Tuesday, May 25, 2010

I HaTe It WhEN I FeeL SaD

It's sad...
How people you know,
Become people you knew,
When you can walk right past,
Someone like they were
Never a big part of your life.
How you used to be able to
Talk for hours and
How now you can
Barely even look at them
It's sad how times change!

Thursday, May 13, 2010

BaHaGia..

Memang best kalau kita duk melepak.
Lagi-lagi melepak sambil online.
Facebook, Yahoo, Blog je yang nampak.
Sampai tak tahu nak buat keja lain.

Memang bahagia bila kita bebas buat apa saja.
Nak makan, minum, tido pun tak apa.
Nak mengulor tak ada siapa nak menjaja.
Macam ejat la, pantang lepa.

Memang syok kalau takda yang mandor.
Sebab bila takda mandor sumer tertido.
Bukanlah sume, cuma zainul je yang tido.
Tu pun lepas dia ngan ejat gado.

Memang seronok kalau hidup ada seseorang.
Kerana mungkin kerana seseorang kita berjaya.
walaupun tak bermakna di mata orang.
Tapi tetap bererti di hati si dia.

Memang perit bila dikhianati.
Lebih-lebih lagi oleh orang yang disayangi.
Tapi jangan kita pendam di hati.
Kerana mungkin dia bukan untuk dimiliki.

Memang lumrah hidup ada pahit, masam, maung, manis.
Kerana kalau hidup tiada rasa, mesti tak ceria.
Tapi mana yang pahit itu janganlah dihakis.
Kadang-kadang kepahitan menjadi tiket hidup yang gembira.

Memang best dapat makan mi kari.
Tak mi kari, mi bandung pun takpe.
Wahai adik-adikku , i'm so very sori.
Pantun ni sekadar untuk bergurau dan suka-suka ajeeee.


Peace. No war.



daaa ~

Tuesday, May 4, 2010

HoW I SPeNd My MonEy In JuST 2 HouRs?

Salam.

Aku sakit kepala nih(tapi boleh lak blogging). Sudah telan panadol 2 biji tadi then sambung kerja. Minggu lepas dah demam, minggu nih rasa cam nak demam lagi. Pekess? Redha jela.. Sesungguhnya sakit tu boleh menghapuskan dosa2 kecil. Cheeewahh.L0L

Last week, aku pergi Rompin dengan family. Ini memang kegiatan mandatori setiap hujung minggu kami. Tak tahulah apa yang best sangat pergi Rompin. Tapi pada aku,Rompin best hanya pada hari ahad sahaja, pasal ada pasar lambak a.k.a pasar borong. Aku ni, semua tempat yang ada pasar lambak time aku terjah tu, automatik tempat tu jadik best. Kadang-kadang tu takde niat pun nak shopping ke apa. Suka cuci-cuci mata je tengok barang murah tahap menggila. Bila tengok barang murah ni mulalah rasa nak shopping merasuk. Maka larilah bajet aku pada bulan itu.

Motif utama aku, nak cari baju untuk my mum. Kain baju dah beli, pastu nak tempah ikut pesen yang sekarang tu pulak..Ntah apa nama pesen tu pun aku tak tahu,yang kat tangan gelembung-gelembung tu kan. Kitorang pun jalan la sepanjang-panjang kedai yang berderet tu. Nampak sehelai baju yang mak aku sebut tu, tapi tinggal sehelai tu je. Mahal lak tu. Dah tinggal sehelai tu jual tak agak-agak. Aku pun tarik mak aku pegi kedai lain. Ada banyak yang mak aku tak berkenan. Last-last bukan beli baju mak aku, aku belikan baju raya lak tuk adik aku. Dapat la sepasang baju 45 hengget je. Lepas tawar-menawar. Baju die memang gempak cantek kauuu... Baju siap,beli harga tak sampai RM50. Berbaloi-baloiii.....

Dah lepas sebat baju, jalan-jalan lagi. Jumpa lak kedai ubat mata,telinga, hidung yang macam permata hijrah tu. Ntah apa nama die aku pun ingat-ingat lupa. Cam ada Ainun2 gitu..Mak aku beriya-iya cerita kat aku ubat nih bagus la apa sume. Kira 4 dalam satu la pasal satu botol tu ko boleh letak kat mata, hidung, telinga dengan mulut, untuk sapa yang ada ulser tu. Mak aku nih kalau die dah berdegor-degor canang tu, paham-paham sajela. Bak kata Nabil, Lu Pikirla Sendiri. Aku tak boleh kalau mak aku dah sebut-sebut nak something, memang last-last something tu aku beli jugak(kalau mampu la). Aku usha seller ubat tu dekat setengah jam, tanya itu ini. Cara nak pakai sumelah kan. Kang beli-beli, pakai salah, tak guna jugak.. Dah macam ok tu, sebat sebotol. Bagi mak aku. Maka automatik, melayang lagi duet aku 70 hengget. Terbakar gak kocek aku haritu. Mak aku punye pasal, tak kisahla.

Dah sebat ubat, takkan nak balik kan? Kedai ade doploh lagi yang tak dilawati. Justeru itu, haruslah kita jalan lagi. Sempat la sebat seluar sehelai, baju untuk adik aku 2 helai, buah mempelam sekilo.. Betul-betul shopping sakan namanya. Panas-panas pun kitorang mentennn je jalan. Balik dari pasar lambak, mak aku cakap ade sale lak kat Tunas Manje. Ahad tu last day sale. Aku tau dahhh die tengah citer pasal bawang yang 4 hengget je sekampit besar tu. Memang jimat gila la. Mohh la pulak aku pegi Tunas Manje. Bila dah sampai bukan bawang je mak aku sebat, siap sebat dengan milo, susu cair, susu tepung bagai. Aku redha jela membayar kat kaunter.
Kalau nak berbelanja mende-mende yang bermanfaat aku tak kisah, jangan mende-mende yang mengarut-ngarut, mende tu dah bersepah kat umah tak tau nak baling ikut mana, ko nak beli lagi mende tu. Memang aku dengan tanpa ragu-ragu lagi reject proposal nak berbelanje.

Pastu, balik umah. Poket pun dah kempis. Congak-congak dekat RM200 abes haritu je. Entah sapalah yang cakap 'nak tengok-tengok ajee...' kat Rompin.


Haah. Memang TENGOK-TENGOK AJE. TENGOK PASTU BELI.

p/s: Pics adalah hiasan semata-mata.