatan. Hampa.

Tiba-tiba kurasakan semua peniaga dah jadi kaya. Maka mereka tak perlu lagi beriya menjual mi sup dan oblong-oblong mereka. =.= Maka apa akan jadi pada kami-kami yang kepingin mi sup dan oblong special iniiii????????

Huh.

Berjalan dengan paras kehampaan yang membukit. Tiba-tiba nampak ramai orang berkeliaran. Ada pasar malam. Beli mi sup pastu balik. Tak payah lama-lama. Walaupun baju blaus bunga-bunga kecil itu begitu menggamit mata, abaikan saja.

Balik-balik nampak kueh-mueh atas meja. Ada cream puff dan kueh cara. Ohhhhh, cream puff memanglah fevret aku. Tapi sayang seribu kali sayang. Cream puff itu dah dihurung semut. Ditambah lagi dakwaan housemate aku yang kueh-kueh itu itu telah dijilat cicak sebab cicak tersebut berlegar-legar atas meja.

Cicak.

Entah kenapa cicak tu nak jilat kueh, aku pun tak tahu.

Housemate aku pun tak ada alibi untuk mendakwa cicak itu sebab tak nampak pun. Tapi bila dah beliau berkata begitu, segala selera aku patah. Patah seribu bak lagu Shila Amzah.

Aku start berdendam dengan cicak rumah. Entah kenapa cicak-cicak itu perlu berebut kueh-mueh yang tak sesuai untuk seekor cicak. Kenapa. Kenapa wahai cicakkkkkkkk.....

Stressssss.

Cicak. Sila nyah kau dari rumah aku sekarang!

Monday, September 24, 2012

FoR EVEry PieCe in LiFe..

Salam.

Di sini saya sekali lagi menjengah blog yang telah lama dibiarkan menyepi. Kehidupan seharian terasa padat. Itu saya tak boleh nak nafikan.(Oh....tetiba tatacara bahasa aku jadi 'saya'). Ok, never mind. Banyak faktor saya tak sempat/malas nak update. Dan saya perasan populasi pembaca blog ini mungkin sudah 'sedikit' berbeza. Oh, jangan salah paham. Bukan nak kata ramai orang baca blog ini. Tidak. Tidak. Maksud saya ada orang lain yang saya tak mahu dia tahu tentang kewujudan blog ini turut baca.

Faham ke ayat saya ni? =.= Frankly speaking, saya sebenarnya tak mahu orang-orang tertentu muncul di sini. Tapi siapa suruh setting public kan? Tampa kangg. Pernah juga saya setkan private.

Last-last kawan-kawan bising sebab mereka langsung nak boleh view even mereka pun blogger (saya yang salah setting mungkin??). =.= Last-last set balik public. Susah-susah sangat kan... nak tukar link blog?? Oh. Memang taklah kannn. Why saya kena tukar link blog saya semata-mata certain manusia tersebut???? 

OMG.

Bazir.

Sangat membazir.

Ini privasi saya. And I don't care who's reading this. Kalau setakat nak korek rahsia, sila beredar ke laman lain kerana anda takkan jumpa apa-apa di sini lantaran blog ini hanyalah hasil daripada rekaan ilusi sampah-sarap yang dilahirkan oleh minda bawah sedar.

Harap maklum.

mode : meroyan tiba-tiba mungkin adalah penyakit baru yang muncul akibat stress yang tidak ditangani dengan baik di abad ini.

Wednesday, August 15, 2012

SemPEnA NAk HaRi RaYa

Salam,

Raya cuma lagi 3 hari saja. Bermakna cuma lagi 3 hari Ramadan akan berlalu... Dah tak boleh nak lipat-gandakan amalan. Kenala tunggu tahun depan pulak. Tu pun kalau kita bertemu lagi tahun depan. (aishh...rasa banyak dosa aku nih).

Tiba-tiba rasa sayu.

Kadang-kadang aku selalu bersimpati pada diri. Kadang-kadang aku leka dengan dunia. Leka dengan hiburan duniawi nan sementara. Leka dengan makanan-makanan yang enak lalu melewat-lewatkan apa yang perlu di kala maghrib.

Sungguh aku manusia yang sering alpa dengan keduniaan. Ampunkanlah aku Ya Allah... (mode : insap tiba2).


