Saturday, April 24, 2010

ToDAy Is SaTurDay..

Salam. ~

Wah, tetibe banyak je masa aku nak berblog kan? Haritu gila bz tahap tenuk, tapi disebabkan hari ini hari sabtu maka dengan ini saya memerdekakan diri dari kerja (walopun tadi terbabas wat keje opis jgak kat umah). Bukan nak kata aku rajin eh. Tolong sikitt..ini memang habit aku dari dulu. Siang malam asik duk teringat kerja. Selagi tak siap camtu la citernye. Tu pasallah ex aku larik. Mungkin pasal tabiat aku ni dia lari kot?? (Padahal ex tu memang dah sangkut kat pempuan len. Pehal???)Tak kisahlah cemana pun, aku tak simpan dalam hati. Carilah apa yang kau nak cari.


Ok. Terkeluar tajuk.


Oleh sebab nak elak aku terhingat-hingat kat keje yang tak pernah siap itu, maka aku telah mengambil inisiatif untuk buat-buat sibuk dengan blog. Bayar qadak (eh, betul ke eja tu. Janji bunyi samerr) sebab abaikan blog aku ni lama sangat. Aku pun dah naik sebu tengok header yang sameeeee je bertahun. Kasi mekap sikit dengan i-pod. Letak lagu-lagu yang boleh layan dengan pale aku. Barulah aku rase feeling sikit nak menatap blog aku lama-lama (ecee...tak jgak ko hapdet blog ko yerr..). =p

Kadang-kadang bila duduk tak buat apa-apa, aku mulalah nak ingat mende yang lepas-lepas. Kadang-kadang tu tetibe je rasa nak menangis. Emo betulll. Dah 5 bulan mende tu lepas, tapi aku tak habis merana lagi. Kelakar pun ada. Kadang-kadang rasa nak menyumpah seranah, tapi aku tahan kat tekak aje. Tak sampai hati menyumpah-seranahkan manusia yang pernah ada dalam hati. Last-last, aku hanya mampu redha je.


Atau last effort, carik je pengganti. Heh... Kerjaaaa je memanjang, bilanye nak mencari???? Ada sesaper nak tolong aku??? Haha...Poyo.


Bukan tak boleh lepas mende lama, tapi sendiri yang teringat-ingat. Ala-ala lagu Aliyah - Tak Mungkin Kerna Sayang. Haha.. Aku memang dah lama lepaskan dia. Pehal lak aku terrrsentimental lak malam nie???? Oh, mintak-mintaklah 'dia' tak baca blog aku ni.





$%&^*&^$#&....tak nak tensen, tapi cite pasal manusia ni lak. Hampagasss...


~k la my dear frens, out dulu. Nak gi kombar dapur lak. Hehe..

Friday, April 23, 2010

YiPPiEEee...!

Salam ~

Dah sebulan aku tak hapdet blog aku. Dah bersarang dah labah-labah, kura-kura, lelabi sume dalam nih. Hampeh.. Now, takdela bz sangat, sebab sistem dah 94% siap, tinggal suro orang lengkapkan data-data dalam database je. Cam nak gila aku pulun siang malam.
(kununn...)



Minggu depan lak ada audit. Ha, canteekkk...sesangatlah. Masing-masing mulalah cam kena sampuk, nak meroyan. Hapdet fail-fail, surat-surat, konkrit sumelah. Dengan aku-aku sekali meroyan. Selagi tak abes audit, selagi tu tak boley nak lepas sistem. Pulak kena make sure sistem up without errors. Memang canteekkk...adeh.

Budak opis aku balik-balik suro aku ambik cuti. Tengok aku cam dah tak betul je kehulu-kehilir dengan fail and sistem. Adakah aku suda weng??? Hahaha...(dak tu saje nak sabotaj aku la tuh. Kalu aku cuti bolely la die makan pisang goreng tanpa aku??caitttt..i knew itt. Suke ati aku je wat teori.)

