Wednesday, March 23, 2011

SiLLy

Baru aku teringat sesuatu (kau ni takda kerja lainkah???).

Kadang-kadang kita tend melakukan sesuatu yang silly. Silly??? Oh. Aku sure yang ini ramai yang buat tapi tak perasan.

Petang semalam, aku kat opis. Macam biasalah buat kerja kan... Then tiba-tiba telepooonnn berbunyiiiiii.....ada haiwan dalam kesusahaannnn.....

Haha~

Okay. Okay. Aku gurau je. Henpon aku berbunyik. Then aku angkat dan lekapkan henfon tersebut dengan TANGAN KANAN ke TELINGA KANAN.

Borak punya borak, macik aku suruh aku mencatatkan sesuatu kat atas kertas. Dengan yakinnya, TANGAN KANAN aku pantas mengambil kertas dan pen sambil TANGAN KIRI aku mengambil alih henfon di TELINGA KANAN.

Sikit punya lama aku mencoret-coret kat kertas tu sampailah aku end up the calling, BARU aku perasan aku dengan sillynya bersilang bagai semasa menggunakan telepon.

Apalah salahnya kau tulis dengan TANGAN KANAN dan TANGAN KIRI letak henpon ke TELINGA KIRI??? Kenapa mesti nak guna TANGAN KIRI ke TELINGA KANAN? Henpon itu hanya boleh digunakan di telinga kanan sajakah??? Atau TELINGA KIRI itu yang pekak???

Okay. Telinga-telinga aku stabil dan berfungsi dengan baik. I wonder whyyy I did that silly action.

Haishhh~

Tapi aku pedulik hapa kan?

Lalalalala~

MerEPEk

A : Adik, akak ada gaya tudung baru.

B : Haa. Owh. (sambil 'senget-sengetkan hidung')

A : *excited amek shawl*

B : Ohhhh. Tudungggg.... ingatkan akak ada gaya hidung baru.

A : *Rasa nak lempang* Over sungguh. Ingat aku badut???

Sila abaikan dialog bisu antara A yang comel dan B yang biasa-biasa aja. Kejadian berlaku tidak disengajakan di sebuah tempat.

Anyway, tak ada yang menarik untuk aku ceritakan dalam blog hari ini (macamkan ada orang kesah je kau buat apa).

Yeaahhhh. I knowwwwww.

Plan diet intensif aku berjalan dengan tidak berapa lancar. Bulan pertama aku 'ter'makan nasik 6 kali. Bulan kedua so far, aku dah makan nasik lebih kurang 8 kali kot? Tak ingat.

Then, there goes my diet. I've ruin it! Dem.

Tapi, takpelah. Aku redha, sebab setiap kali mak aku datang rumah mesti bawak nasik. So, aku automatik rasa nak makan. Dalam hati nak makan 'sikit-sikit' je, but then I end up eating that whole bowl of rice. Eh.

Lauk-pauk tiba-tiba jadik sedap dan menyelerakan bila makan ramai-ramai dengan family. *wink* Dan-dan aku lupa segala plan-ops-nasik yang aku tengah jalani. Ke mana perginya janji-janjimu untuk tidak menjamah nasik itu. Pehh.

Aku pedulik hapa kan? Makan is makan. Jangan pikir lama-lama. Lagipun mak yang masak. So, aku wajib makan. Rugi tak makan woo..

Sepanjang dua bulan yang nasik jarang-jarang kelihatan di rumah aku, aku banyak makan sayur. Selalunya sayur kobis, sebab sayur-sayur lain tak berjaya menarik perhatian aku. Kobis tahan lama, segar dan yummy untuk dimakan.
(gambar adalah blur. Jasa baik henpon aku yang tak best.)


Kalau aku yang masak, memanglah simple lagi pantas. Paling penting kena dengan tekak aku. So, masak kobis macam biasa, campur bawang, telur, garam sikit, serbuk lada hitam and yang paling penting, kena masukkan cili padi. Aku pun tak tahulah kenapa bila masak menda-menda mestiii nak masukkan serbuk lada hitam dengan cili padi. Tak sah kalau tak ada.