Oleh itu kawan-kawan semua, selagi Ramadan yang penuh barakah ini belum berlalu sepenuhnya, marilah kita giatkan lagi amalan yang pahalanya Allah lipat-gandakan di bulan puasa ini. Mesej ini tulus untuk diri saya juga.

Anyway,

Aku sekarang tengah rindu.

Rindu dengan kawan-kawan yang selalu aku gosip sama-sama dulu. Gosip pasal ayam, beg, baju.

Rindu dengan Cik Sitot. Sebab aku selalu plan dengan dia nak beli ayam rempah kat pasar Jumaat.

Rindu dengan Cik May. Sebab dulu aku selalu tumpang keta May masa nak pegi keja dulu. Pastu selalu bertepek kat umah dia gosip-gosip dengan mama dia. Pegi bazar sama-sama balik keja. Such a wonderful days..

Rindu dengan 'si munyol', alias budak banjar yang perasan comel kat opis aku dulu. Kahhhhh. Sebab dia selalu wat haku gelak dulu even aku stress. (okla, aku jujur part ni je.)

Rindu dengan my dear aimie. Sebab kitorang memang rakan-sehati-sejiwa-dan-seidea dalam apa jua situasi dari zaman uni sampai skang. Miss you a lot gurl. ^-^

Rindu jugak dengan kawan-kawan, bos-bos kat ex-opis dulu. Bertahun kita kumpul kenangan ini.

Rindu dengan orang-orang yang pernah muncul dalam zaman silamku.

Yes. You know who you are. Knowing you for almost 6 years, I never get you out from my heart. We're friends rite?

Even it costs me pain, I'll let it be.


As for others, this is for allllllll of you.



Maaf Zahir & Batin. =)

Friday, July 20, 2012

Sok PuaSe daH

Salam.

Hanya mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang saya kenali atau tidak. Harap segala salah silap dapat dimaafi...(macam nak raya pulak kan). Sekejap rasa nak puasa lagi. Pejam-celik-pejam-celik dah nak setahun. Tiba-tiba nak puasa, tiba-tiba nak raya. Em.... pantas sungguh masa berlalu.

Tahun ni berbeza sikit Ramadan aku sebab tahun ni aku berpuasa di KL.

But,

Aku akan berusaha balik kampung jugak setiap minggu. Kahhhhhhh!


My dearest frenzzzzzzz......this is for you. =)

Sunday, July 1, 2012

aLL 'BouT mE

Salam.

Jumpa lagi. Alhamdulillah dipanjangkan umor hingga ke saat ini. Malam-malam ni lah perasaan meroyan tiba-tiba menerjah kotak pikiran. Lalu terus menggelupor nak bukak blog.

Rindu sangat.

Diam tak diam aku dah duk kat kl ni 6 bulan. Wau...... rase tak percaya dengan diri sendiri yang aku dah bermastautin and kerja kat sini dekat setengah tahun. First time sampai dulu memang tak boleh blah. Rasa dan-dan time tu jugak nak fly balik jb. Stress yang tidak tahu mana hujung pangkalnya datang. My life was upside down. It was a big mess.

Now, Alhamdulillah. Maybe I can catch up to work and get familiar in a lot of things. Pray for me. ;)

Many things did happened at my workplace as well as my lovely home here. My housemates were sooooo AWESOME and they are the coolest frenz eva. And my ofismates were soooooooooo..

............

......

....


.. what was I said earlier? Oh. My ofismates were all AWESOME too. hehe.


And ironinya sepanjang aku duk kl, perjalanan hidup aku adalah semata-mata pergi kerja, balik kerja, balik kerja, pergi kerja. Up until now. Badminton, futsal, hiking tu semua adalah angkara jasa baik opis aku. Kalau tak, hell no!


Sebenarnya banyak menda aku nak mengarut lagi tapi tak tahulah patut ke tak aku hebahkan di dalam blog (oh walaupun ni blog aku, so sukati aku la nak tulis apa kan?). Pasalnya esok kerja and I'm out of the mood. Asal ari senin je aku down tak tentu pasal. Tahap kenerakaan apakah??



ps: rindu, rindu, rindu!