Friday, October 19, 2012

HujAn, CrEam PufF daN DoT dot Dot...

Salam.

Update lagi blog di kala cuaca hujan tidak berhenti-henti dari langit. Sejuk menusuk sampai ke tulang. Heh. Tak payah nak bermetafora sangatlahhh. Satu hari ini hujan agak lebat. Sampai balik kerja pun hujan still tak berhenti lagi. Namun aku tetap melangkah anggun sambil mengendong beg berisi laptop yang berat bak anak badak. Hujan? Apalah sangat hujan itu kalau nak dibandingkan dengan semangat waja dan sifat komitedku yang melangit ni?? Takda hal lah...

Lalu aku teruskan langkah di dalam hujan petus. Mengelak lopak-lopak air di sana-sini dengan lantai konkrit yang tak rata di LRT itu. Walaupun dalam beg sandang aku ada payung. Ya. Aku bukan terlupa. Aku sengaja tak pakai payung dek perasaan malas yang menggunung. Dalam hati memang set hujan-hujan ni sangatlah 'syok' kalau dapat pekena mi sup makcik depan LRT. Mi sup beliau memang power. Sedap. Bak iklan, Cuuuuukup Rasa! Pedas dia memang kena dengan tekak aku. 5 star aku bagi.

Kalau tak ada mi sup tu, memang automatik aku akan divert ke Plan B, beli oblong special dekat abang burger. Sebelah je dengan gerai makcik mi sup. Cantekkkk! Sampai di satu jalan, makcik mi sup tak kelihatan. Kecewa betul. Hujan-hujan tak ada mi sup makcik jadi tak berseri hidup aku (over). Lalu aku berjalan lagi dengan harapan menggunung bak gunung Angsi yang separuh nyawa kudaki itu.

Namun, apakan daya, abang burger jugak tak kelihatan. Hampa.

Tiba-tiba kurasakan semua peniaga dah jadi kaya. Maka mereka tak perlu lagi beriya menjual mi sup dan oblong-oblong mereka. =.= Maka apa akan jadi pada kami-kami yang kepingin mi sup dan oblong special iniiii????????

Huh.

Berjalan dengan paras kehampaan yang membukit. Tiba-tiba nampak ramai orang berkeliaran. Ada pasar malam. Beli mi sup pastu balik. Tak payah lama-lama. Walaupun baju blaus bunga-bunga kecil itu begitu menggamit mata, abaikan saja.

Balik-balik nampak kueh-mueh atas meja. Ada cream puff dan kueh cara. Ohhhhh, cream puff memanglah fevret aku. Tapi sayang seribu kali sayang. Cream puff itu dah dihurung semut. Ditambah lagi dakwaan housemate aku yang kueh-kueh itu itu telah dijilat cicak sebab cicak tersebut berlegar-legar atas meja.

Cicak.

Entah kenapa cicak tu nak jilat kueh, aku pun tak tahu.

Housemate aku pun tak ada alibi untuk mendakwa cicak itu sebab tak nampak pun. Tapi bila dah beliau berkata begitu, segala selera aku patah. Patah seribu bak lagu Shila Amzah.

Aku start berdendam dengan cicak rumah. Entah kenapa cicak-cicak itu perlu berebut kueh-mueh yang tak sesuai untuk seekor cicak. Kenapa. Kenapa wahai cicakkkkkkkk.....

Stressssss.

Cicak. Sila nyah kau dari rumah aku sekarang!