Rumah aku memang dah lama tak buat air manis. Tak kiralah sunquick ke, sirap ke, teh ke. Tak elok minum air manis selalu-selalu sangat (padahal malas nak buat. Mengaku jelahhh). Haha~

Okay-okay. Serius. Aku tak beli sunquick bagai sebab bila ada menda tu dalam peti ais, mulalah hari-hari meroyan nak buat air oren. Ini boleh memberi impak besarrrr kepada plan intensif aku. So, no sweet drinks ye bebeh.

Plan diet beriya-iya. Kurus???



Tak adanya kurussssssssssss. Dem.

SoMeThiNG, SoMEWheRe

Aimie, remember our deal???

(ps: sakit hati pulak aku tengok pic yang blur cam haram nih. Lantaklah.)

Tuesday, March 22, 2011

1 MiNute

Okay. Saya dah letak lagu Min Woo Oppa kat blog saya.

Suka! Suka! Sukaa!!!!

ps: Mode menggediks berakhir. The End.

KaTaKAn TaK NAk PaDa..

Salam.

Nice day. Even hari ni hujan. Takpe, it is still okay with me. I loveeeeeee rain. Okay, hari ini tak tahu nak tulis apa. Maka dengan ini, marilah kita menginsafi diri yang best sentiasa melakukan perkara-perkara kurang berfaedah. Satu perkara yang aku rasa aku perlu improve adalah aku perlu lebih berani mengatakan TAK NAK!

Oh. Sori, ini bukan iklan rokok.

Percayakah anda yang perkataan TAK NAK! boleh menyelamatkan duit anda daripada terbang serta-merta.

: Weh, teringin nak makan Kepsi lah. Jom??

: Tahukah anda perbelanjaan anda yang nampak ‘sedikit’ ini boleh menyumbang kepada kekempisan poket? Hidangan Kepsi yang lazat itu mampu melenyapkan hampir 20 hinggit. Belom campur lagi bila kau tiba-tiba kena belanja member yang ajak korang tu.

Haish.

: Boring la petang-petang ni termenung je kat opis. Jom beli kropok lekor kat kedai Macik nuu??

: Ini dugaan paling hazab nak aku terima. Yes. Aku tahu petang-petang mood mentekadarah mengunyah snack naik ke paras optimum. Tapi, dengan perkataan TAK NAK!, aku sebenarnya dapat save 10 hinggit untuk satu minggu. Diulangi 10 hinggit okayyy. Kau bayangkan satu hari aku pergi beli kropok lekor plus pisang goreng (tak cukup dua hinggit beli makanan rasa tak apdal) kat Macik kueh. Tu belum lagi Macik kueh menggoda aku dengan rojak-rojaknya yang tiba-tiba kelihatan sungguh lazat. Tak pasal-pasal aku belanja 5 hinggit kat that kedai alone.

Okay. Satu hari 2 hinggit. Kalau 5 hari????? Kalau sebulan??????? Sendiri mau kira la beb.

Haish.

: Barang opis dah abes. Jom pegi Tunas Manja???

: Okay. Ini bukan Tunas Manja yang aku nak kondem. Tapi dekat-dekat Tunas Manja tu memang hari-hari tersergam indah satu ‘gerai makanan’ yang ada burger- lada- hitam kegemaranku. Paling ironi sekali, bila abang burger tu sudah tersenyum manis di sisi chicken- chop-kuah-lada-hitam-yang-lazat.

Serta-merta aku pergi beli Chicken Chop tersebut. Ni motip aku barang opis ke Chicken Chop??? Ces.

Bayangkanlah betapa berkata TAK NAK! di saat itu boleh menjadikan aku seorang yang penjimat. T-T

Haish lagi.

: Bila nak bayar PTPTN nih??

: Err…. ini aku terpaksa berkata NAK. Jangan katakan TAK NAK kepada PTPTN… Kita dah pinjam, maka pandai-pandailah kita bayar balik. Mohla kita bersama-sama melunaskan hutang-piutang yang ada. Sekian.

T-T

Iya. Aku tahu mungkin ada di antara korang berpendapat. "Apalah sangat beli makanan sikit-sikit camtu, beli pisang, alah..nampak benor menipunyaaa (dengan nada suara yusop)".

Well, dengan duet yang 'sikit-sikit' tu lah aku boleh gunakan ke jalan yang lebih baik seperti minyak keta aku???

Haishhhh dan haishhh lagi.