Hujung minggu ni aku nak rileks kan pale hotak la pulak. Naik berasap dah CPU dalam nih. Bahaya nih. Aku belum kawen lagi, pakwe pun takde, kang weng sapa nak jawabbb???
Oh tidakkk....sebelum weng baik kita jangan overdose working.^-^
Agenda hujung minggu belum pkir lagi, tapi takpelah idea itu selalu memang akan tiba sendiri. hehe....



....

...

...


--- > Waaarghhh.....balik-balik pkir audit. Tensen beta.T-T

Friday, February 26, 2010

NoTis : SaYa SanGaT Bz....

Salam..

First of all, aku nak mintak maaf kat member-member aku yang dok mesej or calling2 tapi aku tak angkat. Bukan aku sengaja tak angkat, tapi asal ko tepon je aku mesti kat tempat len, maka bernyanyi-nyanyilah tepon aku itu keseorangan. Minta maaflah Kojah ya... tapi aku dah wish kannn? And thanks alot becoz ko sudi nak call aku. Hehe..

Semenjak 2 menjak ni aku sibuk ala-ala tahap tapir la jugak..henpon pun aku jarang-jarang pegang. Kecian kat Cik Isnanie yang selalu menghapdate info Hyde-sama kat aku. Sori Cik Isnanie...sy baca segala email and mesej yang anda berikan, jangan risau. Cuma tak sempat nak buat feedback kat Cik Isnanie..Rase seperti aku telah 'membelakangkan' dunia KPop and JRock lakk..waaaa.......gomen nasai Hyde-samaaaaaaaa!!!

Ini pun aku cuba carik masa untuk update blog kesayangan aku nih pasal taknak member-member aku pkir 'dak nih berlagak gilerrrr taknak update blog seehhhh'. Bukan aku taknak hapdet ye tuan-tuan dan puan-puan..cuma masa tak mengizinkan aku mencoret lama-lama kat sini. Cewaahhhh..

So far, tak ada yang menarik pun nak cerita. Yang ada cuma kesibukan dengan kerja buat sistem. Takkan nak cerita pasal sistem lak kan kat sinii?? Kang 3 hari 3 malam pon tak abess....

Oklah...aku bila start menulis, startlah jugak merapu yang bukan-bukan..hehe..see you next tyme ye..Illalliqa'!

Thursday, January 21, 2010

kEkAsiH YAng TaK DiaNggAp

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku



reff:


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan



repeat reff



sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Sunday, January 17, 2010

ThE FiRsT

Salam....................

Gembiranya dapat menulis lagi. Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan. Cuma aku sendiri rase gian nak update blog. ^ - ^ Alhamdulillah... hidup bertambah ceria, gembira dan bermakna. Insya Allah..

Sekarang rutin hidup dah sedikit berubah. Dulu pegi kerja, jumpa kawan-kawan, buat kerja (yang memang best), balik rumah, tido dan seterusnya. Sekarang tempat kerja dah lain, pegi kerja tapi feeling dekat putrajaya tak padam lagi. Waahh.........rindu tak tertahan dah kat putrajaya, rindu JP, rindu Presint 11, rindu Alamanda, rindu ex-housemates especially Kerol (sila bersangka baik ya, Kerol yang dinyatakan adalah seorang perempuan). Kerol nih housemate yang paling aku rapat waktu 7 bulan duk sana. Sebabnya kami sama2 tak ada kereta (al-maklumlah belum masa nak beli keta), so kami banyak la melepak kat rumah sama2, tengok tv sama2, sembang sama2. Takkan aku tengok kau, kau tengok aku je kann.. maka haruslah kita bergosip-gosip gitu..Rindu betul.

Kerol, kalau kau rajin baca blog aku nih, meh aku nak bagitau, rajin -rajinkanlah diri anda turun jb yee...

Okayla, sok nak keje. Kena tido awal. Tata...gudnite!


P.S: Aku buat-buat rajin je update blog.