Thursday, March 17, 2011

Well....yoU AskEd For iT Rite?

POCOYO

a.k.a Shahrizad Mansor

1..2..3..

Salam.

Percubaan pertama. Mengalter background entry kasi warna hitam.
Sukses!

Teranggg sikit mata aku nak baca entry (eh. bajet best je entry kau kann) dalam blog aku. Dah lama tak main programming, rasa macam tak makan tembikai lepas makan nasik.
Come on people! Come onnnn....you need to brush up on your skills sometimes.

Sekarang masa aku taklah senggang sebenarnya. Bizi macam mesin fotostat. Dari pagi sampai petang kerja aku asyik memfotostat. Lebih kurang kerja macam jurufotostat la. Sekali datang empat ribu helai, bila mau siap???

Agak-agak la nak hantar pun kan.

Ini tak lain tak bukan sebab kerja bertangguh la nih. Kau tangguh-tangguh kerja kau, bila dah jadi gunung arong baru kau nak pas kat aku. Memang free. Free je aku nak memaki orang. Haish.

Where is the common sense of these people hah?

Tuesday, March 15, 2011

HoYe

Salam.

Yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyyy........... hari ni ada pasar lambakkkk.

Hoyeee.

Ceh. Macam budak-budak. Bila nak quit being so childish.

ps: Entry aku semenjak dua menjak nih macam haraammmmmmmmmm.

Monday, March 14, 2011

UnConCiouS

Okey.

I'm angry. Damn angry.

How dare you telling me that you don't even know my name????
My damn full name???????????????

Oh my God. It's getting on my nervessssssss.


Please. Don't make me lose myself!

MonDAy'S BlueS

Salam.

HAISSSHHHHHHH.

Mendidihhhhhh.

Friday, March 11, 2011

MoDe BeKu

Salam.

Hari dalam mode membeku. Hujan mencurah-curah lebat gear 4 dari semalam. Sejuk toksah cerita lah. Ada ofismate aku cakap kawasan aku tinggal sudah berada dalam zon jingga. O.o Mak aiiiii...

Jangan banjir rumah aku sudah. Puas pulak aku nak kayuh sampan balik rumah. Tak nakkkkk. Lepas tu siapa nak kemas rumah yang penuh dengan air??? Nanti kat mana aku nak simpan kerepek sayur, Spongebob dengan bantal-bantalku???? Hoih. Bantal penting beb. Tido takda bantal, terasa hazab yang amat pada aku. Sama penting dengan Spongebob.
Hahahaha.....

Ok. Ok. Aku tau bunyiknya sangatlah childish.

Aku teringat masa time study dulu. Nak buat assignment selalu pergi lepak kat bilik member. Buat kerja ramai-ramai. Nak jadikkan cerita, projek kitorang tu kena submit esoknya. Maka dengan itu, bertonggang-terbaliklah kami semua menyiapkan projek tersebut macam nak gila.

Tengah malam tu aku tengok dah macam-macam gaya member aku tido. Aku pun mengantuk jugak, tapi tahannnnn. Terbayang-bayang katil dan bantal di bilik aku. Nak balik, malas. Bilik aku pun boleh tahan jauh dari bilik member nih.

Last-last, aku tido je. Atas lantai, tanpa sebijik bantal dan selimut. Tapi sejuk tu, Tuhan je yang tahu. Dah sebijik macam udang geragau aku tido. Barulah aku mengerti kesusahan orang-orang yang susah dan miskin. Insaf jap. T-T Aku kalau tido, mesti bantal tu dah bersusun-susun tepi, kiri kanan aku. Kira abes selesa lah tu. Kalu pusing kiri boleh peluk bantal, pusing kanan boleh peluk bantal lagi. Kan gila heaven punya best tido pakai bantal banyak-banyak. Selesa.

Kejap je mode insaf aku eh?

Besoknya aku dapat rasa muka aku transform jadik macam hantu raya. Gila serabai pegi kuliah. Dem.

Tapi itulah pengalaman kan?


Semenjak dua menjak nih, makanan ruji aku lebih kepada roti. Nasik dah jarang-jarang makan dalam dua bulan kebelakangan nih. So, breakfast aku selalunya roti telur. Dan definisi roti telur aku adalah roti bersalut telur dan cili padi.

Takda cili padi, potong markah!